Wawancara Mukhriz Beri Gambaran Anwar Seperti Tamak Kuasa Setiausaha Khas Presiden Pkr




‘Wawancara Mukhriz beri gambaran Anwar tamak kuasa’
Wawancara Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir bersama Nikkei Asian Review memberikan gambaran Anwar Ibrahim tamak kuasa, meski pun nama MP Port Dickson itu tidak disebut, kata Setiausaha Khas Presiden PKR, R Suresh Kumar.
Menyifatkan wawancara anak perdana menteri itu menyasarkan ‘serangan’ terhadap Anwar Ibrahim, Suresh Kumar meminta Mukhriz supaya menghormati permuafakatan dalam PH apabila memberi kenyataan pada masa akan datang.
“Kami warga PKR sangat sedih dan terkejut dengan wawancara Mukhriz yang berkata bahawa dia tidak bercita-cita tinggi seperti individu lain yang sudah menetapkan tekad untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.
“Walaupun, Mukhriz tidak menyebut nama Anwar, namun secara umum wawancara itu memberi perspektif bahawa Anwar semakin tamak untuk menjadi perdana menteri,” katanya kepada Malaysiakini.
egawai presiden PKR berkata pendapat peribadi MP Jerlun itu yang menyebut “tidak bercita-cita menjadi perdana menteri” itu dihormati tetapi Mukhriz tidak perlu memperkecilkan orang lain untuk mengangkat dirinya sendiri.
“Anwar tidak pernah tamak atau menetapkan tekad menjadi perdana menteri. Ia adalah satu keputusan diambil oleh Pakatan sejak PRU12 yang lalu.”
“Kalau, Anwar tamak kuasa, saya percaya Anwar boleh mengambil peluang selepas jawatan perdana menteri ditawarkan kepada Kak Wan (Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya lagi.
Menurut Suresh Kumar, menjadi pengetahuan umum, selepas PH menang pada PRU14, Wan Azizah ditawarkan menjadi perdana menteri.
“Tapi, Wan Azizah dan Anwar bersama-sama menolak tawaran tersebut dan mencadangkan Tun M (Dr Mahathir Mohamad) sebagai perdana menteri kerana itu adalah telah dipersetujui dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan walaupun tiada dinyatakan di atas kertas.
“Ia cuma perjanjian secara lisan. Dan kami (PKR) menghormati perjanjian tersebut. Harap saudara Mukhriz membuat yang sama,” katanya lagi.
Suresh Kumar berkata hubungan presiden PKR dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad masih akrab.
Terdahulu, Mukhriz berkata bersedia untuk menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan persekutuan namun tidak semestinya sebagai perdana menteri.
“Saya terbuka (untuk berkhidmat di peringkat persekutuan) dan ia sebenarnya bergantung kepada kepimpinan ketika itu sama ada saya yang terbaik,” katanya dalam wawancara bersama Nikkei Asian Review.
Mukhriz berkata beliau tidak bercita-cita tinggi seperti individu lain yang sudah menetapkan tekad untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.
“Saya tidak terlalu bercita-cita tinggi, saya tidak tetapkan bahawa saya mesti menjadi perdana menteri satu hari nanti seperti yang dilakukan orang lain,” katanya tanpa menyebutkan nama khusus.
Menteri besar Kedah itu juga berkata beliau tidak akan berkhidmat dengan tanggapan bahawa suatu hari nanti akan menjadi perdana menteri.
“Saya tidak akan cuba angkat diri sendiri seolah-olah saya sudah ditetapkan perlu menjadi perdana menteri suatu hari nanti,” katanya.
Mukhriz, 54, juga berkata tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya, yang meraikan hari lahir ke 94 semalam, untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“Tiada perjanjian peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun.
“Mungkin ada cadangan seperti itu, tapi tiada yang dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan,” katanya.
Sementara itu, Suresh Kumar memberitahu hubungan PKR dan Bersatu masih baik.
“Saya rasa ia cuma pandangan peribadi Mukhriz. Bukan pendirian parti Bersatu.
“Sebab, saya masih nampak banyak pemimpin dan ahli Bersatu datang bertemu Anwar dan menyatakan sokongan bakal perdana menteri negara ini,” jelasnya.
Untuk rekod, menjelang PRU-14, dilaporkan ada persetujuan dalam kalangan pimpinan PH supaya Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sebelum digantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/12/wawancara-mukhriz-beri-gambaran-anwar-seperti-tamak-kuasa-setiausaha-khas-presiden-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Minta Johor Tubuh Jawatan Kuasa Khas Atasi Masalah Udara

Kementerian Minta Johor Tubuh Jawatan Kuasa Khas Atasi Masalah Udara

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 311 hits
Kerajaan akan tubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah pencemaran udara yang masih terus berlaku di Pasir Gudang Johor JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ...
Anwar Ditegur 22 Pemimpin Pkr

Anwar Ditegur 22 Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 418 hits
Seramai 22 ahli Majlis Pimpinan Pusat dan empat ahli parlimen PKR hari ini menegur presiden mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim Mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar yang mahu timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercuti sekiranya v...
Henti Keluar Kenyataan 27 Pemimpin Pkr Tempelak Anwar

Henti Keluar Kenyataan 27 Pemimpin Pkr Tempelak Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 384 hits
Dua puluh tiga pemimpin kanan PKR bersama empat anggota parlimen mendesak Anwar Ibrahim yang juga presiden mereka supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang memecah belahkan parti Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini mereka berkata...
Azmin Setuju Tiada Perjanjian Rasmi Dr M Perlu Serah Kuasa Kepada Anwar Dalam 2 Tahun

Azmin Setuju Tiada Perjanjian Rasmi Dr M Perlu Serah Kuasa Kepada Anwar Dalam 2 Tahun

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 347 hits
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersetuju dengan kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa tiada perjanjian rasmi dibuat untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 2 tahun Beliau sebelum ini dilaporkan berka...
26 Pemimpin Pkr Keluar Kenyataan Bersama Tegur Anwar

26 Pemimpin Pkr Keluar Kenyataan Bersama Tegur Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 334 hits
Seramai 22 pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat bersama empat anggota parlimen mendesak Anwar Ibrahim yang juga presiden parti supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan parti Menerusi kenyataan yang dikeluarkan bers...
Mengapa Setiausaha Politik Anwar Ditahan

Mengapa Setiausaha Politik Anwar Ditahan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 487 hits
Setiausaha Politik kepada Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak adalah antara pemimpin PKR yang paling lantang bersuara dalam isu video seks membabitkan Datuk Seri Azmin Ali Pada 18 Jun Farhash melal...
Perbalahan Azmi Anwar Majlis Presiden Perlu Bertindak

Perbalahan Azmi Anwar Majlis Presiden Perlu Bertindak

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 313 hits
PANDANGANMEMANDANGKAN kemelut dalam Keadilan kini makin merebak dan boleh menghanyirkan dan berpotensi mengganggu kesejahteraan kerajaan PH elok kalau majlis presiden membuat satu pernyataan sebagai memberi panduan kepada Keadilan Rakan kom...
Haziq Aziz Dipecat Daripada Pkr Serta Merta Anwar Ibrahim

Haziq Aziz Dipecat Daripada Pkr Serta Merta Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 771 hits
Haziq Abdul Aziz nama yang mula dikenali di sejak awal Jun tahun ini tatkala terjebak dalam skandal politik Lantaran itu beliau telah dipecat sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar ...
Sama Seperti Kendaraan Presiden Mobil Terbaru Adik Atta Halilintar Ini Bikin Melongo

Sama Seperti Kendaraan Presiden Mobil Terbaru Adik Atta Halilintar Ini Bikin Melongo

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 318 hits
Saaih Halilintar yang merupakan adik dari youtuber Atta Halilintar diketahui memiliki kegemaran yang sama dengan sang kakak yakni mengoleksi mobil Baru baru ini Saaih diketahui membeli sebuah mobil yang sama seperti digunakan Presiden RI
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Untuk Hati Yang Sedang Letih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry