Potong Cuci Dan Blow Rambut Murah Di Ministry Hair Beauty Ara Damansara
Potong, Cuci dan Blow Rambut Murah di Ministry Hair & Beauty Ara Damansara - Hai korang, adesss lama betul mummy nak cari mood dan idea untuk entri Potong, Cuci dan Blow Rambut Murah di Ministry Hair & Beauty Ara Damansara. Mummy ini...ada masa nak update blog bukan ikut mood je, tapi ikut tajuk jugak hahaha. Kalau rasa excited dengan tajuk tertentu tu, memang lajulah update blog. Kalau lama dah tinggalkan aktiviti tu dan duduk dalam blog draft lama sangat , memang mengundang kemalasan hahaha. Okay sebelum cerita Potong, Cuci dan Blow Rambut Murah di Ministry Hair & Beauty Ara Damansara basi. Jom lah kita kasi perabihkan cerita ini. Sebenarnya, mummy dapat murah semua ni sebab beli kupon online di FAVEPotong, Cuci dan Blow Rambut Murah di Ministry Hair & Beauty Ara Damansara
Tadaaaa. nilah kedainya. Dulu kedai Ministry Hair & Beauty Ara Damansara dalam Tesco Ara Damansara. Mummy pernah ceritakan dalam blog di http://www.azlindaalin.com/2018/10/sesi-cantikkan-kuku-manicure-pedicure-murah-di-ara-damansara.html
Harga asal untuk gunting rambut, cuci dan blow adalah sebanyak RM45, selepas diskaun harganya RM18. Dah cukup murah bagi mummy RM18 ni. Tup..tup mummy dapat cash back (dari penggunaan FAVE sebelum ini sebanyak RM10.20 makanya. Untuk gunting, cuci dan blow rambut mummy hanya di kenakan RM7.80 je !
Resit, berbaloi ! dahla murah, ada cash back untuk next purchase pulak
Alang-alang dapat harga murah, pi sambung pulak buat manicure padicure. Raya hari tu, fully booked. Selalunya nak raya mummy ni suka cantikkan diri. Lepas raya pun boleh lah ! Nak belek kuku tangan kaki kat rumah secara details memang tak ada masalah !
Siap potongkan kuku dan bersihkan kuku. Tinggal sendiri untuk maintain je nanti
Dah siap, kilat dan bersih dah kuku !
Kaki pulak, kuku kaki ni mummy suka buat padicure je. Malas nak belek sendiri kat rumah. Bolehlah sebulan sekali buat, kan !
Total buat manicure padicure mummy ini hanya RM28 je ! 1 kuku barharga RM1++ je. Mummy ni selalu meeting dan berjumpa dengan orang. Jadi...bagi mummy untuk jaga penampilan kuku ini amat penting juga.
Korang nak voucher RM5 dari Fave? Kalau nak...korang klik je link kat bawah ini ye. Nanti dah ada RM5, bolehlah try servis di FAVE. Bukan je ada beauty services, ada foos, dining, hotel, massage dan banyak lagi voucher murah yang boleh dapat di sana.
Fave ni nama lamanya adalah Groupon. Siapa pernah dengar tentang Groupon?
https://myfave.com/invite/N0RHQ?city=kuala-lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/07/potong-cuci-dan-blow-rambut-murah-di-ministry-hair-beauty-ara-damansara.html