Warkah Kepada Hang Maszlee


DR MUHAIMIN SULAM



Saudara,

Hamba sudah mendengar bicara tuan di balik dinding. Tiadalah hamba sempat meneka atau menilik maksud sebenar bicara tuan hamba itu.

Hanya hamba berfikir jurus, tidaklah hamba berfikir banyak untuk menulis warkah ini yang tiada beralamat.

Tiadalah arif hamba berfirasat tentang ketawa tuan hamba kehilangan kuasa. Jauh sekali untuk meragui keikhlasan tuan hamba ketawa.

Tiadalah hamba kecewa tuan hamba hilang jawatan atau turun kedudukan dari singgahsana kuasa.

Hal ini kerana tuan hamba sudah jauh melangkau segala hulubalang Melaka yang ada. Sudah rezeki tuan hamba begitu.

Bukankah ramai juga hulubalang Melaka terliur kehilangan peluang menjadi menteri? Sedangkan tuan hamba juga maklum bahawa ada dalam kalangan mereka mempamerkan segala jasa dan senarai korban dalam perjuangan yang panjang ini.

Tuan hamba hanya berada di gelanggang kuasa tidak lebih sepurnama. Bukankah sebelum ini tuan hamba bergelar sarjana dan berlegar soal teori dan kata? Bukankah saudara sebelum ini, banyak melontar kata di khalayak media tentang good governance?

Baca Pesanan Usman Awang buat cendekiawan
Semalaman hamba mengulang-ulang rakaman bicara tuan hamba itu. Betapa tuan bersetia pada sumpah janji pahlawan Melayu kepada tuannya.

Betapa rapuhnya sultan memperhitungkan nilai nyawa hambanya. Betapa susilanya para pembesar Melaka berbicara soal keadilan.

Biar seluruh anak dara Melaka menangis hingga penuh tujuh tempayan untuk dipersembahkan kepada baginda sultan. Biar seluruh hati nyamuk di belah-belah hingga setinggi puncak Gunung Ledang.

Harus hambakah Jebat itu?

Sudah seratus Jebat yang derhaka. Sudah seratus Jebat yang hilang nyawa. Sudah seratus Jebat yang berakhir di pusara. Sudah seratus.

Tiada cukup lagikah maka perlu ada seratus Jebat lain yang harus diangkat menjadi korban demi satu kesetiaan?

Tiadalah hamba faham makna setia yang tuan hamba ungkapkan itu. Sudah banyak juga kitab dan tuan guru yang hamba pelajari dan belajar. Tiadalah hamba khatam bab setia kepada ketua.

Tiadalah hamba bimbang menjadi Jebat. Jebat tetap akan lahir dan bangkit, biar atas nama sesiapa pun. Tiadalah juga hamba khuatir tuan hamba kekal setia bagai Hang Tuah dengan tuannya.

Hanya hamba bimbang akan terlerai ikatan setia persaudaraan dan persahabatan demi kuasa. Itu sahaja maksud warkah ini disuratkan.

DR MUHAIMIN SULAM ialah aktivis politik, dan penulis buku serta esei.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/warkah-kepada-hang-maszlee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Eh Baru Aku Faham Perasaan Hang Tuah

Maszlee Eh Baru Aku Faham Perasaan Hang Tuah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 389 hits
Dr Maszlee Malik mengibaratkan peletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan seperti kisah dalam hikayat lama pahlawan Melayu Hang Tuah yang dihukum Sultan Melaka Dalam satu video yang disunting pendek dan dimuat naik di media sosial dan ...
Kesilapan Besar Maszlee Terlalu Jaga Ultra Kiasu Ridhuan Tee

Kesilapan Besar Maszlee Terlalu Jaga Ultra Kiasu Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 274 hits
Isu UEC tulisan jawi senyap hanya lantang kritik Najib di ParlimenBANGI Sekiranya Dr Maszlee Malik bertegas mengenai isu tulisan jawi dan Sijil Peperiksaan Bersepadu sudah cukup untuk melonjakkan namanya kata Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan...
Zero Reject Policy Mudahkan Anaknya Bersekolah Ibu Terharu Dasar Maszlee Banyak Bantunya

Zero Reject Policy Mudahkan Anaknya Bersekolah Ibu Terharu Dasar Maszlee Banyak Bantunya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 420 hits
Perletakan jawatan Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik pada 3 januari lalu sangat mengemparkan seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan pendidikan Bahkan ia menimbulkan reaksi dan persoalan orang ramai Menerusi satu perkongsian y...
Will Maszlee S Resignation Be Seen As A Victory For Dap Asks Analyst

Will Maszlee S Resignation Be Seen As A Victory For Dap Asks Analyst

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 318 hits
A political analyst today said Maszlee Malik s resignation as education minister may be seen by some as a huge victory for DAP noting that the party s leaders had frequently attacked the PPBM man On Facebook Kamarul Zaman Yusoff from Univer...
Khairy Rasakan Menteri Lain Sepatutnya Undur Bukan Maszlee

Khairy Rasakan Menteri Lain Sepatutnya Undur Bukan Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 430 hits
Panas betul isu ini dan rata rata orang terkejut dengan keputusan yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan YB Maszlee yang mengumumkan peletakan jawatannya dari kementerian itu A post shared by on Jan 2 2020 at 1 01am PSTRamai pihak nampaknya...
Siapa Pengganti Dr Maszlee

Siapa Pengganti Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 358 hits
Ohmedia ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Saifuddin Abdullah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon calon yang layak menggantikan tempat Dr Maszlee sebagai Menteri Pe...
Adakah Peletakan Jawatan Dr Maszlee Ada Kaitan Dengan Projek 1bestarinet

Adakah Peletakan Jawatan Dr Maszlee Ada Kaitan Dengan Projek 1bestarinet

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1105 hits
1BestariNet 5 sebab kementerian tak sambung kontrak YTLCPUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma
Is Maszlee S Sacking A Plan To Make Mukhriz The New Pm In Waiting

Is Maszlee S Sacking A Plan To Make Mukhriz The New Pm In Waiting

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 383 hits
One thing that is very clear is the pressure on Mahathir to retire and hand power to Anwar by or before May 2020 has increased But with Mahathir you cannot apply pressure The more pressure you apply the more he will fight back Hence expect ...
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Telur Ikan Tenggiri Papan Masak Gulai Cili Api

Jalur Gemilang Of Honour And Weathered Spirits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Generasi Perfect 10

Dapat Hadiah Yang Tak Disangka Dari Blogger Kak Amie

Gabungan Lazat Ikan Percik Kerabu Jantung Pisang Menu Kampung Pembuka Selera

Tiada Yang Terlahir

Yang Sedang Hilang Diri

Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Uniswap Masih Mempunyai Kecenderungan Menaik Yang Sihat Jumaat 08 Ogos 2025