Warga Emas Dalam Koma Jatuh Tangga Gara Gara Lif Rosak


Jason ThomasKetiga-tiga lif di bangunan pangsapuri PKNS di SS8, Kelana Jaya. FMT difahamkan, lazimnya, hanya satu saja yang berfungsi.PETALING JAYA: Seorang pesara berusia 67 tahun kini terlantar koma selepas terjatuh ketika terpaksa menaiki tangga kerana lif di bangunan pangsapuri PKNS di SS8, Kelana Jaya sering mengalami kerosakan dan tidak diselenggara.
John Joseph Samikanoo, seorang pesara yang aktif dan gemar bermain bola sepak serta badminton bersama cucunya, kini mungkin menghabiskan sisa hidupnya di atas katil ekoran kejadian pada 13 Mac lalu yang menyebabkannya koma sejak sebulan lalu.
John Joseph Samikanoo dilaporkan koma sebulan selepas dia terjatuh ketika menuruni anak tangga di pangsapuri kediamannya.Dalam kejadian pada awal pagi itu, John terpaksa menaiki tangga ke tingkat 10 kerana ketiga-tiga lif di pangsapuri yang dibina pada 1984 itu tidak berfungsi.
John, seperti 230 unit penghuni lain, sudah biasa dengan keadaan lif yang sering tidak berfungsi dan terpaksa menggunakan tangga. Namun dalam kejadian pada awal Mac lalu, pesara itu hanya sampai di tingkat pertama sebelum terjatuh.
Seorang penduduk menemui warga emas itu dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan di sebelahnya terdapat pagar tangga yang berkarat, yang dipercayai oleh polis digunakan John untuk menyokong dirinya ketika menaiki tangga.
Menantu John Joseph Samikanoo, Brian Ruban, menunjukkan lokasi John terjatuh tangga.Tinjauan pada dua tangga lain seterusnya menemui pagar besi yang sama dalam keadaan berkarat dan reput dan notis yang dikeluarkan oleh badan pengurusan pangsapuri diletak di tingkat bawah menyatakan semua lif belum diperbaiki dan ada peralatan yang perlu diganti.
John yang dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), disahkan oleh doktor pakar sebagai mengalami banyak pendarahan, termasuk kecederaan patah tulang muka dan bahu.
“Ayah saya tidak sedar sejak dia jatuh dan menurut doktor, dia tidak akan dapat bangun, berjalan atau bercakap lagi dan berkemungkinan hanya terlantar di atas katil sepanjang hayatnya,” kata anak mangsa, Michele.
Michele berkata, dia tidak pasti pihak mana yang harus bertanggungjawab untuk penyelenggaraan lif, sama ada badan pengurusan, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), PKNS atau kerajaan Selangor.
Pagar yang ditemui berada di sebelah John Joseph Samikanoo selepas insiden terjatuh, dipercayai digunakannya untuk menyokong dirinya ketika menaiki tangga.Beberapa penduduk yang ditemui FMT berkata, penyelenggaraan lif yang begitu lemah di bangunan 15 tingkat itu menjadi masalah selama bertahun-tahun, tetapi badan pengurusan memberi alasan mereka tidak mempunyai cukup dana untuk membiayai kos pembaikan.
Notis kenyataan yang meminta penduduk untuk menjelaskan bayaran tertunggak dilihat ditampal di dinding sekitar lif, termasuk papan tanda yang bertuliskan “Kerja-kerja servis sedang dijalankan”, menghadang pintu masuk lif.
Penduduk turut menyatakan berlaku situasi seorang penduduk menghadapi serangan penyakit jantung ketika menaiki tangga.
Ketika FMT meninjau bangunan pangsapuri itu Ahad lalu, hanya satu daripada tiga lif  berfungsi selain terdapat notis JKKP menyatakan semua lif tidak sesuai digunakan kerana peralatan dalam keadaan tidak elok.
“Satu lif ini tidak mencukupi, orang menggunakannya sepanjang masa kadang-kadang hingga 2 atau 3 pagi. Ia kerap digunakan,” kata seorang penduduk.
Bangunan pangsapuri PKNS 15 tingkat di SS8, Kelana Jaya.Seorang tukang cuci yang tinggal di tingkat tujuh, Deiva Aparanjitham Nagan, 60, berkongsi pengalaman peritnya naik dan turun tangga ketika lif tidak beroperasi.
“Saya menghadapi masalah lutut, jadi tidak mudah bagi saya. Terutama apabila pagar besi di sepanjang tangga banyak yang rosak,” katanya.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Jisenaden, berkata “alasan” yang sering diberi badan pengurusan adalah ramai penduduk tidak membayar yuran pengurusan mereka adalah tidak adil..
“Tapi saya bayar, jadi saya mesti boleh menggunakan lif,” katanya.
FMT sedang berusaha mendapatkan komen pihak berkuasa berhubung isu ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/warga-emas-dalam-koma-jatuh-tangga-gara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Terima Suntikan Tetapi Warga Emas 80 Tahun Disenarai Telah Divaksin

Belum Terima Suntikan Tetapi Warga Emas 80 Tahun Disenarai Telah Divaksin

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 250 hits
Ainaa AimanPETALING JAYA Seorang bekas jururawat kerajaan berusia 80 tahun disenaraikan sebagai individu telah divaksin walaupun dia sebenarnya sedang menunggu temujanji vaksinasi kata anak perempuannya Wanita yang hanya mahu dikenali sebag...
Kakitangan Akar Umbi Persatuan Rakyat Giat Dampingi Warga Emas Galak Vaksinasi Covid 19

Kakitangan Akar Umbi Persatuan Rakyat Giat Dampingi Warga Emas Galak Vaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 330 hits
SINGAPURA Sedang Singapura mempergiatkan usaha untuk memvaksin para penduduk negara ini sebelum hujung tahun ini kakitangan akar umbi juga bekerja keras untuk meyakinkan sesetengah penduduk mengenai manfaat vaksinasi khususnya bagi mereka y...
Pasangan Adik Beradik Warga Emas Teruskan Perniagaan Asah Pisau Di Kuala Lumpur

Pasangan Adik Beradik Warga Emas Teruskan Perniagaan Asah Pisau Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Percikan api berterbangan apabila Yip Yoke Lin 74 tahun meletakkan pisau tukang masak Cina yang sedang diasahnya pada sudut 30 darjah dari permukaan meja Setelah menggesek pisau tersebut beberapa kali pada mesin pengasah beliau...
Warga Emas Melabur 7 Tahun Baru Sedar Ditipu

Warga Emas Melabur 7 Tahun Baru Sedar Ditipu

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 320 hits
KUANTAN Dua wanita warga emas mendakwa kerugian RM50 000 setiap seorang selepas diperdayakan untuk menyertai pelaburan menanam padi di Kemboja yang disertai mereka sejak tujuh tahun lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Mohd...
Dekati Warga Emas Oku Daftar Vaksin Covid 19

Dekati Warga Emas Oku Daftar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 253 hits
Oleh SITI A ISYAH SUKAIMI RINA Mohd Harun beramah mesra bersama para peserta pada Konvensyen NGO KPWKM 2021 di Hotel Everly di Putrajaya hari ini UTUSAN FAISOL MUSTAFA PUTRAJAYA Rasa ragu ragu mahu melihat keberkesanan dahulu selain memerlu...
Warga Emas Maut Disambar Petir Di Kebun Durian

Warga Emas Maut Disambar Petir Di Kebun Durian

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN ABD WAHAB TALIBDUNGUN Seorang warga emas maut dipercayai disambar petir di kebun durian miliknya di Kampung Sungai di Kuala Jengai di sini hari ini Mangsa Abd Wahab Talib 64 ditemukan tidak sedarkan di...
Warga Emas Maut Diseret 3 Kilometer Metrotv

Warga Emas Maut Diseret 3 Kilometer Metrotv

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 232 hits
Temerloh Warga emas Abu Tahir Singah 80 maut selepas dia dan motosikal ditunggangnya diseret sejauh tiga kilometer oleh Nissan Frontier di Kilometer 10 Jalan Jerantut Temerloh pagi semalam Dalam kejadian 8 30 pagi semalam mangsa maut di tem...
Saya Kan Tak Ada Keluarga Warga Emas Berusia 58 Tahun Menikah Dengan Gadis Berusia 19 Tahun

Saya Kan Tak Ada Keluarga Warga Emas Berusia 58 Tahun Menikah Dengan Gadis Berusia 19 Tahun

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 390 hits
The ReporterPernikahan dengan perbezaan usia yang jauh terjadi lagi di Indonesia di mana seorang lelaki bernama Bora 58 menikah seorang gadis berusia 19 tahun bernama Ira Fazillah Menurut Ketua Kampung Dusun Cippaga di Kabupaten Bone Sulawe...
Masalah Geletar Di Kalangan Warga Emas

Masalah Geletar Di Kalangan Warga Emas

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 383 hits
MASALAH GELETAR DI KALANGAN WARGA EMAS Masalah geletar merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan warga emas Geletar boleh didefinisikan sebagai pergerakan bahagian bahagian badan yang tidak dapat dikawal dan mempunyai irama corak te...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl