Waris Ganti Akan Ditentukan Selepas Perbincangan Keluarga Sultan Abdullah




Waris Ganti Akan Ditentukan Selepas Perbincangan Keluarga – Sultan Abdullah

POSTED JANUARY 15, 2019 LPBERNAMARADIO


PEKAN, 15 Jan (Bernama) – Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah Waris Ganti untuk memegang jawatan Pemangku Raja Pahang akan ditentukan baginda selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga.

Sultan Abdullah bertitah walaupun semua pihak dapat meramalkan siapa yang bakal dilantik, namun baginda memerlukan masa untuk menetapkannya sebelum mengumumkannya dalam tempoh terdekat.
“Saya percaya semua lebih kurang dah boleh ramal kalau ikut tradisinya…cuma nak tetapkan, nak menyakinkan diri saya dulu barulah boleh nak diputuskan dan diumumkan dalam masa terdekat ini.

“Beliau kini (Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah) kini dalam latihan (ketenteraan) di UK (Akademi Tentera Diraja Sandhurst)… tidak ada masalah, beliau berkirim salam kepada semua,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam menggantikan Paduka Ayahandanya Sultan Ahmad Shah dan ia dilakukan mengikut Perkara 9A Undang-undang Tubuh Negeri Pahang (Bahagian Satu) yang memberi kuasa kepada Jumaah Pangkuan Diraja Pahang untuk menurunkan takhta dari raja kerana kegeringan besar dan berat selepas disiasat.

Baginda akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

Tengku Hassanal kini berada di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selepas mendaftar masuk ke akademi berkenaan pada 7 Jan lalu.

Putera sulung kepada Sultan Abdullah dan Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu bakal menghabiskan tempoh masa setahun di akademi berkenaan.

Mengulas berkenaan pemasyhuran baginda pada hari ini, Sultan Abdullah sekali lagi melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Sultan Ahmad Shah, paduka kekanda dan adinda serta seluruh rakyat Pahang.

“Ini adalah satu hari yang cukup besar ertinya dan saya dapat menunaikan tugas…amanah ini dengan sebaik mungkin dan saya akan beri segala jiwa, raga dan nyawa (serta) masa untuk negeri Pahang.

“Insya-Allah…dan sama-samalah berdoa agar kita semua dirahmati Allah, terima kasih kepada semua pihak media yang telah memberi banyak liputan hari ini dan pemasyhuran saya,” titah baginda.

Ketika ditanya adakah baginda bersedia memikul tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah bertitah tidak mahu terus membuat kesimpulan dan akan menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja membuat keputusan kerana yakin mereka akan membuat keputusan yang bijak.

“Saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja, saya mudah didekati…saya sanggup dan bersedia untuk berkhidmat. Harap mereka (Majlis Raja-Raja) dapat memilih orang yang tepat dan membuat keputusan yang betul.

“Jika sudah ditakdirkan saya di situ, saya pasti di situ (menjadi Yang di-Pertuan Agong), semuanya di tangan Tuhan dan tidak sesuai untuk saya bercakap lebih,” titah baginda.
— BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kerabubersuara.blogspot.com/2019/01/waris-ganti-akan-ditentukan-selepas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FRzVdP+%28Kerabu+Bersuara%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 853 hits
Assalamualaikum dan Slama Sejahtera Merafak sembah setinggi tinggi tahniah sempena pertabalan Sultan Pahang Ke 6 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Perlantikan berk...
Siapa Yang Di Pertuan Agong Selepas Sultan Kelantan

Siapa Yang Di Pertuan Agong Selepas Sultan Kelantan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1154 hits
SIAPAKAH YANG DIPERTUAN AGONG SETERUSNYA Mengikut giliran calon YDPA selepas Kelantan ialah Pahang Johor dan Perak Jika Sultan Pahang menolak maka Sultan Johor jika menolak maka Sultan Perak Tetapi masih memerlukan 5 9 undi dari raja raja M...
Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 814 hits
Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6 Tahniah kepada semua rakyat Pahang ini kerana mendapat Sultan yang baru iaitu Sultan Pahang Yang Ke 6 Hari ini diumumkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pah...
039 Dijemput Kali Pertama Atas Titah Sultan Abdullah 039

039 Dijemput Kali Pertama Atas Titah Sultan Abdullah 039

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 318 hits
13 Januari 2019 2 37 PM KUANTAN Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah Ahmad Shah mempunyai keperibadian yang tinggi termasuk dalam menghormati pilihan rakyat kata Timbalan Menteri di Ja
Allahu Kesiannya 4 Beranak Dihalau Dari Rumah Selepas Keluarga Tahu Mereka Peluk Islam

Allahu Kesiannya 4 Beranak Dihalau Dari Rumah Selepas Keluarga Tahu Mereka Peluk Islam

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 389 hits
Dewasa ini ramai orang bukan Islam memeluk agama Islam Keadaan ini mungkin bukan hanya berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia termasuk Eropah dan Amerika Syarikat Statistik saudara baru yang memeluk Islam meningkat dari sehari ke sehari...
Tengku Abdullah Sultan Pahang Baharu

Tengku Abdullah Sultan Pahang Baharu

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 983 hits
Tengku Abdullah Sultan Pahang baharu KERABAT Diraja Pahang bercadang menabalkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang lapor The New Straits Times Kerabat diraja itu dilaporkan ...
Tengku Abdullah Proud His Roti Cana I The Favorite Breakfast Of New Pahang Sultan

Tengku Abdullah Proud His Roti Cana I The Favorite Breakfast Of New Pahang Sultan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 416 hits
KUANTAN I was hesitant actually to inform him that our names are the same My name is Tengku Abdullah but I only make roti canai for Sultan Abdullah said Tengku Abdullah Tengku Sulaiman the owner of an eatery frequented by the new Sultan of ...
Sultan Abdullah Ri Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Gelaran Rasmi Sultan Pahang

Sultan Abdullah Ri Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Gelaran Rasmi Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 725 hits
PEKAN Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Sulit Sultan Pahan...
Baru Sahaja Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang Ketampanan Adinda Tengku Abdullah Ini Curi Tumpuan Ramai

Baru Sahaja Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang Ketampanan Adinda Tengku Abdullah Ini Curi Tumpuan Ramai

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1484 hits
Sebaik pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang Ke 6 pada Selasa kemunculan adinda baginda Tengku Fahd Mua adzam pada sidang media khas di Istana Abu Bakar Sabtu lalu mencuri tumpuan ne...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Psoriasis

Jalur Laluan Keretapi Terpanjang Di Dunia

Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck