Warisan Tertekan Dengan Senario Politik


SHAH ALAM – Parti Warisan Sabah (Warisan) kini dilihat berada dalam keadaan tertekan apabila ada pihak cuba melobi wakil rakyat mereka untuk melompat parti.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, pemimpin Warisan seharusnya risau dengan apa yang berlaku ketika ini memandangkan budaya lompat parti cukup sinonim dengan politik Sabah. Menurutnya, jika dilihat Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berusaha keras untuk menyelamatkan Warisan sebagai parti pemerintah di Sabah apabila membuat kenyataan dan menempelak kenyataan provokasi terutamanya daripada UMNO Sabah berhubung isu tersebut.
“Beliau (Mohd Shafie) juga dikatakan menjadi individu penting membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad ke meja rundingan agar Pakatan Harapan Plus dan Warisan kembali membentuk kerajaan pusat sekali gus membolehkan Warisan kekal selamat di Sabah. Katanya, walaupun Warisan masih kuat di Sabah, namun mereka juga risau jika bekas wakil rakyat UMNO kembali semula bersama parti itu dan Perikatan Nasional (PN) yang ketika ini menguasai Putrajaya.
“Selain itu, kemunculan semula Tan Sri Musa Aman yang kini dibebaskan daripada pertuduhan rasuah di mahkamah dan berkemungkinan akan kembali aktif dalam politik juga harus difikirkan pemimpin Warisan. “Musa dilihat mampu menyaingi pengaruh Mohd Shafie selaku Ketua Menteri Sabah,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Dalam pada itu, Mujibu berpendapat PN mampu memimpin Sabah jika kesemua bekas wakil rakyat UMNO yang sebelum ini lompat parti untuk bersama PH (sertai Bersatu, Warisan dan PKR) kembali bersama mereka. Menurutnya, andainya usaha itu tidak dapat dilakukan maka Warisan akan kekal memerintah Sabah sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
“Kalau formula ini tidak berlaku, sukar untuk PN mengambil alih Sabah seperti yang berlaku di Johor, Melaka dan Kedah. Ini kerana kedudukan kerusi pembangkang di Sabah tidak sama dengan kedudukan seperti di tiga negeri terbabit. “Sabah mempunyai 65 kerusi DUN secara keseluruhan. Ini termasuk lima ADUN yang dilantik membabitkan 33 kerusi Warisan, 15 PH dan 17 daripada PN,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat sudah sampai masanya kerajaan menggubal satu akta khusus bagi menangani senario ahli politik ‘melompat parti’ yang sering berlaku di negara ini.
Menurutnya, kadangkala tingkah laku wakil rakyat yang bertukar parti ini dibuat semata-mata untuk menyebabkan sesuatu pentadbiran itu bertukar daripada satu pihak kepada pihak yang lain. “Situasi ini banyak berlaku di negara-negara Barat di mana apabila perjuangan ataupun ideologi sesebuah parti itu dirasakan tidak lagi sesuai, maka mereka akan bertukar parti kerana melihat perjuangannya tidak seiring dengan parti disertai sebelum ini.
“Di negara kita didapati antara alasan yang diberikan itu kadangkala tidak begitu kukuh sehingga menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan sedemikian. “Jika perubahan itu disebabkan atas dasar ideologi, maka ia satu amalan politik yang biasa, namun jika bertukar atas alasan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat, maka perlulah dibuat suatu peraturan atau dasar bagi memastikan tindakan sebegini tidak menjejaskan kestabilan politik peringkat negeri mahupun Persekutuan,” katanya.
SH
The post Warisan tertekan dengan senario politik appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/15/warisan-tertekan-dengan-senario-politik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=warisan-tertekan-dengan-senario-politik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Sprm Bermotifkan Politik Kata Pemimpin Warisan

Siasatan Sprm Bermotifkan Politik Kata Pemimpin Warisan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 386 hits
Peter Anthony muncul selepas 7 jam disoal siasat di pejabat SPRM di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony mendakwa soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atasnya hari ini b...
Politik Berpandukan Hidayah Allah

Politik Berpandukan Hidayah Allah

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 259 hits
FIRMAN Allah Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia kamu menghukum dengan adil Sesungguhnya Allah dengan itu memberi pengajaran yang sebaik...
Hanya Beri Pendapat Politik Anifah Aman Jawab Dakwaan Shafie

Hanya Beri Pendapat Politik Anifah Aman Jawab Dakwaan Shafie

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 370 hits
Bekas menteri luar Anifah Aman menjawab dakwaan presiden Warisan dan juga ketua menteri Sabah Shafie Apdal bahawa beliau memujuk ahli Parlimen parti itu supaya melompat parti PETALING JAYA Selepas dituduh cuba memujuk ahli Parlimen Warisan ...
Terima Suap Rp 11 5 M Imam Nahrawi Dituntut 10 Tahun Bui Hak Politik Dicabut

Terima Suap Rp 11 5 M Imam Nahrawi Dituntut 10 Tahun Bui Hak Politik Dicabut

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 213 hits
Untuk hal yang memberatkan perbuatan Imam dianggap telah menghambat perkembangan dan prestasi atlet Indonesia yang diharapkan dapat mengangkat nama bangsa di bidang Olahraga
Munafik Politik Dap Diminta Cermin Diri

Munafik Politik Dap Diminta Cermin Diri

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 283 hits
June 10 2020JOHOR BAHRU Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor meminta Ketua Pemuda DAP Howard Lee dan ahli parti itu cermin diri sebelum mendakwa Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersifat munafik dalam politik Ketuanya Mohd Hair...
Musa Jadi Mangsa Penganiayaan Politik Selepas Badan Hk Tak Ambil Tindakan Kata Peguam

Musa Jadi Mangsa Penganiayaan Politik Selepas Badan Hk Tak Ambil Tindakan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa anti rasuah di Hong Kong membersihkan nama Musa Aman seawal 9 tahun lalu kata seorang peguam bekas ketua menteri Sabah itu susulan keputusan pihak pendakwaan hari ini menarik balik 46 pertuduhan membabitkan rasua...
Hamdan Zoelva Sebut Sistem Proporsional Tertutup Sederhanakan Biaya Politik

Hamdan Zoelva Sebut Sistem Proporsional Tertutup Sederhanakan Biaya Politik

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 302 hits
Itu dengan kembali pada sistem proporsional tertutup akan mengurangi paling tidak 25 persen problem dalam pemilu bebas dan liberal yang kita laksanakan selama ini kata Hamdan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba