Warga Myanmar Bantah Rampasan Kuasa Biden Mahu Timbang Semula Sekatan



GLOBAL | Pemimpin Barat mengecam rampasan kuasa tentera Myanmar ke atas kerajaan yang dipilih secara demokratik semalam, manakala ratusan ribu penyokong Aung San Suu Kyi menyuarakan kemarahan mereka di media sosial.
Awal pagi semalam, tentera Myanmar menyerahkan kuasa kepada ketua tentera Min Aung Hlaing dan mengisytiharkan darurat selama setahun, dan berkata ia bertindak ke atas apa yang disifatkan sebagai penipuan pilihan raya.
Perkembangan mengejut itu menggagalkan usaha bertahun-tahun untuk mewujudkan demokrasi di Myanmar yang dilanda kemiskinan.
Kejadian di negara yang juga dikenali sebagai Burma itu menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai prospek sejuta pelarian Rohingya dapat pulang ke negara itu.
Menurut para diplomat Majlis Keselamatan PBB akan bermesyuarat hari ini, di saat seruan agar respons lebih tegas diberikan berhubung penahanan Suu Kyi dan sejumlah lagi sekutu politiknya.
Bagaimanapun hubungan rapat Myanmar dengan ahli Majlis Keselamatan, iaitu China akan memainkan peranan dalam mesyuarat tersebut.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan pengisytiharan darurat di Myanmar adalah serangan secara langsung terhadap peralihan negara itu ke arah demokrasi dan kedaulatan undang-undang
“Amerika sebelum ini mengeluarkan Myanmar dari senarai sekatan selepas ia memulakan peralihan ke arah demokrasi.
“Namun perkembangan semasa akan memerlukan penilaian semula berkenaan autoriti dan undang-undang sekatan kita dan disusuli tindakan sewajarnya,” kata Biden dalam kenyataan.

Min Aung Hlang Min Aung Hlaing, yang sudah hampir bersara, menjanjikan pilihan raya yang bebas dan adil dan penyerahan kuasa kepada parti yang menang. Dia tidak menyatakan tempoh masa untuk perkara itu.
Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), yang dipimpin Suu Kyi menang 83 peratus dalam pilihan raya 8 November lalu. Dia menyeru orang ramai membantah rampasan kuasa tersebut.
Bagaimanapun, jalan-jalan menjadi sepi setelah tentera dan polis antirusuhan berkawal di ibu kota Naypyitaw, dan pusat komersial utama Yangon. Sambungan telefon dan internet juga dijejaskan.
Ramai warga Myanmar menyuarakan kemarahan mereka di media sosial.
Data di Facebook menunjukkan lebih 334,000 orang telah menggunakan tanda pagar #SaveMyanmar yang menunjukkan penentangan terhadap rampasan kuasa, dan ada yang menukar gambar profil menjadi hitam untuk menunjukkan kekecewaan atau warna merah sebagai tanda sokongan kepada NLD, beserta potret Suu Kyi, pemenang hadiah Nobel Keamanaan pada 1991.
“Kami sebagai warganegara Myanmar tidak setuju dengan langkah semasa dan ingin meminta pemimpin dunia, PBB dan media antarabangsa menolong negara kami – pemimpin dan rakyat kami – daripada tindakan ini,” kata satu pesan yang dikongsikan secara meluas.
Suu Kyi, Presiden Win Myint dan pemimpin NLD lain “ditangkap” awal pagi semalam, menurut jurucakap parti Myo Nyunt kepada Reuters.
Ketua Hak Asasi Manusia PBB Michelle Bachelet berkata sekurang-kurangnya 45 individu telah ditahan.
Kecaman yang diketuai PBB terhadap rampasan kuasa dan gesaan agar tahanan dibebaskan dan demokrasi dikembalikan turut disokong Kesatuan Eropah, Australia, India, Jepun dan Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Britain Boris Johnson – sebuah negara yang dahulunya menjajah Burma – menggesa pembebasakn Suu Kyi dan pemimpin lain. “Undi rakyat perlu dihormati dan pemimpin dibebaskan,” katanya.

Aung San Suu Kyi Bagi mengukuhkan rampasan kuasa, juta tentera menyingkirkan 24 menteri dan melantik 11 nama baru, antaranya untuk kementerian kewangan, pertahanan, luar negara dan dalam negeri.
Pihak bank berkata mereka akan kembali beroperasi pada Selasa selepas tutup pada Isnin, di tengah-tengah ramai orang ingin mengeluarkan wang mereka.
Penduduk Yangon juga bersesak mendapatkan bekalan makanan.
Syarikat pasar raya luar seperti Aeon (Jepun), Posco International (Korea Selatan) dan Telenor (Norway) cuba menghubungi kakitangan mereka di Myanmar dan menilai kemelut yang berlaku.
Suu Kyi menang selepas 15 tahun menjalani tahanan dalam rumah, antara 1989 hingga 2010, dan pergelutan panjang melawan tentera, yang merampas kuasa pada 1962 dan menekan setiap suara penentangan sehinggalah kemenangan NLD pada 2015.
Imej Suu Kyi sebagai ikon hak asasi manusia terjejas teruk di peringkat antarabangsa setelah gagal menghalang pengusiran ribuan etnik Rohingya pada 2017 dan mempertahankan tentera yang dituduh melakukan pembersihan etnik.
Tetapi dia kekal popular di Myanmar dan dihormati sebagai anak kepada pejuang kemerdekaan, Aung San.
The post Warga Myanmar bantah rampasan kuasa, Biden mahu timbang semula sekatan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/02/warga-myanmar-bantah-rampasan-kuasa-biden-mahu-timbang-semula-sekatan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=warga-myanmar-bantah-rampasan-kuasa-biden-mahu-ti

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenderal Min Aung Hlaing Mengepalai Rampasan Kuasa Tentera Myanmar Semalam

Jenderal Min Aung Hlaing Mengepalai Rampasan Kuasa Tentera Myanmar Semalam

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 211 hits
Dia menjadi ketua pemerintah angkatan tentera Myanmar pada 30 Mac 2011 Pada 2016 2017 sebagai pemerintah tentera Jenderal Min Aung Hlaing menjadi ketua tertinggi yang bertanggungjawab melakukan genosid ke atas etnik Rohingya dengan membunuh...
Terlalu Leka Menari Lagu Bang Jago Wanita Ini Tak Perasan Terakam Rampasan Kuasa Di Myanmar Video

Terlalu Leka Menari Lagu Bang Jago Wanita Ini Tak Perasan Terakam Rampasan Kuasa Di Myanmar Video

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 398 hits
Dapatkan isu trending berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini nbsp Umum pasti mengetahui seluruh negara Myanmar kini sedang menjalani darurat selepas Angkatan Tentera Myanmar atau lebih dikenali seb...
Malaysia Bimbang Rampasan Kuasa Di Myanmar

Malaysia Bimbang Rampasan Kuasa Di Myanmar

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 246 hits
Malaysia bimbang dengan perkembangan terkini di Myanmar yang dilapor menyaksikan rampasan kuasa oleh tentera pada awal Isnin dengan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi Presiden Myanmar U Win Myint dan lain lain pegawai kanan ditahan di ibu ko...
Pemimpin Tentera Myanmar Berucap Kali Pertama Sejak Rampasan Kuasa

Pemimpin Tentera Myanmar Berucap Kali Pertama Sejak Rampasan Kuasa

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 229 hits
YANGON Pemimpin junta tentera Myanmar menggesa orang ramai supaya mengutamakan fakta dan bukan perasaan sambil menambah bahawa satu pilihan raya akan diadakan dan kuasa akan diserahkan kepada parti yang menang kelak Beliau berkata demikian ...
Suu Kyi Gesa Rakyat Myanmar Tolak Rampasan Kuasa Tentera 24 Menteri Timbalan Menteri Dilucut Jawatan

Suu Kyi Gesa Rakyat Myanmar Tolak Rampasan Kuasa Tentera 24 Menteri Timbalan Menteri Dilucut Jawatan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 317 hits
KONGSI ARTIKEL YANGON Parti Liga Nasional bagi Demokrasi menyatakan pada Isnin bahawa pemimpinnya Aung San Suu Kyi menggesa seluruh rakyat Myanmar supaya menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera dan menggesa mereka supaya memba
Guru Tidak Sengaja Rakam Aksi Rampasan Kuasa Ketika Asyik Menari Ampun Bang Jago

Guru Tidak Sengaja Rakam Aksi Rampasan Kuasa Ketika Asyik Menari Ampun Bang Jago

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 213 hits
371 total views 231 views today YANGON Seorang guru wanita secara tidak sengaja merakam kejadian rampasan kuasa oleh tentera Myanmar ketika dia sedang sibuk bersenam dengan iringan lagu Ampun Bang Jago yang popular di Indonesia pada Isnin D...
Biden Akan Kaji Semula Rundingan As Taliban

Biden Akan Kaji Semula Rundingan As Taliban

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 271 hits
Biden akan kaji semula rundingan AS Taliban Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 23 Jan 2021 11 00PM
Pentadbiran Biden Tidak Merancang Menarik Sekatan Ke Atas Huawei

Pentadbiran Biden Tidak Merancang Menarik Sekatan Ke Atas Huawei

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 171 hits
Di bawa pentadbiran Presiden Donald Trump pelbagai syarikat dari China telah dimasukkan ke dalam senarai entiti kerana didakwa mengancam keselamatan Amerika Syarikat Huawei ialah syarikat yang paling dikenali ramai dalam senarai ini kerana ...
Kuasa Allah Di Tempat Lain Keruh Masjid Ini Terendam Banjir Tapi Airnya Bening Warga Tercengang

Kuasa Allah Di Tempat Lain Keruh Masjid Ini Terendam Banjir Tapi Airnya Bening Warga Tercengang

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 268 hits
Viral di sosial media video memperlihatkan sebuah masjid terendam banjir air yang bening Pada video TikTok ilhamwahyur terlihat pengunggah masuk menyusuri masjid Kaget kan banjir airnya bening kaya gini tulis caption akun itu Tak seperti ba...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord