Webinar Pendidikan Online Bersama Bakal Guru Sains Sukan Dari Uitm
Alhamdulillah berpeluang sekali lagi untuk berkongsi ilmu dengan bakal guru Sains Sukan dari UiTM. Kali ini dengan tajuk Pendidikan Online Semasa Pandemik COVID-19. Tajuk yang sangat relevan untuk mereka juga yang akan turun ke sekolah menjalani praktikum sedikit masa lagi.
Webinar Pendidikan Online Bersama Bakal Guru Sains Sukan dari UiTM
Dalam perkongsian kali ini, saya kongsikan tentang cabaran pendidikan online iaitu dari segi tempat, peralatan dan juga sikap. Walau apa pun cara mengatasinya, semua ini harus dimulakan dengan rasa empati terhadap murid dan guru, yang sama-sama mengalami kesukaran sepanjang pandemik ini.
Saya turut kongsikan juga sedikit pengalaman sebenar saya menjalankan PdPr semasa pandemik dengan dibahagikan kepada 3 fasa:
1. Fasa pertama (Penutupan Sekolah kali Pertama) 22 Mac - 23 Jun 2020
2. Fasa Kedua (Pembukaan Semula Sekolah) 24 Jun - 5 November 2020
3. Fasa Ketiga(Penutupan Sekolah Kali Kedua) 9 November - 17 Disember 2020
Saya kongsikan juga beberapa pendekatan yang saya jalankan beserta aplikasi yang digunakan, macam Streamyard, Wahtsapp, Google Form, Google Meet dan juga Tik Tok. Turut saya kongsikan kepada mereka tentang kepentingan untuk guru generasi baharu dalam menggunakan media sosial untuk medium ilmu.
Tapi yang lagi best yelah, keletah adik-adik nih yang sangat lah sporting habis. Meriah dan happening sangat. Untuk promosi webinar, selain daripada gunakan poster, mereka juga gunakan TikTok yang sangat sempoi. Masa webinar, selain daripada video montaj, mereka juga sediakan video surprise yang merupakan video parody Anak Perlis. Hahahahaha semua join... sempoi betul.
Pastu emcee yang pandai menyanyi dan juga deklamasi sajak. Selesai semua webinar, feedback dari pesertadi sediakan dalam bentuk video Tik Tok.. Perfect aih semua!
Semoga perkongsian menjadi manfaat kepada semua adik-adik bakal guru nih. Saya doakan juga semua mereka menjadi guru cemerlang suatu hari nanti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikguhailmi.com/2021/01/webinar-pendidikan-online-bersama-bakal.html