Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax
Dah lama Fiza cari produk hair removal yang mudah nak guna dan paling penting berkesan. Nak cabut memang jenuh lah kan. Bercukur pula akan buatkan kulit radang dan kehitaman. Lagipun tak buang sampai ke akar dan pertumbuhan jadi lagi cepat. Sebelum ni pernah cuba satu produk di drugstore tapi tak sesuai dengan kulit Fiza. Kulit melecur mungkin produk tu gunakan bahan yang tak sesuai dengan kulit Fiza barangkali
Bila kulit dah okay. Fiza cari hair removal lain pula. Survey punya survey, Fiza pilih Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax Hair 100% Original. Itupun sebab iklan wawawax asyik lalu lalang kat instagram dalam sponsored post tu
WAWAWAX HAIR REMOVAL ORGANIC NATURAL COLD WAXWawawax Hair Removal diperbuat daripada 100% bahan organik iaitu madu, lemon dan gula. Bila guna bahan organik ni, lebih selamat digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh gunakan wawawax tanpa ragu-ragu
SET WAWAWAX HAIR REMOVAL1 tube Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax 120ml4 Spatula12 Strips CottonWawawax Pouch
KEISTIMEWAAN WAWAWAX HAIR REMOVALBoleh terus guna tidak perlu dipanaskanMembuang bulu sehingga ke akarMelembutkan kulitMelicinkan kulitMencerahkan kuli terutamanya ketiakMelambatkan pertumbuhan buluTidak gatal masa pertumbuhan bulu baruMudah bawa travel
CARA GUNA WAWAWAX HAIR REMOVAL
Note : Pastikan bulu lebih 3mm panjang dan kulit mesti kering. Mampu tahan sakit
1. Sapu wax ikut arah pertumbuhan bulu
2. Tampal strip cotton pada bahagian wax yang sudah disapu. Urut 3-5 kali ikut arah sapuan wax3. Kemudian tanggalkan strip dengan cara sentap secepat mungkin ikut lawan arah urutan tadi.
* Setiap bahagian ada langkah-langkah tertentu dan arahan ada disertakan sekali. Boleh refer sebelum guna.
Masa sentap tu sumpah sakit! Lagi lagi part ketiak tu. Beauty is pain is real. Haha.. Tapi puas hati dengan hasil cabutan tu. By the way, boleh reuse dan urut cam biasa strip yang dah dicabut tadi pada tempat lain. Agak agak dah tak boleh, guna wax yang baru lah. Pertumbuhan bulu baru pun lambat dan paling best tak gatal bila tumbuh bulu baru tu. Kulit lebih licin dan cerah. Suka dengan hasilnya tapi yang kena tahan sakit tu yang kena bertahan sikit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/07/wawawax-hair-removal-organic-natural-cold-wax.html