Warga Rohingya Jangan Keras Kepala Perlu Faham Mereka Berstatus Pelarian Hamzah


Oleh Bernama SEORANG kanak-kanak warga Rohingya viral baru-baru ini kerana meminta sedekah, selain bertindak agresif kepada pemandu kenderaan. - Gambar Internet PEMEGANG kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) warga Rohingya diingatkan supaya tidak bersikap keras kepala dalam sebarang tindakan dilakukan, selain perlu memahami kedudukan mereka yang berstatus pelarian.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan bersimpati dengan keadaan dialami golongan ini, namun sebarang tindak-tanduk yang mendatangkan permasalahan kepada negara akan dikenakan tindakan.
Beliau berkata mereka ini mempunyai kad UNHCR dan tidak boleh beranggapan bahawa Malaysia ini negara ‘cemetery’.
“Kita hanya bantu atas sifat perikemanusiaan tapi janganlah sampai naik kepala, kerana saya tidak suka kepada sesiapa yang naik kepala kepada undang-undang kita.
“Kita tidak mahu timbul permasalahan lain misalnya di kawasan lampu isyarat di ibu kota berlakunya tindakan memaki hamun orang awam dan ia tidak patut berlaku di dalam negara ini,” katanya kepada pemberita pada program MEKAR Prihatin Pascabanjir di Taman Sri Nanding, dekat sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan dilakukan kanak-kanak warga Rohingya yang didapati meminta sedekah, selain bertindak agresif kepada pemandu kenderaan di sekitar Cheras yang tular di media sosial baru-baru ini.
Sementara itu, Hamzah berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua syarikat penerbangan berhubung kemasukan pengembara luar dijangkiti varian Omicron, selain tidak mempunyai rekod vaksinasi COVID-19.
“Ia terjadi di mana sebelum mana-mana individu menerima pas pelepasan daripada syarikat penerbangan, semua butiran mengenai rekod vaksinasi perlu dikemukakan dan disemak secara teliti manakala Jabatan Imigresen kemudiannya akan menerima sebelum memberi pelepasan untuk melakukan penerbangan.
“Namun, jika pas pelepasan itu sudah diserahkan kepada imigresen tanpa diketahui sejauh mana pihak yang memohon itu lengkap vaksinasi atau tidak, takkan kita hendak tarik balik dan tidak membenarkan mereka membuat penerbangan kerana bagaimana sesuatu pampasan itu hendak dituntut?,” katanya.
Dalam pada itu, Hamzah berkata pihaknya mengambil maklum mengenai laporan polis dilakukan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hari ini.
“Kita baru menerima laporan itu, tapi kita akan siasat mengikut akta tertentu dan barulah akan membuat siasatan,” katanya.
Pada Rabu lepas, Azam menafikan tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat, serta menyifatkannya sebagai tohmahan yang berniat jahat.
Azam dilaporkan berkata ia merupakan satu penipuan besar untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/warga-rohingya-jangan-keras-kepala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelarian Rohingya Besar Kepala Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kena Ludah Sebab Derma Rm5

Pelarian Rohingya Besar Kepala Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kena Ludah Sebab Derma Rm5

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 261 hits
Baru baru ini heboh di media sosial apabila seorang kanak kanak dipercayai warga Rohingya berang apabila tindakannya meminta sedekah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya Tindakan kanak kanak tersebut menyerang pengguna jalan raya itu me...
Lirik Jangan Dengar Mereka Betrand Peto Putra Onsu Sarwendah

Lirik Jangan Dengar Mereka Betrand Peto Putra Onsu Sarwendah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 173 hits
aku mencoba kuatdari semua terpaanbiar mereka berkatabiar mereka menghinaasal kan kita tetap bersamajangan dengar kata merekaabaikan lah semua nyasemua kan baik baik sajabiarkan lah mereka bicarajangan dengar kata merekacinta ku padamu taka...
Indonesia Hantar Bot Bawa Pelarian Rohingya Ke Malaysia

Indonesia Hantar Bot Bawa Pelarian Rohingya Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 224 hits
GAMBAR menunjukkan sebuah bot membawa pelarian Rohingya AFP JAKARTA Berpuluh puluh pelarian Rohingya yang dipintas selepas bot mereka mengalami masalah di luar pantai wilayah Aceh telah dihantar ke perairan Malaysia kata pihak berkuasa hari...
Suami Nak Tegur Isteri Jangan Depan Anak Risau Mereka Tak Hormat Ibunya

Suami Nak Tegur Isteri Jangan Depan Anak Risau Mereka Tak Hormat Ibunya

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 470 hits
Bila dah berkahwin suami atau isteri ada hak untuk menegur satu sama lain Cuma bagaimana teguran itu ada caranya Tambah lagi bila ada anak anak tunjuklah yang elok depan mereka Sebab itu ramai yang berpendapat jika suami atau isteri nak teg...
Kpk Beri Warning Kepala Daerah Jangan Korupsi Ott Seperti Berburu Di Kebun Binatang

Kpk Beri Warning Kepala Daerah Jangan Korupsi Ott Seperti Berburu Di Kebun Binatang

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 182 hits
Wakil Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Nawawi Pomolango mengingatkan para kepala daerah untuk tidak mencuri uang rakyat KPK tidak segan menangkap kepala daerah yang korupsi
Kepala Daerah Ibu Kota Baru Diangkat Presiden Dan Setingkat Menteri

Kepala Daerah Ibu Kota Baru Diangkat Presiden Dan Setingkat Menteri

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 215 hits
Saan mengakui ada perdebatan terkait dengan soal status ibu kota negara itu sendiri pada Daftar Inventarisasi Masalah dimana pemerintah ingin statusnya adalah otorita Sementara otorita itu tidak mempunyai sandaran hukum yang kuat secara kon...
Kampung Sungai Perdak Karak Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur

Kampung Sungai Perdak Karak Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 270 hits
BENTONG Kampung Sungai Perdak Karak di sini yang dilanda kejadian kepala air dan banjir lumpur kini bagaikan kawasan penempatan yang ditinggalkan Tinjauan media mendapati kawasan kampung tersebut sunyi sepi kerana penduduk masih belum pulan...
Banjir Di Lima Kecamatan Di Pidie Meluas Hingga Bireuen 30 Kepala Keluarga Mengungsi

Banjir Di Lima Kecamatan Di Pidie Meluas Hingga Bireuen 30 Kepala Keluarga Mengungsi

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 172 hits
Badan Penanggulangan Bencana Aceh menyebut banjir di Pidie Jaya turut berimbas ke warga di daerah tetangga yakni Kabupaten Bireuen Dua kecamatan tergenang banjir luapan dengan ketinggian air 100 sentimeter di sana
Koleksi Soalan Gila Yang Pakai Kepala Otak Semata Mata Ustaz Kazim Elias

Koleksi Soalan Gila Yang Pakai Kepala Otak Semata Mata Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 306 hits
Koleksi Soalan Gila Yang Pakai Kepala Otak Semata Mata Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Menu Hari Raya 2025

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bapa Jadi Bidan Terjun Sambut Anak Lahir Dalam Kereta 1 Syawal Paling Bermakna

Hantar Anak Ke Mrsm Fedtri Yahya Iringi Doa Buat Anak Selamat Berjuang Kakak

Bagaimana Cup Aiskrim Yang Menarik Boleh Tingkatkan Jualan Anda

Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi