Wanita Sabah Kerugian Rm2 5 Juta Kepada Teman Lelaki Korea
Pembantu pengurus syarikat swasta diperdaya ‘love scam’ rugi RM2.5 juta - IPK di Kepayan Kota Kinabalu
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
Demi Cinta 'oppa', wanita rugi RM2.5 juta
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun
Kota Kinabalu: Seorang wanita kerugian RM2.5 juta selepas diperdaya sindiket 'Love Scam' melalui perkenalan dengan lelaki Korea di Instagram, pada 2 Julai lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, mangsa berusia 46 tahun adalah wanita warga tempatan yang bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat swasta.
"Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali individu yang mendakwa sebagai lelaki muda dari Korea sebelum hubungan antara mereka menjadi lebih intim.
"Dalam tempoh dua minggu selepas perkenalan mereka, wanita terbabit meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada lelaki berkenaan," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, hari ini.
Jauteh (tengah) dalam sidang akhbar di IPD Penampang. Foto Oleh ASYIKIN ASMIN
Beliau berkata, suspek kemudian memberitahu bahawa syarikatnya dalam bidang minyak dan gas mempunyai masalah sebelum meminta pengadu untuk memindahkan wang bagi urusan pembelian barang-barang syarikatnya.
Katanya, suspek juga mendakwa wang mangsa akan dikembalikan sebaik masalah itu diselesaikan.
"Disebabkan terlalu percaya kepada suspek, mangsa bersetuju dan membuat pembayaran secara berperingkat sebanyak 41 kali dalam tempoh dua minggu.
"Sepanjang tempoh terbabit, mangsa sudah memindahkan RM2.5 juta ke dalam 24 akaun berbeza," katanya.
Menurutnya, mangsa hanya rasa tertipu apabila wangnya tidak dikembalikan dan diminta membuat bayaran tambahan sebelum membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya pada 12 Julai lalu.
"Pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan termasuk mengenal pasti pemilik akaun yang terbabit dalam transaksi ini.
"Siasatan juga mendapati kesemua pemilik akaun terbabit adalah warga tempatan bagaimanapun sebahagian besar pemilik tidak mengetahui akaun mereka disalah guna untuk kegiatan jenayah.
"Pemilik akaun ini juga didapati memberikan akaun terbabit kepada pihak ketiga hanya untuk mendapatkan bayaran disebabkan menghadapi masalah kewangan," katanya.
Dalam pada itu Jauteh juga menasihatkan orang awam terutama wanita supaya tidak mudah terpedaya dengan kenalan yang dikenali dan bersua muka terutama yang dikenali melalui media sosial.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, sebahagian besar daripada 24 suspek warga tempatan yang ditahan selepas terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian pada 4 Julai lalu sudah dibebaskan hasil jaminan polis.
"Sebahagian besar daripada 15 warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah pula sudah diambil tindakan di mahkamah mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen sebelum pertuduhan sindiket judi dalam talian dilaksanakan," katanya.
Terdahulu, pada 4 Julai lalu, Polis Sabah menumpaskan sindiket perjudian atas talian hasil serbuan di tiga bilik di tingkat tujuh sebuah kompleks beli belah di Jalan Pintas, Penampang.
Premis berkenaan dipercayai dijadikan pusat panggilan aktiviti perjudian dalam talian yang menyasarkan pelanggan di luar negara.
Jauteh bagaimanapun berkata, sehingga kini tiada tangkapan atau suspek lain yang dikesan terbabit dalam kegiatan ini.
SOURCE:
UTUSAN
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2023/07/wanita-sabah-kerugian-rm25-juta-kepada.html