Warga Libya Didakwa Langgar Lagi Pekerja Tm


SEPANG: Seorang lelaki warga Libya didakwa di Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini, hari ini, atas tiga tuduhan membunuh seorang kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) di Shaftsbury Square, Cyberjaya, memasukkan dadah dan menyebabkan cedera parah terhadap seorang lelaki.
Ahmed Abdullah Ali, 24, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hadir ke mahkamah memakai baju lokap polis dan dilihat hanya mendiamkan diri dan tunduk sepanjang prosiding.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmed didakwa menyebabkan kematian Wan Amirah Wan Alias, 31, di Shaftsbury Square, Cyberjaya, di sini, jam 7.35 malam pada 17 Oktober lalu.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff dan Nur Siti Fairuz Roslan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Aziatul Afrizan Alias, memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Ahmed mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic-acid di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini, 6.10 pagi, pada 19 Oktober lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda.
Dia turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada seorang penuntut kolej, Basel Giumala A El Maarfi, 20, warga Libya, dengan menggunakan sebilah pisau panjang di Hyve Soho Suite, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya, di sini, jam 4.45 pagi, pada 30 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat atau denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S Abirami, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana mangsa dalam kes itu mengalami cedera parah dan tertuduh adalah warga asing dan dikhuatiri melarikan diri.
Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Dinesh Muthal, memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan bakal menduduki peperiksaan akhir.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Dalam kejadian langgar lari itu, mangsa, Wan Amirah parah dirempuh dan diseret sebuah kereta jenis Hyundai di hadapan bangunan kedai Shaftbury Square, Cyberjaya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, kira-kira jam 4 pagi keesokan harinya.
Kereta suspek turut merempuh kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri.
The post Warga Libya Didakwa Langgar Lagi Pekerja TM appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/warga-libya-didakwa-langgar-lagi-pekerja-tm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Avanza Tabrak Halte Lapangan Panah Senayan 1 Warga Libya Meninggal Dunia

Avanza Tabrak Halte Lapangan Panah Senayan 1 Warga Libya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 239 hits
Kecelakaan lalu lintas terjadi di Jalan Gerbang Pemuda arah selatan dekat Halte Lapangan Panahan Senayan Jakarta Pusat Peristiwa itu menelan korban warga negara asing
Mantan Wakil Pm Malaysia Didakwa 45 Tuntutan Karena Kasus Korupsi

Mantan Wakil Pm Malaysia Didakwa 45 Tuntutan Karena Kasus Korupsi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 251 hits
Zahid digugat atas 45 kasus pelanggaran kriminal penyalahgunaan kekuasaan dan pencucian uang yang melibatkan dana sekitar RM 114 juta atau Rp 416 miliar
Zahid Didakwa Esok

Zahid Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 401 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan menahan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat agensi penguatkuasaan itu SPRM dalam kenyataan hari ini ber...
Ahli Umno Diminta Bertenang Kemungkinan Zahid Didakwa

Ahli Umno Diminta Bertenang Kemungkinan Zahid Didakwa

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 318 hits
SEREMBAN 18 Okt Ahli UMNO diminta bertenang dan mengambil pendekatan rasional berhubung kemungkinan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditahan dan didakwa di mahkamah esok Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ber...
Sprm Panggil Ahmad Zahid Kali Ke 6 Dijangka Didakwa Pada Jumaat

Sprm Panggil Ahmad Zahid Kali Ke 6 Dijangka Didakwa Pada Jumaat

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 269 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil untuk hadir menyerah diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada Khamis Beliau dijangka didakwa pada Jumaat dan perkara itu disahkan Ahli Majlis Tertinggi Um...
Zahid Didakwa Dengan 45 Pertuduhan Dibenarkan Ikat Jamin Rm2 Juta

Zahid Didakwa Dengan 45 Pertuduhan Dibenarkan Ikat Jamin Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 19 Okt Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini didakwa dengan 45 pertuduhan pecah amanah menerima rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM114 juta di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan P...
Zahid Ditahan Sprm Esok Didakwa Jumaat Ini

Zahid Ditahan Sprm Esok Didakwa Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 309 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah diberi notis untuk hadir di ibu pejabat SPRM esok kata ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam Foto The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan me...
Ahmad Zahid Didakwa Terima Rasuah Rm21 25 Juta Untuk Myeg Cip Pasport

Ahmad Zahid Didakwa Terima Rasuah Rm21 25 Juta Untuk Myeg Cip Pasport

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 372 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menerima rasuah RM21 25 juta bagi beberapa projek untuk syarikat semasa menjadi menteri dalam negeri Bekas timbalan perdana menteri itu dituduh menerima rasuah itu bagi projek projek MyEG Services Berha...
Zahid Didakwa Rasuah Rm114 Juta Bukan Dendam Rasuah Tetap Rasuah

Zahid Didakwa Rasuah Rm114 Juta Bukan Dendam Rasuah Tetap Rasuah

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 381 hits
RM114 JUTA Presiden Umno Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah hari ini melibatkan RM72 juta pengubahan wang haram dan rasuah RM42 juta melibatkan sebuah Yayasan Ya RM114 juta BUKAN RM114 ribu Pemimpin pemimpin Umno nampaknya main bilion bilion ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner