Warden Dihukum Penjara 228 Tahun 42 Sebatan Atas Tuduhan Liwat Dan Jenayah Seksual


Gambar hiasan
KANGAR, 31 Mei — Seorang warden asrama sebuah pusat tahfiz di sini, dihukum penjara berjumlah 228  tahun serta 42 sebatan selepas mengaku bersalah atas 25 pertuduhan meliwat dan melakukan jenayah seksual terhadap lima pelajar tahfiz serta satu kesalahan memiliki video lucah dalam telefon bimbit.

Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Nawawi Anuar, 28, kelmarin (29 Mei)  dan memerintahkan Nawawi menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap, awal bulan ini.

Loading...
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 15 tahun, 10 tahun dan tujuh tahun bagi 25 pertuduhan meliwat dan melakukan jenayah seksual, serta penjara setahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem iaitu memiliki video lucah di dalam telefon bimbitnya.

Kelmarin media melaporkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadap Nawawi berjumlah 133 tahun, bagaimanapun pihak pendakwaan semalam hadir ke mahkamah itu untuk menyemak semula jumlah hukuman itu dan mahkamah mengesahkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara berjumlah 228 tahun.

Ini berikutan mahkamah memerintahkan hukuman terhadap 20 pertuduhan berjalan secara berasingan manakala enam lagi berjalan serentak.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Maahad Tahfiz di sini terhadap lima pelajar lelaki masing-masing berusia sembilan, 10, 11 dan 15 tahun sepanjang April lepas.

Dia didakwa  mengikut Seksyen 377B  dan 377C Kanun Keseksaan, Seksyen 15(e) dan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan mahkamah menetapkan 9 Julai untuk sebutan kes itu.

Kelmarin, Timbalan Pendakwa Raya, Noshuhada Mohd Yatim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius sehingga mengakibatkan trauma kepada semua mangsa dan keluarga mereka.

Katanya tertuduh juga gagal menjalankan amanah yang diberikan sebagai warden di pusat tahfiz itu.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mohd Hapiz Rajali yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan kerana tertuduh kini insaf dan kejadian itu berlaku akibat dia trauma kerana pernah menjadi mangsa liwat.

“Tertuduh pernah menjadi mangsa liwat semasa belajar di sebuah pusat tahfiz sewaktu  berumur 14 tahun. Ia menjadikan tertuduh trauma,” katanya dan menambah tertuduh merupakan anak ketiga daripada lima beradik telah kematian bapa manakala ibunya seorang suri rumah.

Pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali dan Mohd Farhan Aliff Ahmad. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/warden-dihukum-penjara-228-tahun-42.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warden Liwat Pelajar Tahfiz Dihukum Penjara 133 Tahun 42 Sebatan

Warden Liwat Pelajar Tahfiz Dihukum Penjara 133 Tahun 42 Sebatan

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 375 hits
FMT Reporters ETALING JAYA Seorang warden asrama dijatuhi hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini selepas mengaku bersalah atas 26 pertuduhan liwat dan jenayah seksual terhadap 5 pelajar tahfiz bulan lalu...
Liwat Lima Pelajar Tahfiz Warden Dipenjara 133 Tahun 42 Sebatan

Liwat Lima Pelajar Tahfiz Warden Dipenjara 133 Tahun 42 Sebatan

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 475 hits
Gara gara melayan nafsu syaitan meliwat pelajar tahfiz seorang warden asrama dijatuhi hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan di Mahkamah Sesyen Kangar semalam Tertuduh dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas 26 pertuduhan ...
Seorang Warden Berdepan Penjara 133 Tahun Akibat Liwat Pelajar Tahfiz

Seorang Warden Berdepan Penjara 133 Tahun Akibat Liwat Pelajar Tahfiz

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 437 hits
Akibat meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz seorang warden asrama dijatuhkan hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini Kejadian yang berlaki di pusat tahfiz Simpang Empat itu berlaku pada bulan lalu Pesal...
Warden Dipenjara 133 Tahun Liwat Lima Pelajar Tahfiz Di Perlis

Warden Dipenjara 133 Tahun Liwat Lima Pelajar Tahfiz Di Perlis

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 346 hits
KANGAR Seorang warden sebuah maahad tahfiz di Simpang Empat di sini dijatuhi hukuman penjara selama 133 tahun selepas mengaku bersalah atas 26 pertuduhan liwat dan jenayah seksual terhadap lima pelajar tahfiz bulan lalu Tertuduh Nawawi Anua...
Jaksa Tuntut Ratna Sarumpaet 6 Tahun Penjara Ini Alasannya

Jaksa Tuntut Ratna Sarumpaet 6 Tahun Penjara Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 204 hits
Jaksa menilai terdakwa Ratna sengaja membuat keonaran di masyarakat dengan menyebar berita bohong di masyarakat
Dituntut 6 Tahun Penjara Ratna Sarumapaet Bilang Agak Hiperbola Ya

Dituntut 6 Tahun Penjara Ratna Sarumapaet Bilang Agak Hiperbola Ya

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 222 hits
Ratna mengatakan berencana mengajukan keberatan Sebab menurut dia Jaksa keliru mendakwa
Tidur Siang Tetap Perlu Untuk Anak Usia 3 Tahun Ke Atas 20 Minit Cukup Recharge Tenaga

Tidur Siang Tetap Perlu Untuk Anak Usia 3 Tahun Ke Atas 20 Minit Cukup Recharge Tenaga

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 543 hits
Apabila anak umur 3 tahun ke atas tidur siang seolah olah dah tak jadi rutin buat anak anak Ibu bapa mula bagi kelonggaran dan tak paksa pun mereka tidur Maksudnya usia anak waktu ini mereka di beri kebebasan sama ada nak tidur atau tak Nam...
Dikunjungi Keluarga Ahmad Dhani Akan Rayakan Ulang Tahun Di Penjara

Dikunjungi Keluarga Ahmad Dhani Akan Rayakan Ulang Tahun Di Penjara

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 210 hits
Rencana kedatangan keluarga Ahmad Dhani ke Rutan Klas 1A Surabaya medaeng Sidoarjo ini dibenarkan oleh kuasa hukumnya Sahid
Selundupkan Sabu 1 Kg Dua Wn Malaysia Divonis 17 Tahun Penjara

Selundupkan Sabu 1 Kg Dua Wn Malaysia Divonis 17 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 290 hits
Kedua terdakwa kemudian ditangkap oleh Polda Jatim di Hotel Choice BG Junction pada 19 Oktober 2018 lalu
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal