Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat


Meremang bulu roma dan menangis saya baca kisah ini, apalah sangat yang dibandingkan dengan ujian kecil yang menimpa kita.. Allahu.. 
WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT
Kisah ini mungkin telah sering kita dengar. Namun, sekadar mengingatkan kembali tentang perjuangan wanita mulia ini. Semoga dapat mengembalikan ghairah kita untuk juga mampu meneladani beliau, wanita yang " berhati waja "
Nusaibah Binti Ka’ab radhiyallahu anha, namanya tercatat dalam tinta emas penuh kemuliaan. Bahkan kematiannya mengundang ribuan malaikat untuk menyambutnya

Hari itu Nusaibah sedang berada di dapur. Suaminya, Said sedang beristirehat di bilik tempat tidur. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunung batu yang runtuh. Nusaibah meneka, itu pasti tentera musuh. Memang, beberapa hari ini ketegangan memuncak di kawasan Gunung Uhud. Dengan bergegas, Nusaibah meninggalkan apa yang sedang dilakukannya dan masuk ke bilik. Suaminya yang sedang tertidur dengan halus dan lembut dikejutkannya

“Suamiku tersayang”, Nusaibah berkata: “Aku mendengar pekik suara menuju ke Uhud. Mungkin orang-orang kafir telah menyerang.”
Said yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Dia menyesal mengapa bukan dia yang mendengar suara itu. Malah isterinya. Dia segera bangun dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu dia menyiapkan kuda, Nusaibah menghampiri. Dia memberi sebilah pedang kepada Said

“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang.”
Said memandang wajah isterinya. Setelah mendengar perkataannya itu, tak pernah ada keraguan padanya untuk pergi ke medan perang. Dengan gagah dinaikinya kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju ke utara. Said langsung terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di satu sudut yang lain, Rasulullah melihatnya dan tersenyum kepadanya. Senyum yang tulus itu semakin mengobarkan keberanian Said

Di rumah, Nusaibah duduk dengan gelisah. Kedua anaknya, Amar yang baru berusia 15 tahun dan Saad yang dua tahun lebih muda, memperhatikan ibunya dengan pandangan cemas. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda yang nampaknya sangat gugup

“Ibu, salam dari Rasulullah,” berkata si penunggang kuda, “Suami Ibu, Said baru sahaja gugur di medan perang. Beliau syahid…”
Nusaibah tertunduk sebentar
“Inna lillah…..” ucapnya,“Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah.”
Setelah pemberi khabar itu meninggalkan tempat, Nusaibah memanggil Amar. Ia tersenyum kepadanya di tengah tangis yang tertahan,
“Amar, kau lihat Ibu menangis?.. Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah Syahid. Aku sedih kerana tidak memiliki apa-apa lagi untuk diberikan sebagai para pejuang Nabi. Mahukah engkau melihat ibumu bahagia?”
Amar mengangguk. Hatinya berdebar-debar

*“Ambillah kuda di kandang dan bawalah tombak. Bertempurlah bersama Nabi hingga kaum kafir terhapus.”
Mata Amar bersinar-sinar. “Terima kasih Ibu. Inilah yang aku tunggu sejak dari tadi. Aku ragu, seandainya Ibu tidak memberi peluang kepadaku untuk membela agama Allah.”
Putera Nusaibah yang berbadan kurus itu pun terus menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak terlihat ketakutan sedikit pun dalam wajahnya. Di hadapan Rasulullah, ia memperkenalkan diri

“Ya Rasulullah, aku Amar bin Said. Aku datang untuk menggantikan ayahku yang telah gugur.”
Rasul dengan terharu memeluk anak muda itu. “Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Amar. Allah memberkatimu….”
Hari itu pertempuran berlalu cepat. Pertumpahan darah berlangsung hingga petang. Pagi-pagi seorang utusan pasukan Islam berangkat dari perkemahan di medan tempur, mereka menuju ke rumah Nusaibah

Setibanya di sana, wanita yang tabah itu sedang termangu-mangu menunggu berita, “Ada khabar.. apakah gerangan?..” serunya gemetar ketika sang utusan belum lagi membuka suaranya, “Apakah anakku gugur?..”
Utusan itu menunduk sedih, “Betul….”
“Inna lillah….” Nusaibah bergumam kecil. Ia menangis
“Kau berduka, ya Ummu Amar?..”
Nusaibah menggeleng kecil. “Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan kuberangkatkan?.. Saad masih kanak-kanak.”
Mendengar itu, Saad yang sedang berada tepat di samping ibunya, menyela, “Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa Saad adalah putera seorang ayah yang gagah berani.”
Nusaibah terperanjat. Ia memandang puteranya. “Kau tidak takut, nak?..”
Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng, yakin. Sebuah senyum terhias di wajahnya. Ketika Nusaibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan tentera itu

Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghempaskan nyawa orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, yakni ketika sebilah anak panah menancap di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyerukan, “Allahu Akbar!..”
Kembali Rasulullah memberangkatkan utusan ke rumah Nusaibah

Mendengar berita kematian itu, Nusaibah meremang bulu tengkuknya. 
“Wahai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak memiliki apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diriku yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”
Sang utusan mengerutkan keningnya, lalu berkata:
“Tapi engkau wanita, ya Ibu….”
Nusaibah tersinggung: “Engkau meremehkan aku kerana aku wanita?.. Apakah wanita tidak ingin pula masuk ke Syurga melalui jihad?..”
Nusaibah tidak menunggu jawapan dari utusan tersebut. Ia bergegas menghadap Rasulullah dengan menunggang kuda yang ada

Tiba di sana, Rasulullah mendengarkan semua perkataan Nusaibah. Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum

“Nusaibah yang dimuliakan Allah. Belum masanya wanita mengangkat senjata. Untuk sementara engkau kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentera kita yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”
Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nusaibah pun segera mengambil ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur

Dirawatnya mereka yang mengalami luka-luka dengan cermat. Pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk dan memberi minum seorang prajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba rambutnya terkena percikan darah. Nusaibah lalu memandang. Ternyata kepala seorang tentara Islam tergolek, tewas terbabat oleh senjata orang kafir

Timbul kemarahan Nusaibah menyaksikan kekejaman ini

Apalagi ketika dilihatnya Rasulullah terjatuh dari kudanya akibat keningnya terkena anak panah musuh. Nusaibah tidak dapat menahan diri lagi, menyaksikan hal itu

Ia bangkit dengan gagah berani. Diambilnya pedang perajurit yang tewas itu
Dinaiki kudanya. Lantas bagaikan singa betina, ia mengamuk

Ramai musuh yang kelam kabut menghindarkan diri darinya. Puluhan jiwa orang kafir pun tumbang

Hingga pada suatu waktu ada seorang kafir yang mengendap dari arah belakang, dan langsung menebas putus lengan kirinya. Nusaibah pun terjatuh, terinjak-injak oleh kuda. Peperangan terus berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga tubuh Nusaibah menahan sakit sendirian tanpa ada bantuan
Tiba-tiba Ibnu Mas’ud menunggang kudanya, mengawasi kalau-kalau ada orang yang boleh ditolongnya. Sahabat itu, apabila melihat ada tubuh yang bergerak-gerak dengan susah payah dikejauhan, dia segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu

Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “Isteri Said-kah engkau?..”
Nusaibah memperhatikan penolongnya. Lalu bertanya, “Bagaimana dengan Rasulullah?.. Selamatkah baginda?..”
“Baginda Rasulullah tidak kurang suatu apapun…”
“Engkau Ibnu Mas’ud, bukan?.. Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”
“Engkau masih terluka parah, Nusaibah….”
“Engkau mahu menghalangi aku untuk membela Rasulullah?..”
Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nusaibah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke medan pertempuran. Ramai musuh yang ditumbangkannya. Namun kerana tangannya sudah putus , akhirnya terputus juga lehernya dipenggal musuh

Gugurlah wanita perkasa itu di atas pasir. Darahnya membasahi tanah yang dicintainya

Tiba-tiba langit berubah mendung, hitam kelabu. Padahal tadinya langit tampak cerah dan terang benderang. Pertempuran terhenti sejenak

Rasul kemudian berkata kepada para sahabatnya:
“Kalian lihat langit tiba-tiba menghitam bukan?.. Itu adalah bayangan para malaikat yang beribu-ribu jumlahnya. Mereka berduyun-duyun menyambut kedatangan  Nusaibah, wanita yang perkasa.”
Subhanallah.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.

Tanpa pejuang sejati seperti dia, mustahil agama Islam boleh sampai dengan damai kepada kita yang hidup di zaman sekarang

Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla menempatkan mereka, dan kita semua di Syurga-Nya disamping Rasulullah SAW

Apa yang telah kita perbuat untuk menegakkan Dinullah Islam



Kata-kata positif

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/01/wanita-yang-kematiannya-disambut-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Dan Lima Yang Lain Mengaku Bersalah Ambil Dadah Di Thailand

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Dan Lima Yang Lain Mengaku Bersalah Ambil Dadah Di Thailand

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 95 hits
Muhafandi MuhamadNARATHIWAT Keenam enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah Bagaimanapun kesemua tertuduh tidak m...
4 Institusi Kewangan Kena Penalti Rm1 66 Juta Oleh Bnm

4 Institusi Kewangan Kena Penalti Rm1 66 Juta Oleh Bnm

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 80 hits
BNM berkata penting bagi institusi kewangan menyerahkan data statistik tepat dan lengkap pada masanya untuk menyokong pengawasan BNM dan penggubalan dasar monetari KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran be...
Bukan Admin Kot Katanya Presiden Mca Di Terjemahkan Oleh Adrian Lim Chee Ann

Bukan Admin Kot Katanya Presiden Mca Di Terjemahkan Oleh Adrian Lim Chee Ann

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 86 hits
https wrlr blogspot com 2025 01 kamu perli pmx dan kamu hina usaha htmlMCA mohon maaf admin tak sengaja buat hantaran provokasi berkait IslamSITI NUR ZAWANIJanuary 28 2025MCA tampil membuat permohonan maaf kepada semua umat Islam selepas di...
Kos Cecah Rm5000 Wanita Ini Kongsi Sebab Jarang Balik Kampung

Kos Cecah Rm5000 Wanita Ini Kongsi Sebab Jarang Balik Kampung

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 80 hits
Setiap kali merancang untuk balik kampung perasaan memang bercampur baur Rasa seronok nak bertemu keluarga yang dirindui tapi dalam masa yang sama perlu bersedia dari segi kos dan persiapan Perjalanan ini bukan sekadar perjalanan biasa ia a...
Tilik Nasib Di Tiktok 2 Wanita Dipenjara 2 Bulan Didenda Rm1 000

Tilik Nasib Di Tiktok 2 Wanita Dipenjara 2 Bulan Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 102 hits
Ahmad Hasbiam hmetro com myWanita warga Indonesia dan kekasihnya dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini FOTO IHSAN JHEAINS Seremban Wanita warga Indonesia dan kekasihnya dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Sy...
15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 154 hits
foto kandungan beg tangan Wanita Rusia dengan pelbagai latar belakang oleh Sergey Stroitelev Kerana rasa ingin tahu semata mata Sergei yang berasal dari St Petersburg telah meminta setiap wanita yang tidak dikenalinya apabila terserempak di...
Tips Make Up Flawless Untuk Wanita Usia 25 45 Tahun

Tips Make Up Flawless Untuk Wanita Usia 25 45 Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 258 hits
Make up flawless adalah impian kebanyakan wanita terutama bagi mereka yang ingin tampil sempurna dalam berbagai kesempatan Penampilan ini menciptakan kesan kulit yang mulus rapi dan natural tanpa terlihat berlebihan Namun untuk mendapatkann...
Pendedahan Oleh Sdr Adrian Lim Chee Ann Diterjemahkan Dalam Bahasa Melayu Hari Ini Admin Mca Johor Mohon Maaf

Pendedahan Oleh Sdr Adrian Lim Chee Ann Diterjemahkan Dalam Bahasa Melayu Hari Ini Admin Mca Johor Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 74 hits
Baca sendiri benih benih kebencian terhadap orang Melayu Islam yang disemai oleh MCA sempena sambutan Israk Mikraj Seperti biasa MCA ini licik membuat posting dalam bahasa Cina agar orang Melayu Islam tidak faham Tulisan MCA nampaknya bertu...
Presiden Indonesia Prabowo Subianto Dikurniakan Darjah Kerabat Johor Oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Presiden Indonesia Prabowo Subianto Dikurniakan Darjah Kerabat Johor Oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 154 hits
BernamaPengurniaan D K 1 kepada Prabowo berlangsung di Istana Negara di sini dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Sumber foto FB Sultan IbrahimKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengu...
Pakaian Pengantin Traditional Minang

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Jom Cari Kerja How To Find Jobs In Malaysia With Google

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Number Of Sarawak Flood Victims Almost Doubles To 5 385

Thursday Jokes 249