Webinar Detik Indah Bersama Si Manja Sukses Ini 5 Perkara Menarik Yang Berlaku Sepanjang Live
Semalam telah berlangsung webinar Detik Indah Bersama Si Manja anjuran Simpan SSPN dan Pa&Ma dengan jayanya. Tujuan webinar ini diadakan adalah bagi mengetengahkan isu bagaimana mama papa boleh menjadi superhero anak-anak. Bukan mudah untuk membesarkan serta mendidik mereka dalam zaman sekarang, jadi amat penting untuk mama papa membuat persediaan dengan sebaik mungkin.
Webinar ini dihoskan oleh Feeya Iskandar dan diadakan secara virtual ini dapat mengumpulkan 100 orang peserta dan rata-ratanya bersemangat untuk mengikuti perkongsian dari panel dan selebriti jemputan. Seawal jam 9.00 pagi webinar telah dimulakan dan panel pertama ialah Pn Wawa Shauqi, seorang penulis keibupaan yang berkongsi tip bagaimana mama papa boleh menjadi superhero kepada anak-anak.
Perkongsian Pn Wawa Shauqi
Pn Wawa menggunakan contoh adiwira dari filem Avengers untuk menerangkan tentang kuasa luar biasa yang ada pada mama papa. Selain itu, Pn Wawa jugq berkongsi tip bagaimana cara untuk menjadi parents yang terbaik buat anak-anak. Slot seterusnya adalah Teka & Menang di mana para peserta perlu menjawab 15 soalan dengan tepat dan pantas. Tiga pemwnang telah dipilih dan kesemua mereka menerima akaun tunai Simpan SSPN. Rezeki!
Farah Buka Akaun Simpan SSPN untuk Andre
Slot berikutnya bersama selebriti Farah Nabilah yang turut berkongsi cabaran menjadi ibu pada zaman sekarang. Farah juga berkongsi persediaan dia dan suami yang membuat simpanan untuk anak mereka, Andre Omar. Menariknya, Farah juga telah membuka akaun di Simpan SSPN buat Andre. Bagusnya!
Superdad Kongsi Kisah Jadi Bapa Tunggal
Seterusnya adalah perkongsian dari Superdad, En Khairul Abdullah yang dinanti-nantikan. Di dalam perkongsiannya, dia berkongsi bagaimana dia boleh menjadi kuat dan sentiasa bersabar untuk menjaga anak-anak lelakinya walaupun berseorangan. Ketika slot bersama En Khairul, ternyata kesemua yang ada berasa sebak kerana memahami situasi bapa tunggal ini. Sempat menitipkan pesanan berguna kepada peserta webinar, En Khairul juga berkongsi tentang bagaimana dia mula-mula boleh digelar Superdad.
Sharing Dari Pendeposit Di Simpan SSPN
Tamat slot bersama bapa hebat itu, webinar diteruskan dengan perkongsian dari salah seorang pendeposit di Simpan SSPN iaitu Pn Farah Zalani. Dia berkongsi pengalamannya dan suami membuka akaun untuk anak perempuan mereka, Nik Tiara Medina. Kata Farah, perancangan untuk membuka akaun di Simpan SSPN telah mereka bincangkan sejak anak masih dalam kandungan. Bagus sungguh perancangan kewangan pasangan muda ini untuk masa depan anak mereka!
Webinar kemudiannya diteruskan dengan slot Putaran Roda Istimewa. Seramai 10 orang pemenang terpilih dan menerima 4 keping tiket ke Zoo Melaka beserta barangan istimewa dari Simpan SSPN. Diharapkan dengan setiap perkongsian dari para panel dan selebriti jemputan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan juga followers Pa&Ma. Teruskan menyokong aktiviti-aktiviti yang akan dinajurkan oleh Pa&Ma selepas ini!
5 Perkara Menarik Sepanjang webinar Detik Indah Bersama Si Manja:
Menurut Pn Wawa Shauqii, bagaimana kita laburkan masa, tenaga dan emosi untuk anak-anak hari ini, menjadi penentu bagaimana mereka tiga tahun akan datang!
Farah memberitahu yang dia merancang untuk menghantar anaknya ke kelas renang.
Ketika slot En Khairul, ada ‘penampilan istimewa’ apabila anak bongsunya datang dan meminta dia membukakan keropok.
Ramai peserta lelaki yang bertanya soalan bagaimana mahu menjadi ayah yang hebat untuk anak-anak kepada En Khairul.
Bukan sahaja di platform SLIDO, bahkan followers di laman Facebook Pa&Ma juga banyak memberi respon sepanjang webinar berlangsung.
Apa kata peserta tentang webinar ini?
“Saya suka perkongsian dari Pn Wawa Shauqi. Slide yang simple tetapi ‘sampai’ kepada saya dan suami. In sha Allah, kami akan cuba memanfaatkan setiap ilmu yang dikongsikan beliau dalam mendidik anak-anak. Saya rasa, webinar seperti ini patut diadakan lebih banyak kerana kami dapat belajar tentang imu parenting melalui saluran yang betul. terima kasih Pa&Ma dan Simpan SSPN kerana menganjurkan webinar yang bagus ini.” – Pn Nur Izzati Nadiah Mazlan.
“Sedih bila dengarkan cerita En Khairul Abdullah. Saya percaya seagai ibu ayah, kita perlu kuat biar apa pun cabarannya untuk membesarkan anak-anak. Saya setuju jika webinar begini diteruskan supaya ibu ayah lebih banyak belajar bagaimana untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Kalau ada lagi, saya pasti akan join webinar yang dianjurkan oleh Pa&Ma.” – Pn Nor Shahima Shahidan.
Jom, tonton webinar Detik Indah Bersama Si Manja!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Webinar Detik Indah Bersama Si Manja Sukses! Ini 5 Perkara Menarik Yang Berlaku Sepanjang LIVE appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/webinar-detik-indah-bersama-si-manja-sukses-ini-5-perkara-menarik-yang-berlaku-sepanjang-live/