Webinar Zakat Simpanan Dan Pelaburan


Atas menyantuni jemputan mentor kewangan saya dari Al Baraqah Kak Nora,sabtu lepas saya meluangkan masa untuk join webinar anjuran mereka.Tajuk kali ini memang kena dengan target saya untuk menambah ilmu iaitu zakat dalam pelaburan dan simpanan

Tetamu yang di undang adalah Tn Hj Khairulazhar bin Hj Samsudin dan Ustaz Muhammad Furqan Abdullah dari Pusat Pungutan Zakat, PPZ MAIWP



Oleh kerana saya mendengar sambil menjaga anak yang berusia 4 bulan dan seorang lagi berusia 3 tahun,jadi banyak yang saya tidak dapat fokus sangat
Ada jugalah sempat saya catat mana yang saya dengar.Ternyata banyak ilmu zakat dalam pelaburan dan simpanan yang ditambah nilai pada hari tersebut.Saya berterima kasih yang amat sangat pada Kak Nora atas asbab jemputan beliau ,saya dapat menimba ilmu yang amat berguna.
Ini adalah nota kak Nora yang sempat juga saya dengar:syarat zakat pelaburan itu ada :
Syarat Umum:cukup nisabcukup haul sempurna milik
Syarat Khusus:pelaburan Patuh Syariahtiada unsur riba, judi dan ketidakpastian

Bagi simpanan pula,setiap simpanan yang cukup nisab.Nisab ya,bukan nasab.Nasab itu adalah bermaksud keturunan,namun nisab adalah kadar.Kadar yang telah ditentukan bagi sejumlah simpanan mahupun pelaburan yang perlu dizakatkan

Simpanan di akaun perbankan islamic yang sudah cukup nisab dan haulperlulah dizakatkan 2.5% dari jumlah simpanan.Hanya akaun di akaun-islamic yang perlu dizakatkan pokok dan faedahnya

Contoh:
Buka akaun saving islamic di bank A

Jumlah simpanan : RM30,000Faedah oleh bank atas simpanan : RM50
Jadi zakat berlaku bila sudah cukup nisab dan haulnya : 2.5 % x 30,050.00 : ?
Namun jika kita menyimpan wang di akaun konvensionalJika ada interest di terima oleh bank atas simpanan kita itu
Hanya principal nya sahaja perlu dizakatkan

Begitu juga,jika kita mempunyai beberapa akaun bank ,jika satu akaun tidak cukup nisabnya,namun gabungan dari beberapa akaun dari beberapa bank jumlah nisabnya sudah cukup tetap wajib zakat

ContohSimpan di bank CIMB berjumlah : RM2000Simpan di bank Maybank :RM10,000Simpan di bank Rakyat :RM10,000Simpan di bank Affin :RM5000
Jumlah simpanan adalah RM27,000 dan cukup haul,maka wajib dikenakan zakat 2.5% diatas jumlah simpanan

NISAB SIMPANAN BERSAMAAN 85G emas
2022
20,361.00
Lebih info boleh semak di : https://www.zakat.com.my/
Penutup,cerita dari Tn Hj Khairulazhar bin Hj Samsudin cukup meninggalkan kesan pada saya

Cerita beliau
Pada suatu waktu dahulu,beberapa tahun dahulu ketika beliau dan pasukannya berada disebuah pasar untuk program zakat,ada seorang makcik tua dalam umur 70an datang kepada beliau.Makcik ini berniaga di pasar kampung tersebut.Meniaga sayur kampung seperti pucuk paku,pucuk ubi,serai,cili api dan sayur-sayur kampung lain.Makcik ni walaupun sudah tua masih meniaga katanya bukan apa,bosan kalau di rumah tidak buat apa-apa.Anak-anak pun sudah besar

Makcik ini ajak Tn haji berbual untuk bercerita tentang zakat.Tuan Haji juga bertanya kepada makcik berapa jualan sehari paling tinggi makcik?Katanya dalam RM200.00.Jualan paling rendah sehari pula RM100.00
Dalam setahun makcik hanya berniaga 10 bulan,5 hari seminggu.Lagi 2 bulan,makcik akan bercuti iaitu bulan ramadan dan bulan syawal

Makcik beritahu setiap kali dia berniaga,setiap hari,beliau akan asingkan 2.5% dari jumlah pendapatan hasil berniaga untuk hari tu untuk dizakatkan

Jadi Tuan Haji sambung cerita,cuba kita ambil jika jumlah paling sikit hasil berniaga sehari adalah RM100

Jadi RM 100 X 2.5% : RM2.50 sehariSeminggu RM2.50 X 5 hari : RM12.50Sebulan kita ambillah 4 minggu: RM50.00Setahun ? RM50.00 X 10 bulan tempoh berniaga : RM500
Jadi makcik ini menyumbang sekurang-kurangnya RM500 setahun dari hasil berniaga beliau
Beliau sudah 30 tahun berniaga di pasar tersebut.Selama 30 tahun itu makcik tidak pernah lupa akan disiplinya mengasingkan 2.5% dari pendapatan harian untuk dizakatkan

Ketika berjumpa haji waktu itu,makcik masih lagi berniaga suka-suka sahaja katanya,anak-anak pun sudah besar-besar.Dan Alhamdulilah,dari 11 orang anak beliau ,8 orang darinya adalah tahfiz

Bila mendengar cerita ini,tuan haji terkedu.Bayangkan,orang yang berniaga kecil-kecilan di pasar yang beroleh pendapatan melalui hujan dan panas selama 30 tahun dipasar tersebut mempunyai disiplin memberi zakat tanpa culas

Mengapa kadang-kadang kita yang bekerja di dalam aircond,berpendapatan lebih RM10,000 sebulan,setiap kali kita ingin menghitung jumlah zakat pendapatan mahupun simpanan kita memberi 1001 alasan.Rumah bocorlah,kereta rosaklah.,kucing sakitlah dan sebagainya?Adakah kita sentiasa berasa tidak cukup?"

Cerita dari Tn Hj Khairulazhar bin Hj Samsudin ini juga telah menyentuh hati saya.Kalimat terakhir beliau,hadis sahih juga menyebut

"Bentenglah hartamu dengan zakat,hindari lah sebarang penyakit dengan sedekah"
Moga dengan memberi zakat,ia adalah sebagai pagar untuk rumah kita,perisai untuk kenderaan kita mahupun harta benda lain dari sebarang kerosakan ,kehancuran dan terhindar dari bencana alam mahupun niat jahat manusia.Moga-moga ia juga asbab kebaikan buat kita dan keluarga"
DALIL ZAKAT WANG SIMPANAN
Kewajipan zakat wang ditetapkan dalam Quran dan Hadis. Antaranya dalam surah al-Taubah seperti berikut yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu [Surah Al-Taubah (9): 34-35]
Hadis
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah ada ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya, melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar 50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke neraka.[HR Muslim]

Untuk info lebih lanjut tentang pengiraan zakat pendapatan,simpanan mahupun lain-lain info saya syorkan anda semak di laman sesawang ini. 
https://www.zakat.com.my/
Mari kita bersihkan pendapatan,simpanan mahupun pelaburan kita dengan mengasingkan 2.5% dari jumlah yang kita terima.Kerana disebalik apa yang kita terima itu ada hak orang lain keatasnya


Appreciate your time reading this entry.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2022/02/webinar-zakat-simpanan-dan-pelaburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Copytrade Adalah Peluang Pelaburan Yang Terbaik Dan Selamat

Copytrade Adalah Peluang Pelaburan Yang Terbaik Dan Selamat

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 160 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Buat Pelaburan Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Bulan

Buat Pelaburan Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 179 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Apakah Pelaburan Terbaik Di Malaysia Pada Masa Kini

Apakah Pelaburan Terbaik Di Malaysia Pada Masa Kini

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 239 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Pelaburan Terbaik Dengan Pulangan Income Pasif Setiap Bulan

Pelaburan Terbaik Dengan Pulangan Income Pasif Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 243 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Pelaburan Dalam Sektor Mata Wang Kripto Dan Blockchain Di Singapura Meningkat Lebih Daripada 10 Kali Ganda

Pelaburan Dalam Sektor Mata Wang Kripto Dan Blockchain Di Singapura Meningkat Lebih Daripada 10 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 164 hits
Pada tahun 2021 pelaburan dalam sektor mata wang kripto dan blockchain di Singapura meningkat lebih daripada 10 kali ganda mencipta rekod baharu Data sedemikian mengukuhkan status negara kota sebagai hab kripto walaupun ia masih takut denga...
Gagal Tarik Pelaburan Ke Terengganu Jangan Undi Pas Lagi

Gagal Tarik Pelaburan Ke Terengganu Jangan Undi Pas Lagi

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 133 hits
Pas sejak menjadi sebahagaian Kerajaan Persekutuan dengan bangganya menyatakan rakyat semakin yakin dengan prestasi pentadbiran mereka Malah menghadapi Umno di kubu kuat parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Johor pun Pas tidak gentar Malah d...
Pelaburan Pasif Income Terkini Yang Terbukti Selamat Dengan Copytrade

Pelaburan Pasif Income Terkini Yang Terbukti Selamat Dengan Copytrade

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 261 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Pelaburan Islamik Yang Menguntungkan Sesuai Untuk Semua

Pelaburan Islamik Yang Menguntungkan Sesuai Untuk Semua

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 128 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Lebih 100 000 Orang Mahu Keluarkan Rm10 000 Simpanan Kwsp One Off Anda Setuju

Lebih 100 000 Orang Mahu Keluarkan Rm10 000 Simpanan Kwsp One Off Anda Setuju

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 176 hits
ISU pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja nampaknya menjadi mainan bibir pihak tertentu Ada yang sebelum ini tidak pun endah isu itu kini mahu dilihat menjadi wira lebih lebih lagi menjelang Pilihan Raya Negeri Johor Padulikan...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan