Wanita Pengsan Baju Raya Musnah Rumah Terbakar


KUALA TERENGGANU – Seorang wanita pengsan selepas terkejut melihat rumah pangsa didiaminya bersama suami dan tiga anak terbakar di Chendering, di sini, malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu turut menyebabkan segala persiapan menyambut Aidilfitri termasuk pakaian raya keluarga itu hangus apabila 45 peratus kediamannya termasuk sebuah bilik terbakar.
Mangsa, Tuan Norlida Tuan Ariffin, 27, yang sebelum itu membantu ibu saudaranya berniaga di Bazar Ramadan Kuala Ibai, pengsan sebaik tiba di rumahnya kira-kira jam 10 malam.
Suaminya, Mohd Khaizuwan Oslan Ariffin, 30, berkata isterinya kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh penduduk rumah pangsa berkenaan.
Beliau berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga anak, Muhammad Akil, 1; Nur Tihani, 7, dan Muhammad Akid, 8, tiada di rumah.
“Selepas berbuka puasa, saya menghantar anak ke rumah datuk mereka di Kampung Raja, Chendering manakala saya ke tempat kerja di kedai membuat bingkai cermin di Kampung Kubang Ikan yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
Mohd Khaizuwan berkata, semua persiapan Aidilfitri termasuk pakaian raya anak-anaknya hangus.
“Saya baru beli pakaian mereka kira-kira seminggu lalu dan semuanya hangus dengan kerugian dianggarkan hampir RM10,000 kerana selain pakaian terdapat juga barangan lain dalam bilik itu.
“Tak tahulah macam mana anak-anak hendak sambut raya tahun ini. Nampaknya tahun ini kami beraya dalam kesedihan. Apa pun, kami reda dengan ujian Ilahi dan mujur hanya bilik sahaja yang terbakar teruk,” katanya.
Saksi kejadian, Che Ku Adam Malik Che Ku Ron, 35, berkata, dia yang tinggal berjiran menyedari kejadian itu selepas terbau asap seperti orang membakar sampah dan terdengar bunyi cermin pecah lalu keluar rumah untuk membuat pemeriksaan.
“Sebaik keluar rumah saya dapati bilik rumah jiran terbakar dan segera berusaha memadamkan api yang marak menggunakan air daripada paip di rumah saya sebelum dibantu dua penduduk,” katanya yang juga anggota Emergency Rescue Team (ERT) di Istana Syarqiyyah, Chendering.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 9.50 malam sebelum 24 pegawai dan anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pihak bomba mengambil masa enam minit untuk memadamkan kebakaran bilik berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/wanita-pengsan-baju-raya-musnah-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasib Oi Tak Bayar Tengoklah Hasilnya Kelakar Oi Musnah Harapan 3 Beranak Ini Nak Pakai Baju Raya Sedondon

Nasib Oi Tak Bayar Tengoklah Hasilnya Kelakar Oi Musnah Harapan 3 Beranak Ini Nak Pakai Baju Raya Sedondon

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 737 hits
The ReporterLagi kes tukang jahit menganiaya pelanggan sedangkan ukuran dan tempoh masa sudah diberi dan hasilnya sangat menghampakan Baju raya tiga beranak ini semuanya tak muat Berdasarkan gambar kain si isteri terlalu sempit seluar si su...
Weh Baju Raya Aku

Weh Baju Raya Aku

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 778 hits
Weh Baju raya aku Tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut hari raya dan pastinya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan raya Dari hiasan rumah sehinggalah ke baju rayu Ada yang beli baju raya yang dah siap tidak kurang juga yang membu...
Lubang Sempit Kain Sendat 7 Sekeluarga Menangis Tengok Baju Raya

Lubang Sempit Kain Sendat 7 Sekeluarga Menangis Tengok Baju Raya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 568 hits
Lubang sempit kain sendat 7 sekeluarga menangis tengok baju rayaBERCERITA mengenai lebaran setiap keluarga biasanya mempunyai warna tema tersendiri untuk baju raya mereka
Hiburan Dah Tempah 10 Pasang Baju Raya Posing Ootd Raya Anda Di Ecoworld Menangi Hadiah Kaw Kaw Best

Hiburan Dah Tempah 10 Pasang Baju Raya Posing Ootd Raya Anda Di Ecoworld Menangi Hadiah Kaw Kaw Best

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 874 hits
Hari ini sudah masuk minggu kedua kita berpuasa Pejam celik pejam celik tup tup nanti dah nak raya dah Sepanjang bulan Ramadhan nie memang kita perlu banyakkan beribadah tapi jangan pulak sampai terlupa nak buat persiapan Aidilfitri nanti t...
Baju Raya Nelydia Senrose Dikritik Indah Khabar Dari Rupa

Baju Raya Nelydia Senrose Dikritik Indah Khabar Dari Rupa

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 435 hits
Setiap tahun pasti ramai menantikan koleksi baju raya yang dikeluarkan oleh selebriti popular tanah air Tahun ini tidak ketinggalan pelakon cantik Nelydia The post appeared first on
Balik Kampung Jalan Jalan Cari Baju Raya

Balik Kampung Jalan Jalan Cari Baju Raya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 690 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Ba lik kampung ho ho ho ba lik kampung eh tetiba pulak ternyanyi ha ha ha Setelah dua minggu berpuasa barulah last weekend Mrs A dapat balik kampung Along Aryssa dan Adik masi...
Kandungan Terpaksa Digugurkan Demi Nyawa Tak Sempat Sarung Baju Raya Ibu Ini Pergi Dulu

Kandungan Terpaksa Digugurkan Demi Nyawa Tak Sempat Sarung Baju Raya Ibu Ini Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 564 hits
Pilunya hati menjelang Syawal tidak lama lagi orang yang tersayang tiada lagi pergi buat selama lamanya Demikianlah yang dilalui bapa yang tabah Muhamad Fakri Fae atau lebih dikenali sebagai Ayie tatkala isterinya Allahyarham Nurul Nadia Tu...
Hiburan Indah Khabar Dari Rupa Baju Raya Nelydia Senrose Dikritik

Hiburan Indah Khabar Dari Rupa Baju Raya Nelydia Senrose Dikritik

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 1143 hits
Bila tiba sahaja bulan Ramadhan ramai artis tidak melepaskan peluang untuk menjual pakaian raya jenama mereka sendiri Pelbagai jenis rekaan yang ada menjadi rebutan peminat Antara yang rancak mempromosikan baju raya koleksi tersendiri adala...
Rasa Gementar Yang Di Pertuan Agong Teman Beli Baju Raya

Rasa Gementar Yang Di Pertuan Agong Teman Beli Baju Raya

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 753 hits
KUANTAN Pengalaman membeli baju raya tahun ini menjadi kenangan paling manis buat Aliah penghuni Rumah Kanak Kanak Sultanah Hajjah Kalsom di sini kerana berpeluang bertemu dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Must...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open

Pencuri Rumah Imam

From Research To Reality Encouraging Innovation For Sustainability At Qassim University


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Award Recognition Night 2024

Tempahan Mini Burger Nugget Tempura

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia

Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting