Trump Kecualikan Tarif Beberapa Produk Indonesia Tapi Minta Harta Karun Ini


Trump Kecualikan Tarif Beberapa Produk Indonesia, Tapi Minta ‘Harta Karun’ Ini
JAKARTA — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju memberikan pengecualian tarif eksport kepada beberapa produk utama Indonesia seperti kelapa sawit, kopi atau koko serta teh, lapor Detik.com.
Pengecualian tarif ini diberikan susulan hasil rundingan lanjutan berkaitan dasar tarif timbal balik sebanyak 19 peratus dalam perdagangan antara Indonesia dan AS.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras (Menko) Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto dalam satu sidang media di Washington.
Bagaimanapun, Airlangga memaklumkan bahawa Trump, meminta akses kepada mineral kritikal Indonesia sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik kedua-dua negara.
“AS memberikan pengecualian terhadap tarif produk utama kita seperti minyak sawit, kopi dan teh. Tetapi, AS sangat berharap untuk memperoleh akses terhadap mineral kritikal Indonesia,” katanya.
Untuk makluman, mineral kritikal merujuk kepada mineral yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara serta pertahanan dan keselamatan nasional.
Mineral ini terdedah kepada gangguan bekalan dan belum mempunyai pengganti yang sesuai dari segi teknikal mahupun ekonomi. Antara mineral kritikal ialah aluminium, nikel, litium dan logam nadir bumi.
BACA: Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh Lima Tahun Berbanding Dolar AS Pada Awal Dagangan Airlangga menegaskan bahawa perjanjian yang dipersetujui kedua-dua negara bersifat komersial dan strategik, sekali gus menguntungkan ekonomi kedua-dua pihak secara seimbang.
Kesepakatan ini merupakan kesinambungan kenyataan bersama sebelum ini yang mengumumkan penurunan tarif timbal balik bagi Indonesia daripada 32 peratus kepada 19 peratus.
Dalam perkembangan lain, pertemuan Airlangga dengan Duta Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer, turut mencapai persetujuan mengenai tempoh masa penyelesaian teknikal dokumen perdagangan antara kedua-dua negara
Dalam perkembangan berkaitan, pertemuan Airlangga dengan Duta Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer, turut mencapai persetujuan mengenai tempoh masa penyelesaian teknikal dokumen perdagangan antara kedua-dua negara.
Airlangga berkata, perjanjian itu dijangka membuka akses pasaran yang lebih luas antara Indonesia dan AS, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi Indonesia dalam tempoh terdekat
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dan Presiden AS, Donald Trump, dijadualkan bertemu bagi menandatangani dokumen Agreement on Reciprocal Trade (ART) sebelum akhir Januari 2026
Sumber: Detik.com
The post Trump Kecualikan Tarif Beberapa Produk Indonesia, Tapi Minta ‘Harta Karun’ Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/24/trump-kecualikan-tarif-beberapa-produk-indonesia-tapi-minta-harta-karun-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuk The Nanhai One Harta Karun Maritim China Yang Menyimpan Lebih 60 000 Barang

Tajuk The Nanhai One Harta Karun Maritim China Yang Menyimpan Lebih 60 000 Barang

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 121 hits
The Nanhai One Kapal Perdagangan Cina yang Hilang di Laut China Selatan Kapal dagang Cina The Nanhai One yang membawa lebih 60 000 barangan tenggelam di Laut China Selatan pada abad ke 12 Penemuan kapal ini pada tahun 1987 membuka lembaran ...
Ptptn Semua Janji Tapi Pas Yakin Potong Ptptn

Ptptn Semua Janji Tapi Pas Yakin Potong Ptptn

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 104 hits
Ahmad Mursi 1 Hampir semua pemimpin parti kecuali BN pernah kata nak hapuskan PTPTN tapi waktu pegang kerajaan tak mampu nak laksanakan 2 Apa yang diucapkan dalam ceramah tidak semestinya masuk dalam janji manifesto 3 Jadi lebih tepat ceram...
Banyak Balik Al Azhar Tak Jadi Ustaz Tapi Panggee Ustaz

Banyak Balik Al Azhar Tak Jadi Ustaz Tapi Panggee Ustaz

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 83 hits
Che Ibrahim Taufiq tak praktis HO tak layak guna title doctor Bakpo wat tak lulus Al Azhar belambak lambak boleh guna title ustaz tok guru Dua dua tu perawat doktor rawat sakit fizikal luaran ustaz rawat penyakit rohani dalaman
Kerja Pejabat Makin Banyak Tapi Kudrat Makin Kurang

Kerja Pejabat Makin Banyak Tapi Kudrat Makin Kurang

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 123 hits
Entah bila bermula terasa semakin bertambah dari hari ke hari Tugasan datang bertindih mesyuarat bersambung tanpa henti belum sempat habis dibaca sudah muncul arahan baharu Badan masih di kerusi yang sama tapi tenaga terasa makin menipis Bu...
Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 187 hits
Jawapan ringkas Roti boleh jadi keras walaupun yis hidup kerana struktur doh gagal menyimpan gas dengan betul bukan kerana yis rosak Ramai home baker pernah alami situasi yang sama Yis diuji buih naik cantik Doh naik elok dalam mangkuk Masa...
Baru Tukar Bateri Tapi Lampu Masih Menyala Ini 6 Punca Ramai Pemandu Terlepas Pandang

Baru Tukar Bateri Tapi Lampu Masih Menyala Ini 6 Punca Ramai Pemandu Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 108 hits
Baru Tukar Bateri Tapi Lampu Masih Menyala Ini 6 Punca Ramai Pemandu Terlepas Pandang Seperti yang diketahui bateri kereta adalah nadi utama dalam sistem elektrik kenderaan Ia berperanan sebagai sumber tenaga utama untuk menghidupkan enjin ...
Tak Pandai Trade Tapi Nak Income Dari Kripto Ini Caranya

Tak Pandai Trade Tapi Nak Income Dari Kripto Ini Caranya

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 114 hits
Tak Pandai Trade Tapi Nak Income Dari Kripto Ini Caranya Ramai orang berminat nak buat duit dari kripto tapi terus The post appeared first on
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Si Kecil Diserang Asthma

Menantu Datuk Nikah Kahwin


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding