Warga Emas Terus Jadi Korban Terbanyak Akibat Covid 19


Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes kematian akibat Covid-19 seramai 34 orang dengan 25 daripadanya adalah warga emas yang melibatkan pelbagai latar belakang penyakit.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kematian yang direkodkan melibatkan di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, Sabah, Melaka, Sarawak, Perak dan Terengganu.
Katanya, seramai 26 lelaki dan lapan wanita berusia antara 45 hingga 84 tahun menjadi korban pandemik Covid-19 dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Kematian hari ini melibatkan lapan kes di Selangor, Johor (6), Kuala Lumpur (6), Kelantan (4), Kedah (3), Sabah (2), Melaka (2), Sarawak (1), Perak (1) dan Terengganu (1).
“Antara penyakit yang dikesan iaitu kencing manis, darah tinggi, gout, buah pinggang kronik, jantung, obesiti, dislipidemia, strok, kanser, hati kronik, paru-paru dan tuberkulosis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Malaysia turut mencatatkan penurunan kes positif baharu Covid-19 namun masih melebihi 4,000 kes iaitu 4,113 kes yang diatasi kes sembuh iaitu 4,190 kes dengan 13 kluster baharu dikesan.
Katanya, kes aktif menunjukkan sedikit penurunan iaitu 41,471 kes berbanding semalam, 41,582 kes manakala sebanyak 482 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 250 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor masih merekodkan kes positif tertinggi iaitu 1,269 kes diikuti Sarawak, 533 kes; Kelantan, 371 kes; Johor, 335 kes; Kuala Lumpur, 306 kes; Pulau Pinang, 266 kes; Kedah, 228 kes; Pahang, 178 kes, Terengganu, 165 kes; Perak, 147 kes; Negeri Sembilan, 124 kes dan Melaka, 107 kes.
“Hanya satu negeri dan satu Wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 53 kes dan Putrajaya, 20 kes manakala Labuan, enam kes dan Perlis, lima kes,” katanya.
Mengulas mengenai 13 kluster baharu, Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya mencatatkan empat kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Perindustrian Balakong di Hulu Langat, Selangor, 138 kes; Kluster Tanjung Dungun melibatkan Setiu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, dan Besut, Terengganu, 42 kes; Kluster Menara Jalan Putra di Kuantan, Pahang, 29 kes dan Kluster Persiaran Utara di Kota Tinggi, Johor, 16 kes.
Kluster Komuniti pula merekodkan empat kluster katanya, Kluster Bukit Pauh melibatkan Dungun, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Terengganu; Kuantan, Pahang dan Petaling, Selangor, 36 kes; Kluster Sungai Lebai di Pekan, Pahang, 26 kes; Kluster Sungai Rayah di Meradong, Sarawak, 13 kes dan Kluster Jalan Mawar Pasak di Kota Tinggi, Johor, 11 kes.
“Kluster keagamaan pula dua kluster iaitu Kluster Dah Mahsuri di Kubang Pasu, Kedah, 50 kes dan Kluster Kampung Batu Muda di Kepong, Kuala Lumpur, 17 kes.
“Kluster pendidikan juga merekodkan dua kluster iaitu Kluster Jalan Tegas melibatkan Petaling, Gombak, Klang, dan Hulu Langat, Selangor, 23 kes dan Kluster Lebuh Lembah Permai melibatkan Seberang Perai Tengah, Timur Laut, dan Barat Daya, Pulau Pinang, 15 kes manakala kluster Kumpulan Berisiko Tinggi hanya satu kluster iaitu Kluster Lebuh Katz di Timur Laut, Pulau Pinang, 36 kes,” katanya. UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/warga-emas-terus-jadi-korban-terbanyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid

Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 380 hits
Klip video Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun yang berlakon sebagai penghantar makanan ke rumah seorang warga emas terus mendapat kecaman warga net Selain isu itu kecaman juga tertumpu kepada ketidakpekaan R...
Warga Emas Kena Denda Rm5 000 Gara Gara Tanggal Gelang Pink Positif Covid 19 Di Raub

Warga Emas Kena Denda Rm5 000 Gara Gara Tanggal Gelang Pink Positif Covid 19 Di Raub

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 603 hits
RAUB Seorang warga emas dikompaun RM5 000 kerana tidak mematuhi perintah pencegahan penyakit oleh pihak berkuasa selepas dia menanggalkan gelang yang menandakan dia diawasi semasa ke klinik Tindakan wanita berusia 72 tahun itu menanggalkan ...
40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 378 hits
Sebanyak 40 000 dos vaksin Covid 19 akan diasingkan bagi tujuan vaksinasi kumpulan warga emas dan orang kurang upaya yang menjadi kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam Program Imunisasi Covid 19 fasa ke...
34 Korban Akibat Covid 19 Kes Baru Catat Angka 4 113

34 Korban Akibat Covid 19 Kes Baru Catat Angka 4 113

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 541 hits
MALAYSIA NOW Selangor catat kes harian tertinggi hari ini sebanyak 1 269 Perintah kawalan pergerakan 3 0 diumumkan kerajaan bagi melandaikan keluk wabak Covid 19 yang menunjukkan peningkatan kes dalam negara Malaysia mencatat 4 113 kes baru...
44 Lagi Kematian Akibat Covid 19 Korban Tertinggi Setakat Ini

44 Lagi Kematian Akibat Covid 19 Korban Tertinggi Setakat Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh SEJAK beberapa hari lalu kes kematian akibat COVID 19 lebih tinggi daripada kebiasaan dengan tertinggi direkodkan pada 12 Mei lalu melibatkan 39 kematian Namun jumlah kematian yang dilaporkan hari ini merupakan rekod apabila 44 kematia...
Warga Emas Dakwa Dibuang Anak Menantu Buka Mulut Dedah Kisah Sebenar

Warga Emas Dakwa Dibuang Anak Menantu Buka Mulut Dedah Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 274 hits
Seorang wanita bernama Zarah Ahmad menjadi bualan ramai selepas mendakwa dirinya telah dibuang oleh sembilan orang anaknya semasa menerima rawatan selama satu minggu di sebuah hospital akibat terjatuh Meninggal dunia atau hidup anak anak ti...
Warga Emas Dakwa Ditinggal Dirumah Orang Tua Menipu

Warga Emas Dakwa Ditinggal Dirumah Orang Tua Menipu

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 289 hits
Kisah seorang warga emas yang sebelum ini didakwa dibiarkan di pusat jagaan orang tua sebelum ini selesai selepas anaknya tampil membuat kenyataan di laman Facebook Menerusi perkongsian anaknya yang dikenali Normala Shamsuddin dia memaklumk...
Dikompaun Rm5 000 Dek Kedegiian Warga Emas Tanggal Gelang Pink

Dikompaun Rm5 000 Dek Kedegiian Warga Emas Tanggal Gelang Pink

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 337 hits
nbsp KedegiIan warga emas yang menanggalkan gelang merah jambu untuk ke klinik membawa padah apabila dia dikompaun RM 5 000 semalam Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed berkata wanita berusia 72 tahun yang tinggal di Ka...
Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Masa Inilah Peluang Bagi Sprm Siasat Jika Dahulunya Tak Bayar Hutang

Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana Chord

Lirik Lagu Hari Mulia Amir Jahari Ft Beto Kusyairy

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Resipi Kuih Lapis

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Bailout

Roti John Air Tangan Anak Anak

Uncle Botak Bbq Petaling Jaya

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Cara Mendaftar Asuransi Kesehatan Bca Life