Cat Rumah Makan Di Restoran Ainoni


 Assalamualaikum WBT 


TAHUN ke 25 tahun kahwin ni, Sk dan Pak Inche bertekad untuk keluar duit buat modal cat rumah. Bahagian luar rumah memang tak pernah cat sejak duduk kecuali pintu pagar dan tembok pagar, Sk pernah cat sendiri beberapa tahun lepas, rasanya dari sebelum pkp lagi. Dah lama sangat, dah mula berlumut dan pagar pun dah banyak terhakis catnya. Kali ini, Sk upah orang la, tak sanggup lagi nak mengecat sendiri, dulu tu muda lagi, ni sendi pun dah berbunyi-bunyi macam Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, hehehehe.




Sk kongsi sikitlah, ni bahagian sisi sebelah kiri rumah. Tembok ni sebenarnya jiran sebelah ni yang buat dah lama jugak. Masa dia buat tu, dia ambil tanggungjawab cat sekali dekat bahagian rumah Sk




Saiful, tukang cat ni datang cat kat bahagian luar rumah pada hari bekerja pada pertengahan Januari lepas. Proses mengecat dalam rumah patutnya buat masa cuti hari raya cina tapi tertangguh sebab Pak Inche nak Jalan-Jalan ke Kolumpo. Kemudian tertangguh lagi sebab ada majlis kenduri kahwin keluarga Saiful




Dah berlumut, memang sakit mata tengok dan sakit hati. Sebabnya kan, lepas Sk cat bahagian ni, jiran sebelah sini cat rumah dia sampai menyembur dekat bahagian tembok yang Sk baru cat tu. Tu takpa, pokok bunga lips plant Sk mati sekali sebab kena cat dia. Sebal jer perasaan ini. Dah pindah pun orangnya, rumah sebelah ni dijadikan rumah sewa, rasa dah lebih lima kali bertukar jiran. 



Rumah Sk teres setingkat berdepan dengan rumah teres dua tingkat. Alhamdulillah, siap dah proses cat bahagian luar. Abaikan aje pasu-pasu gondol tu, Sk memang tak rajin duduk luar bercucuk-tanam. Dulu pernah jugaklah, tapi bila kejadian diserang ulat bulu rasa serik nak tanam-tanam pokok.  Pagar sempadan ni memang kami tak cat, biar aje warna asal




Nak cat pagar ni pun beberapa kali tertangguh sebab hujan




Sk salah pilih warna pagar, sepatutnya molten copper tapi Sk terpilih mocha. Sepatutnya warna mocha tu untuk tembok pintu pagar. Warna tembok pintu pagar pulak Sk terpilih light mocha. Light mocha tu patutnya untuk dinding luar sahaja. Hurmm.. dah cat baru perasan salah taip kat whatsapp. Nasib baiklah elok jugak, tapi lepas tu baru perasan, dua orang jiran depan ni pun sama pagar warna coklat jugak, hihi


Hari Sabtu lepas, baru cat dalam rumah pulak




Keputusan yang paling berat ialah nak buka wallpaper yang ni. Ni memang nampak cantik lagi tapi kat bahagian bawah dah kembang dan koyak-koyak. Ada satu bahagian pulak dah rosak sebab masalah bocor dan Sk dah cabut awal masa naik taraf dlcb dan buat wiring baru. 



Wallpaper kat bahagian ni, Sk dah cabut awal. Senang jer tanggal jadi tangguhkan la nak mencabut kat sebelah sana pulak




Rupanya, tak sama ya. Wallpaper yang ni dia terkoyak bila dicabut dan lapisan bawah tertinggal kat dinding. 



Pulak tu degil, dah lagi sehari Saiful nak datang, petangnya baru buat, kan. Tahukah anda, upah tanggalkan wallpaper ni mahal, sebab tu Sk buka sendiri.  Tu la, dulu rajin sangat pasang wallpaper siapa suruh? Aa.. nak keluarkan serpihan-serpihan kertas ni, kena spray air, kemudian scrap. Senang aje benarnya tapi yang tinggi-tinggi tu la, tak larat nak panjat. Last, minta tolong Saiful buat. Nasib tak banyak kerjanya dan dia tak caj, hehe




Siling luar dan dalam rumah dicat semula dengan warna asal iaitu putih.  Barulah nampak berseri




Cornish pun cat putih semula. Seharian la mengecat, ajak Saiful makan, dia tak mahu. Sudahnya dengan kami-kami tak makan dan kelaparannnnn. Gambar selepas cat malas nak tunjuk sebab salah pilih warna lagi. Dah macam balai polis! Ni silap haribulan, Sk tampal wallpaper balik, hahahaha


Syukur jugak, dapat siapkan sebelum bulan puasa. Untuk rekod, kos cat dan upah semua sekali RM2,350




Malam tu kami pergi makan di Restoran Ainoni sebab dah lapar sangat, tak larat nak pergi jauh-jauh. Sejukkan hati dengan Limau Ais la




Pesan Udang Sambal, Daging Masak Merah dan Baby Kailan. Udang dan daging tu banyak betul dia letak. 



Punyalah lapar aiiii. Tu mujur ada roti kat rumah. Sambil tunggu Saiful mengecat, kami layan sampai 5 movie, antaranya filem seram Indonesia, Sumala. Best tau cerita Sumala tu




Ambil tomyam seafood. Ada ketam sekor, kupang, udang dan sotong tapi, tomyam dia tak rasa tomyam. Ni antara sebab kenapa dah lama kami tak makan kat Restoran Ainoni ni. Dah tak sesedap dulu




Ikan Siakap Tiga Rasa pun ambil. Yang ni sedap, ikan dia gemuk pendek, hehehe




Nasi 2 RM4Baby Kailan RM6Ikan RM38Telur dadar RM2Udang RM9Daging RM7Tomyam Seafood RM10Ais Limau 2 RM5
Total RM81


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/cat-rumah-makan-di-restoran-ainoni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgah Makan Petang Di Senda Loka Restoran Kafe Wangsa Melawati

Singgah Makan Petang Di Senda Loka Restoran Kafe Wangsa Melawati

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 120 hits
Restoran Senda Loka ni baru beroperasi kalau tak silap awal tahun 2024 dan dapat juga singgah untuk menengok apa yang menarik kat sini selepas balik dari memenatkan kaki kat pasaraya Cowboy di Jalan Kuching Menu PilihanIngatkan nak makan ya...
Jeruk Nenas Sekali Makan Mesti Ketagih

Jeruk Nenas Sekali Makan Mesti Ketagih

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 69 hits
Jeruk nenas atau sebutan Terengganu jeruk lanas memang asing buat orang luar negeri ini Tapi percayalah bila dah rasa sekali memang akan terus nak lagi dan lagi Boleh jadi ketagih dibuatnya terutama bila dimakan sejuk sejuk dek kombinasi ra...
Jom Santai Santai Makan Di The Table Cafe Jalan Green Hall George Town Pulau Pinang

Jom Santai Santai Makan Di The Table Cafe Jalan Green Hall George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 110 hits
The Table Cafe Deco Dalaman di The Table Cafe Jalan jalan di George Town tetiba perut rasa lapar Dah la lapar demand plak nak makan western food Syarat kena wajid halal la Google punya google akhirnya jumpa The Table Cafe muslim owner dia N...
Makan Nasi Cepat Naik Berat Badan

Makan Nasi Cepat Naik Berat Badan

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 61 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Betulkah ada badan yang tidak boleh menerima karbohidrat seperti nasi mi dan kuetiau Maksudnya apabila makan berat badan cepat naik tetapi apabila tidak makan atau mengurangkan pengambilannya berat badan mudah tur...
Makan Buah Buahan Jadi Lawas

Makan Buah Buahan Jadi Lawas

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 104 hits
MAKAN BUAH BUAHAN JADI LAWAS Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Vitamin dan berserat Ini bagi PC ya Makan buah buahan jadi lawas Mungkin bagi orang lain makan buah buahan semakin sembelit Badan seti...
Bahayakah Makan Bawang

Bahayakah Makan Bawang

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 51 hits
Fructooligosaccharides tergolong dalam kumpulan prebiotik Ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus manusia Bagi orang yang sihat FOS boleh memberi manfaat sebagai prebiotik Menyuburkan bakteria baik dalam usus terutama Bi...
Nak Makan Nasi Lemak Jom Makan Di Nasi Lemak Ketua Kampung Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Nak Makan Nasi Lemak Jom Makan Di Nasi Lemak Ketua Kampung Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 150 hits
Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung bertamRestoran Nasi Lemak Ketua Kampung bertamKepada peminat nasi lemak area utara ni terutama di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang ada satu lagi port nasi lemak padu muncul Nama restoran ni adalah Nasi Lema...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

Sambal Telur Puyuh Campur

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Sultan Pahang Titah Dalamkan Sungai Yang Begitu Betek Bagi Mengelakkan Air Melimpah Ke Tebing

Bingkisan Dari Blogger Mulan

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kemasukan Ke Prasekolah Bagi Sesi 2025 2026

Sagame168 Sagame168th Club 29 April 68 Sagame168 1000 Sagame168 Top 82 By Kasha

Taklimat Dan Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu

Damselfish Fish Facts Az Animals

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri