Website Itu Bukan Sekadar Cantik Tapi Ada Tujuan
Saya perasan satu perkara sejak kebelakangan ini. Bila berbual dengan peniaga kecil, rakan NGO, dan freelancer hampir semua kata benda yang sama:
“Kami nak buat website… tapi tak pasti sebenarnya nak guna untuk apa.”
Ada yang buat website sebab:
orang lain pun adanak letak link dekat WhatsAppnak nampak lebih “official”
Lalu mereka pilih platform yang nampak paling mudah dan cantik.
Website siap.
Tapi lepas itu… senyap.
Jika anda tanya saya, perlukah seseorang memiliki sebuah website?
Jawapan saya: bergantung kepada keperluan. Adakah ianya untuk profile perniagaan anda? Adakah ianya untuk mengembangkan skill dan ilmu anda? Atau anda ingin mempromosikan produk jualan anda?
maka apa jawapan anda sendiri? Mari kita bayangkan bersama-sama ya
Bayangkan Situasi Ini
Bayangkan seseorang buka website anda.
Dia scroll perlahan-lahan di telefon.
Dia tengok gambar.
Dia baca sikit ayat.
Dan dalam beberapa saat pertama itu, dia sebenarnya sedang bertanya dalam hati:
“Aku patut buat apa dekat sini?”
Kalau website itu:
tak jelas nak baca apatak jelas nak klik ke manatak jelas kenapa dia perlu teruskan
Biasanya, dia akan tutup tab itu tanpa sedar pun.
Bukan sebab website tak cantik.
Tapi sebab tiada tujuan yang jelas. Orang masuk website perlu ada sebab.
Mungkin sedang cari solusi kepada masalah yang dihadapi. Mungkin sedang cari review, kelas dan pelbagai lagi.
Kesilapan Yang Sering Berlaku
Ramai orang bermula dengan soalan ini:
“Patut guna Canva, Blogger atau WordPress?”
Sedangkan soalan yang lebih penting ialah:
“Bila orang buka website ini, apa satu perkara yang saya harap mereka buat?”
Tanpa jawapan itu, website mudah jadi:
cantik, tapi kosongada, tapi tak hidupwujud, tapi tak membantuTujuan yang jelas memudahkan kita sebagai pengguna atau owner website ini memilih platform website yang sesuai.
Sebenarnya, Website Ada Beberapa Tujuan Asas Sahaja

Kalau kita ringkaskan, kebanyakan website hanya jatuh kepada tiga tujuan utama:
1. Website untuk dibaca
Biasanya panjang, berlapik, dan berperingkat. Orang datang untuk faham.
2. Website untuk dilihat
Ringkas, visual kuat, mesej cepat. Orang datang untuk nampak dan kenal.
3. Website untuk digunakan
Ada tindakan jelas. Orang datang untuk buat sesuatu.
Masalahnya, ramai mahu semua ini dalam satu masa, sedangkan setiap jenis website perlukan pendekatan yang berbeza.
Bila Tujuan Jelas, Pilihan Jadi Mudah
Bila kita jelas:
website ini untuk dibacaatau untuk dilihatatau untuk digunakan
barulah platform itu masuk akal.
Kalau tidak, kita akan sentiasa rasa:
“Macam tak cukup je website ni…”
Sedangkan sebenarnya, kita cuma guna alat yang tak sesuai dengan tujuan.
Perlu Ke Semua Orang Ada Website?
Tak semestinya.
Tapi bila kita ada:
perniagaan kecilorganisasiprojek komunitipersonal brand
Website jadi ruang yang:
tenangtak kejar algoritmaboleh dikemas kini ikut kemampuan
Bukan untuk impress semua orang. Cukup untuk berfungsi dengan baik.
Penutup
Dalam entri ini, saya sengaja belum sentuh Canva, Blogger atau WordPress secara spesifik. Sebab kalau kita lompat ke situ terlalu awal, kita akan ulang kesilapan yang sama.
👉 Tujuan dulu. Platform kemudian.
Dalam entri seterusnya, kita akan lihat: bagaimana Canva, Blogger dan WordPress sebenarnya berfungsi namun bukan dari sudut teknikal, tetapi dari sudut kegunaan sebenar dalam kehidupan harian.
Insya Allah nantikan entri seterusnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2025/12/tujuan-buat-website.html