Waris Mengamuk Tak Percaya Covid 19 Antara Cabaran Urus Jenazah Spjm


Kamariah Khalidi Pengerusi Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Refieudin Zainal Rasid. GOMBAK – Terpaksa berdepan dengan waris jenazah yang ‘mengamuk’ kerana tidak mempercayai kewujudan Covid-19 merupakan detik yang tidak boleh dilupakan.
Tidak cukup dengan itu, waris berkenaan turut menanggalkan pakaian perlindungan diri (PPE) yang dipakai ketika para petugas sedang menguruskan jenazah arwah bapanya yang dijangkiti pandemik tersebut.
Itu antara pengalaman yang ditempuh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid bersama pasukannya ketika menguruskan proses pengebumian jenazah yang dijangkiti Covid-19.
Menurutnya, memakai PPE ketika cuaca panas terik pada bulan Ramadan turut menjadi sebahagian daripada situasi yang tidak dapat dielakkan.
“Pernah satu ketika di awal musim Covid-19 dan jumlah kematian pun tidak berapa banyak, ada satu waris yang tidak percaya tentang Covid-19, dakwanya pandemik itu merupakan satu konspirasi dan sebagainya.
“Jadi, dia pakai PPE pada awalnya untuk ikut kebumikan jenazah bapanya tetapi bila sampai satu tahap dia rasa stress dan terus buka PPE ketika sedang kebumikan arwah.
“Jadi itu antara cabaran yang perlu dihadapi oleh kami untuk menenangkan waris-waris supaya menerima takdir yang telah terjadi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Rafieudin berkata, kesemua petugas SPJM juga merupakan individu yang berjiwa besar kerana sentiasa menjalankan tanggungjawab fardu kifayah itu secara sukarela.
Sehingga ada pada hari-hari tidak ada menguruskan jenazah, ada dalam kalangan petugasnya bertanya sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak.
“Sebab itu apabila pihak pengurusan tanah kubur kata mereka kekurangan tenaga untuk mengebumikan jenazah sehingga ada kuota bilangan jenazah pada satu-satu masa, saya terus katakan kami ini sukarelawan jadi ramai anak-anak muda yang boleh memberikan khidmat.
“Bila tenaga muda ini ramai, apa salahnya kita bawa mereka untuk bantu urusan pengebumian ini terutamanya untuk membantu petugas tetap yang memang sudah penat bekerja sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.
“Saya faham pengurus jenazah, tukang gali kubur penat untuk berhadapan dengan situasi ini setiap hari jadi inilah masanya kita bagi peluang kepada anak muda untuk menyumbang tenaga mereka secara tidak langsung,” ujarnya.
Dalam pada itu, Muhammad Rafieudin berkata, SPJM amat mengalu-alukan mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat wabak Covid-19 untuk menghubungi badan bukan kerajaan (NGO) itu bagi mendapatkan nasihat mahu pun bantuan.
“Bersabarlah, jangan panik atau down dengan situasi tersebut, perkara pertama adalah tentukan dimana hendak kebumikan jenazah, kalau rasa perlukan bantuan atau nasihat mungkin sewaktu tengah malam jadi boleh rujuk kepada kami SPJM kerana akan ada petugas yang akan membantu,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/waris-mengamuk-tak-percaya-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Oku Jadi Sukarelawan Urus Jenazah Pesakit Covid 19 Terima Pujian

Remaja Oku Jadi Sukarelawan Urus Jenazah Pesakit Covid 19 Terima Pujian

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 266 hits
Tiada sesiapa pun di dunia ini yang hendak dilahirkan sebagai orang kelainan upaya Namun siapa kita untuk menidakkan takdir yang sudah ditentukan untuk kita Menjadi OKU bukan satu penghalang Terdapat sesetengah pihak memliki pandangan baik ...
Seletar Mall Plaza Singapura Antara Tempat Awam Dikunjungi Kes Covid 19 Semasa Berjangkit

Seletar Mall Plaza Singapura Antara Tempat Awam Dikunjungi Kes Covid 19 Semasa Berjangkit

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 252 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Seletar Mall dan Plaza Singapura ditambah ke dalam senarai tempat tempat awam yang dikunjungi kes COVID 19 semasa mereka dalam keadaan berjangkit Kementerian Kesihatan menyatakan pada Selasa mereka ya
Dilarang Lihat Jenazah Istri Tahanan Di Probolinggo Belum Percaya Suami Bunuh Diri

Dilarang Lihat Jenazah Istri Tahanan Di Probolinggo Belum Percaya Suami Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 191 hits
Pernyataan polisi bahwa tahanan yang kabur dari Polsek Kota Anyar Ahmad Fauzi bunuh diri dalam pelariannya tidak begitu saja dipercayai keluarga Istrinya Iin malah jadi curiga karena tidak diizinkan melihat jenazah sang suami
Covid 19 Antara Kelemahan Pn Dan Kesensaraan Marhaen

Covid 19 Antara Kelemahan Pn Dan Kesensaraan Marhaen

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 158 hits
Oleh R Yuneswaran Petang ini saya ke pasar malam dan sempat berbual dengan beberapa peniaga Rintihan keluhan dan kebimbangan peniaga khususnya kekurangan jualan di pasar malam amat serius dan ketara Suasana Pasar malam tidak seperti dulu di...
Takutnya Tengok Berita Rtm Papar Kontena Hsb Simpan Jenazah Pesakit Covid 19 Buat Ramai Gerun

Takutnya Tengok Berita Rtm Papar Kontena Hsb Simpan Jenazah Pesakit Covid 19 Buat Ramai Gerun

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 280 hits
Umum mengetahui negara kita ketika ini sedang berdepan dengan gelombang keempat Covid 19 Angka harian juga kekal melebihi 3000 buat beberapa hari berturut turut Terpaksa guna kontena khas Malah kes yang melibatkan kematian akibat Covid 19 j...
Tidak Percaya Covid 19 Manusia Ini Sanggup Masuk Icu Tak Pakai Pelitup Muka

Tidak Percaya Covid 19 Manusia Ini Sanggup Masuk Icu Tak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 290 hits
Sumber FacebookKalau nak tahu manusia spesis macam inilah yang menyumbang kepada jangkitan tinggi Covid 19 manakan tidak mereka inilah manusia yang kerap melanggar SOP yang ditetapkan dan akibatnya jangkitan menjadi semakin tinggi Selagi ti...
2 Kes Berkait Kedai Gunting Atatcutz 2 Penghuni Mindsville Antara Kes Baru Covid 19

2 Kes Berkait Kedai Gunting Atatcutz 2 Penghuni Mindsville Antara Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 198 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan lima jangkitan baru COVID 19 dalam masyarakat sehingga tengah hari Isnin semuanya berkait dengan kes sebelumnya dan sudah dikuarantin Sembilan kes import juga dilaporkan Ia merupakan jumlah kes baru dalam masy
Bomba Bantu Pindah Jenazah Pesakit Covid 19 Alami Obesiti

Bomba Bantu Pindah Jenazah Pesakit Covid 19 Alami Obesiti

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 272 hits
Jenazah seorang pesakit Covid 19 yang obesiti dipindahkan dari HSAH Sungai Petani ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Berapit Tikam Batu melalui lori milik JBPM Kedah pada Isnin PETALING JAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah...
Takkan Nak Tanam Kat Tepi Rumah Lagilah Tak Logik Waris Pesakit Covid 19

Takkan Nak Tanam Kat Tepi Rumah Lagilah Tak Logik Waris Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 289 hits
Takkan nak tanam kat tepi rumah lagilah tak logik Waris pesakit Covid 19 akhirnya buka mulut isu lewat kebumi jenazahPetugas menguruskan jenazah pesakit Covid 19 gambar hiasan foto FB SPJMSIAPA yang tidak sedih ketika berdepan saat kehilang...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu