Wanita Tanpa Make Up Lebih Disukai Lelaki


Wanita Tanpa Make Up Lebih Disukai Lelaki.. Wanita Tanpa Make Up Lebih Disukai Lelaki.. Teserlah Keayuan Dan Kecantikan Aslinya.. Betul Ke? Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.
1. Suka Wanita Yang Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

2. Tidak Suka Wanita Obses Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.
3. Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.
4. Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
5. Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

5 Mitos Berkahwin Dengan Janda Atau Duda Dara atau janda? Duda atau teruna? Tentunya apabila memperkatakan hal yang satu ini, pastinya ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza. Soal status ini amat mempengaruhi seseorang dalam membuat calon pasangan pilihan. Selalunya status janda dan duda sering mendapat persepsi yang berbeza daripada golongan masyarakat.
Ketika memulakan hubungan dengan orang yang sudah berumah tangga sebelumnya (janda atau duda) ada-ada sahaja mitos yang menyelubungi status mereka. Mungkin akan ada ahli keluarga yang menentang hubungan yang terjalin lantaran pasangan berstatus duda atau janda.
Status janda atau duda cenderung disertai konotasi negatif di mata masyarakat Timur. Apalagi yang memicu status tersebut adalah penceraian. Anggapan ketidaksetiaan dalam rumah tangga sering membuatkan mereka dianggap tidak sebaik orang yang belum pernah berkahwin sebelumnya.
Mitos-mitos ini cenderung ke arah negatif, dan jika dipercayai, akan membuatkan anda ragu-ragu untuk menjalin hubungan dengan mereka yang berstatus janda atau duda.
Jika anda sedang menjalin hubungan dengan pasangan yang berstatus duda/janda, berikut beberapa mitos tentang janda dan duda yang perlu anda semak. Kenali dan pastikan anda mengetahui fakta di sebaliknya.
Orang Yang Gagal
Mereka yang bercerai bukan bererti mereka gagal dalam berumah tangga. Anda harus memandang daripada perspektif yang berbeza. Mereka adalah orang yang berani dalam mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan. Penceraian bukanlah kegagalan. Boleh jadi mereka belum berjumpa pasangan yang tepat. Kini mereka menantikannya, pasangan hidup yang sesungguhnya untuk mereka.
Cari Pasangan Hanya Kerana Anak
Keadaan ini sering kali wujud ketika anda sedang menjalinkan hubungan dengan janda atau duda yang memiliki anak. Apa yang salah dengan kehadiran seorang anak? Jika anda benar-benar sayangkan pasangan anda, sudah tentu anda sudah bersedia untuk membesarkan anak yang bukan darah daging sendiri.
Tanya pada diri anda, jika belum bersedia menjadi ibu/bapa segera, lebih baik lupakan sahaja hasrat anda untuk berkahwin dengan pasangan yang berstatus duda/janda. Walau bagaimanapun mereka yang berstatus duda/janda berkahwin semula bukan hanya kerana anak-anak semata-mata tetapi juga cinta. Tujuan utama mereka mendirikan rumah tangga tentulah kerana cinta selain anak-anak kerana tanpa cinta, mana mungkin sesebuah rumah tangga itu akan berkekalan.
Tidak Akan Ragu-Ragu Untuk Bercerai
Penceraian adalah sesuatu yang serius dan biasa diambil setelah pertimbangan matang. Pastikan anda tahu masalah yang dialami pasangan dalam perkahwinan sebelumnya. Dengan cara ini, anda berdua dapat ‘belajar’ daripada masalah masa lalu dan lebih.
Anggapan mengatakan mereka yang berstatus duda/janda lebih mudah atau tanpa ragu-ragu mengambil keputusan untuk bercerai apabila ada masalah tidak boleh diterima seratus peratus. Ini kerana keputusan untuk bercerai biasanya diambil selepas tiada lagi persefahaman dan jalan penyelesaian untuk menyelamatkan sesebuah rumah tangga.
Belum Move On
Jangan pernah terfikir pasangan anda yang berstatus duda/janda masih memikirkan tentang bekas pasangan mereka. Hal ini kerana apabila mereka sudah bersedia untuk membina hidup baharu ini bermakna mereka sudah benar-benar telah melupakan kisah lalu.
Bercerai tidak bererti mereka ego atau hanya mementingkan diri sendiri semata-mata. Mereka melakukan ini kerana tidak bertemu dengan kedamaian dalam rumah tangga. Selalunya ada alasan kukuh di sebalik penceraian. Sebelum memutuskan perpisahan, tentu mereka telah memikirkannya semasak-masaknya tindakan mereka tersebut. Maka adalah tidak wajar sekiranya masyarakat menganggap golongan duda/janda ini berpisah hanya kerana ego.
The post Wanita Tanpa Make Up Lebih Disukai Lelaki.. appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/wanita-tanpa-make-up-lebih-disukai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah

Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1579 hits
Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah Soalan Assalamualaikum Ustaz Saya mempunyai dua soalan seperti berikut Betulkah wanita di galakkan sembahyang di rumah berbanding di masjid atau surau untuk mengelakkan fitnah Apakah sebabnya Bagaimana wan...
Bentuk Lebih Ramai Pengadil Wanita

Bentuk Lebih Ramai Pengadil Wanita

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 339 hits
PERSATUAN Bola Sepak Selangor mahu melahirkan lebih ramai pengadil wanita bagi mengadili perlawanan di peringkat akar umbi menjelang tahun depan Setiausaha agungnya Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti ca...
Syarikat Yang Langsung Tidak Memberi Manfaat Kepada Kepentingan Kerajaan Lebih Diutamakan Oleh Lim Guan Eng

Syarikat Yang Langsung Tidak Memberi Manfaat Kepada Kepentingan Kerajaan Lebih Diutamakan Oleh Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 397 hits
Saya pasti bahawa dana untuk membayar Skim Perlindungan Nasional B40 bernilai RM2 Bilion ini sebenarnya ialah hasil dari langkah kerajaan PH membenarkan syarikat insuran asing beasr untuk terus menguasai pasaran tempatan Syarikat syarikat i...
Kita Lebih Disayangi Rasulullah Sedarkah Kita

Kita Lebih Disayangi Rasulullah Sedarkah Kita

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 223 hits
Pada suatu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabat siapakah yang paling luar biasa imannya Para sahabat menjawab malaikat ya Rasulullah Balas Rasulullah sudah tentulah malaikat luar biasa imannya kerana mereka sentiasa di sisi Allah ...
Lebih Kepada Tindakan Tentera Iblis Laknatullah 8991

Lebih Kepada Tindakan Tentera Iblis Laknatullah 8991

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 427 hits
Ertinya bukan setakat sebagai gerombolan tentera pengganas tetapi lebih mirip sebagai tentera dajjal laknatullah Nauzubillahminzalik BERITA TERKAITBunuh Remaja ISIS Komandan Navy SEAL Diancam Hukuman Seumur HidupJum at 4 Januari 2019 14 34 ...
Fahri Nilai Jokowi Bakal Lebih Berat Bawa Isu Ham Dibanding Prabowo

Fahri Nilai Jokowi Bakal Lebih Berat Bawa Isu Ham Dibanding Prabowo

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 286 hits
Fahri Nilai Jokowi Bakal Lebih Berat Bawa Isu HAM Dibanding Prabowo Fahri menilai Jokowi bakal ikut ditagih soal HAM masa lalu Berbeda dengan 2014 ketika belum berada si pemerintahan pusat
Tahniah Pelakon Sensasi Izreen Azminda Kongsi Berita Gembira Hamil Selepas Lebih Setahun Kahwin

Tahniah Pelakon Sensasi Izreen Azminda Kongsi Berita Gembira Hamil Selepas Lebih Setahun Kahwin

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 528 hits
SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga pelakon sensasi Izreen Azminda kini hamil anak pertama bersama suaminya pemuzik Ude SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga pelakon sensasi Izreen Azminda kini hamil anak pertama bersama s...
Di Jateng Sumbangan Dana Kampanye Prabowo Lebih Besar Dari Jokowi

Di Jateng Sumbangan Dana Kampanye Prabowo Lebih Besar Dari Jokowi

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 273 hits
Komisi Pemilihan Umum Jawa Tengah menyebut Laporan Penerimaan Sumbangan Dana Kampanye peserta Pemilu tahun 2019 paling banyak dari pasangan calon presiden dan wakil presiden Prabowo Subianto Sandiaga Uno ketimbang Joko Widodo Ma ruf Amin
Tahniah Marygrace Juara Calpis Soda One In A Million

Foreign Workers Or Pedophiles Large Number Of Migrants At Playground Sparks Debate

Why Asean Needs To Be Understood On The Terms Of The Un And Asean Charter

Ransomware And Medical Devices The Growing Threat And How To Mitigate Risks

Tahun Baru Cina Di Menara Condong Teluk Intan

Lirik Lagu Walau Empty Page

Malaysia Sarong Music Run 2025

Nisfu Syaban 2025 Tanggal Berapa Keutamaan Amalan


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Microwave Berasap Bukan Rosak Kena Tukar Kertas Ini Saja

Usd Jpy Analisis Dan Ramalan

Program Imunisasi Influenza Kebangsaan Tarikh Pelaksanaan Cara Tempah Temujanji

How To Check What Options Are On A Bmw Best 4 Methods

Hari Patah Hati Nasional Angga Yunanda Dan Shenina Cinnamon Resmi Menikah

Beli Daging Salai Di Lomang Tok Lobai Juasseh