Website Wajib Di Semak Sebelum Membeli Rumah


Dengar cerita ramai yang teringin beli rumah. Tapi masih mampu tengok je dulu. Nak membeli, masih lagi mengumpul. Habis kerat tenaga dah dikerah pulas sampai kering keringat. Makin lama, duit yang dikumpul buat bayaran muka tetap juga belum mencukupi.
Zaman dah keras kawan. Azam dalam hati yang rezeki itu semua dari Tuhan. Niat untuk membeli rumah itu bukan untuk bermewah. Cukuplah menyediakan yang terbaik buat keluarga. Kecil manapun, jika ia milik kita walau sementara pun sudah tersenyum lega.
Proses carian rumah untuk dibeli ni bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Kalau betul ingin, usaha tu memang kena ada. Usaha, ikhtiar dan tawakkal. Itu prinsip sebagai seorang muslim.
Jadi kali ni aku kongsikan dengan kalian senarai website yang boleh membantu kalian dalam proses mencari rumah idaman disamping menambah pengetahuan dalam industri hartanah.
TEDUH(https://teduh.kpkt.gov.my/)
“Sistem Bank Data Perumahan Negara (TEDUH) adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu komponen dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program atau skim perumahan.
TEDUH juga merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam usaha menyediakan saluran rasmi yang inklusif bagi maklumat perumahan awam dan swasta kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun, agensi pembiayaan perumahan dan pemaju swasta.”
Kalau korang pergi dekat pautan ‘Perumahan Swasta’ – ‘Projek Perumahan Swasta’; pautan ni korang boleh masukkan nama projek yang korang nak tahu, dan di situ dia akan paparkan secara terperinci rekod daftar bagi projek yang kita cari tadi. Antara maklumat yang dipaparkan adalah:
Maklumat pemaju Maklumat projek Maklumat perjanjian jual beli Status terkini projek Paparan keseluruhan unit: Dekat sini korang boleh tengok status unit Telah Dijual, Belum Dijual, Unit Kuota Bumi serta Jumlah Unit Iklan yang diluluskan Lokasi projekSelain daripada sekadar tahu nama pemaju, kita juga perlu familiar dengan nama-nama kontraktor yang terlibat dalam menjayakan pembinaan rumah tersebut. Mengenal pasti kontraktor utama bagi sesebuah projek dapat membantu kita mengenal pasti jenis ‘defect’ yang kita akan hadapi ketika kita mendapat milikan kosong atau dalam English ‘Vacant Possession’ nanti.
Defect ni bukanlah perihal kecil selepas kita mendapat kunci nanti. Jadi kena siapkan jiwa raga, masa dan poket yang tebal juga bagi memastikan kediaman kita itu selesa serta dalam kondisi yang selamat didiami.
Gambar di bawah ni merupakan contoh info yang akan dipaparkan bila korang buat carian.
Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta(https://search.lppeh.gov.my/)
Katalah rumah yang korang berkenan tu ada diiklankan oleh sekian agen. Untuk memastikan kesahihan agen tersebut korang perlu selidik jugak latar belakang mereka. Bagi menyelidik samada firma yang mereka kerja itu betul-betul berdaftar dan takde masalah apa-apa, korang boleh pergi ke LPPEH Search Firm ni.
Kita kena tahu juga peranan agen dalam pencarian serta proses pembelian aset terbesar kita ni. Nak-nak pulak ada setengah agen kata, agen fee 3% + SST. Ada kata, 3% termasuk SST. Jadi terpulang pada korang nak mencari agensi yang macam mana. Janji…janji semuanya telus dan ada hitam putih.
Ingat tu. kita sekarang tengah berurusan dengan aset yang makan 6 angka. Untuk setengah orang memang mereka boleh sedebuk bayar tunai. Tapi macam mana macam mana sekalipun, baik berwaspada daripada terkena. Satu sen pun duit ui!
Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)(https://napic2.jpph.gov.my/ms)
NAPIC merupakan akronim kepada National Property Information Centre atau Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. NAPIC ditubuhkan atas gesaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berkehendakkan sebuah pusat maklumat harta tanah ditubuhkan bagi tujuan memantau pertumbuhan industri harta tanah di seluruh negara.
Haaa….website ni tersangatlah menarik untuk kita kaji trend industri hartanah. Selain pada tu, kita juga boleh baca kajian serta laporan yang ada ni bagi kita tahu nilai sesebuah hartanah tersebut.
Memang kadang rasa betul ke rumah ni balance antara demand dengan supply dia? Tengok macam isu ni takkan pernah ada penghujung. Sebab kita sendiri tahu permainannya bagaimana. Cuma hadap tak hadap saja…Kualiti vs kuantiti kata orang
Betul ke kualiti = mahal? Bukan harga rumah memang sedia ada mahal ke? Kenapa masih tiada kualiti?
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/)
Kotlah ada rezeki rumah idaman korang tu tersenarai dalam pakej Rumah Selangorku, apa salahnya jimatkan dua-tiga puluh ribu untuk keistimewaan ni.
Yang penting cuba. Dapat tak dapat belakang kira. Lagi-lagi untuk pembeli rumah pertama yang inginkan rumah projek baru,
Kelebihan:
Jimat kos melalui inisiatif kerajaan. Peluang untuk pembeli rumah pertama memiliki rumah projek baru.Tips:
Sentiasa semak kelayakan sebelum memohon. Manfaatkan insentif kerajaan jika rumah idaman tersenarai dalam skim ini.Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta(https://www.jpph.gov.my/v3/ms/)
JPPH ni mak kepada NAPIC dan berkait dengan LPPEH juga. Jadi dalam hal ehwal hartanah, JPPH adalah Jabatan dia. Manakala LPPEH merupakan Lembaganya.
Info penting korang boleh perolehi dari sini seperti semakan status penilaian hartanah korang.
Brickz(https://www.brickz.my/)
Kelebihan:
Ketahui harga pasaran berdasarkan data transaksi terkini. Bantu membuat rundingan harga dengan pemilik rumah.Tips:
Gunakan maklumat ini untuk mengelakkan membayar harga terlalu tinggi.Fungsi Brickz ni untuk korang tahu dan faham harga market value sesebuah rumah yang korang target nak beli tu. Dengan info ni, korang bolehlah guna untuk sesi negotiation harga dengan tuan rumah (kalau korang beli rumah sub-sale atau secara direct owner. Kalau rumah baru memang harga tetap oleh pihak pemaju).
Laman website info hartanah yang lainProperty Guru: Untuk carian rumah dan iklan hartanah. iProperty: Untuk maklumat projek perumahan baru dan rumah sub-sale. Mudah.my: Untuk pembelian rumah secara terus daripada pemilik. Facebook Marketplace: Untuk mencari rumah yang dijual secara langsung.Sebagai konklusi, aku boleh gulungkan website tersebut sebagai:
TEDUH Untuk tengok rekod pengesahan Certificate Of Completion And Compliance (CCC) , tarikh daftar siar, rekod jualan rumah dan lain-lain LPPEH Untuk semak daftar agensi hartanah NAPIC Carian trend pembinaan hartanah di sesebuah kawasan yang kita nak beli JPPH Sekadar info tambahan dan semakan penilaian bagi hartanah yang kita beli LPHS Pendaftaran bagi Rumah Selangorku di bawah inisiatif kerajaan. BRICKZ Semak market value dan nilai transaksi sesebuah hartanah di kawasan sekitar yang kita nak beli. Membeli rumah melibatkan dana yang besar, oleh itu memerlukan kajian yang terperinci. Dengan pengetahuan dan rujukan yang betul, korang dapat membuat keputusan yang lebih yakin dan bijak. Selamat mencari rumah idaman anda!
The post Website Wajib Di Semak Sebelum Membeli Rumah first appeared on Sofie Adie.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sofieadie.com/website-wajib-di-semak-sebelum-membeli-rumah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=website-wajib-di-semak-sebelum-membeli-rumah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembantu Rumah Kikis Harta Majikan Hingga Boleh Beli Kereta

Pembantu Rumah Kikis Harta Majikan Hingga Boleh Beli Kereta

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 120 hits
AgensiJakarta Seorang pembantu rumah Indonesia mengikis harta majikannya selama bertahun hingga mampu membeli kereta dan dihadiahkan kepada rakan sejenayahnya Wanita itu juga didakwa mengirimkan wang kepada keluarganya hasil jenayah terbabi...
Balik Kerja Rumah Sudah Kemas Sendiri Tak Perlu Sapu Tak Perlu Mop Biar Robot Yang Urus

Balik Kerja Rumah Sudah Kemas Sendiri Tak Perlu Sapu Tak Perlu Mop Biar Robot Yang Urus

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 133 hits
Balik kerja rumah dah kemas sendiri Tak payah sapu tak payah mop biar robot vakum ni buat kerja Kotoran licin hilang lantai bersih berkilat Ada app kawal dari jauh makin senang hidup Dah ready nak hidup tanpa stress Klik sini https s shopee...
Cat Rumah Makan Di Restoran Ainoni

Cat Rumah Makan Di Restoran Ainoni

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum WBT TAHUN ke 25 tahun kahwin ni Sk dan Pak Inche bertekad untuk keluar duit buat modal cat rumah Bahagian luar rumah memang tak pernah cat sejak duduk kecuali pintu pagar dan tembok pagar Sk pernah cat sendiri beberapa tahun...
Desain Rumah Modern Yang Membantu Menekan Penggunaan Energi

Desain Rumah Modern Yang Membantu Menekan Penggunaan Energi

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 135 hits
Desain rumah hemat energi adalah solusi arsitektur cerdas yang memanfaatkan teknologi dan konsep berkelanjutan untuk mengurangi konsumsi listrik dan meningkatkan efisiensi energi Dengan perencanaan yang tepat hunian modern tidak hanya nyama...
Aliff Syukri Mengeluh Kos Baiki Rumah Besar Cecah Ratusan Ribu Setahun

Aliff Syukri Mengeluh Kos Baiki Rumah Besar Cecah Ratusan Ribu Setahun

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 111 hits
Ramai yang impikan rumah besar luas dan mewah Tapi tahukah anda semakin besar rumah semakin tinggi kos penjagaannya Bukan sekadar bayar bil utiliti tapi kos penyelenggaraan pun boleh cecah ratusan ribu setahun lebih lebih lagi bila rumah da...
Rumah Di Bina Di Celah Batu

Rumah Di Bina Di Celah Batu

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 98 hits
Monsanto adalah sebuah kampung yang indah yang dibina di kawasan luar bandar Portugis Memaparkan jalan jalan sempit yang diukir dari rumah rumah batu dan granit dihimpit antara batu batu besar ia kelihatan seperti Bedrock kehidupan sebenar ...
Panduan Step By Step Beli Rumah

Panduan Step By Step Beli Rumah

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 104 hits
Salam sejahtera semua Kini sudah tular di laman sosial bahawa pihak bank telah menurunkan kadar faedah untuk pinjaman Jadi inilah masa sesuai untuk korang membeli rumah idaman korang Pastikan korang mempunyai rekod pinjaman yang bagus serta...
Lima Rumah Empat Motosikal Musnah Dijilat Api Di Manjoi

Lima Rumah Empat Motosikal Musnah Dijilat Api Di Manjoi

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 95 hits
Aida Azizggota bomba membuat kerja pemadaman menggunakan tiga aliran 600 kaki bersumber dari air tangki jentera dan pili bomba berhampiran Foto JBPM PerakIPOH Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Bud...
Sukan Sea 2027 Hos Tuan Rumah Acara Dipertandingkan

Sukan Sea 2027 Hos Tuan Rumah Acara Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 95 hits
Tahukah anda negara kita Malaysia akan menjadi tuan rumah buat acara Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA bagi tahun 2027 nanti Kalau anda tidak tahu berkenaan hal ini pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung a...
Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

Bakwan Cucur Sayur

Di Mana Keberkatan Sahur

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home

Adik Masak Ayam Gepuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Ramadan 2025 Pulai Springs Resort Johor Bahru

Web 777 Top 17 By Natisha Punpro777 Biz 23 25

Why No Greater Inclusion In Post Umno Malaysia

Learn From Failure

Akaun Bank Dibekukan Jangan Panik Ini Cara Buka Semula Akaun Anda

Pagi Lagi Dah Lagu Raya