Wanita Pakistan Dihukum Mati Kerana Mencaci Agamawanita Pakistan Dihukum Mati Kerana Mencaci Agama
Wanita Pakistan dihukum mati kerana mencaci agama
ISLAMABAD: Seorang wanita Islam dihukum mati oleh mahkamah Pakistan kerana didapati bersalah menghantar teks berunsur cacian dan karikatur Nabi Muhammad menerusi WhatsApp.
Mencaci agama adalah kesalahan serius di Pakistan yang majoriti penduduknya beragama Islam, dengan undang-undang menetapkan hukuman mati, namun ia tidak pernah dilaksanakan di negara itu.
Aneeqa Ateeq, 26, ditahan pada Mei 2020 atas dakwaan memuat turun ‘bahan berunsur cacian terhadap agama’ sebagai status WhatsApp, menurut dokumen dikeluarkan mahkamah.
Apabila seorang kawan menggesa supaya menukarnya, Aneeqa sebaliknya menghantar bahan berkenaan kepada rakannya itu.
Memandangkan karikatur Nabi Muhammad adalah dilarang dalam Islam, mahkamah di Rawalpindi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selain penjara selama 20 tahun terhadapnya.
Hampir 80 individu dipenjarakan di Pakistan atas tuduhan mencaci agama, separuh daripadanya menjalani hukuman seumur hidup atau hukuman mati, mengikut Suruhanjaya Amerika Syarikat (AS) mengenai Kebebasan Beragama.
Walaupun kes lazimnya membabitkan sesama individu beragama Islam, aktivis memberi amaran bahawa kumpulan minoriti beragama lain terutama Kristian, sering menjadi mangsa.
Ini kerana tuduhan mencaci atau menghina agama sering diperalatkan untuk membalas dendam atau menyelesaikan masalah peribadi.
Disember lalu, seorang pengurus kilang warga Sri Lanka dipukul sehingga mati sebelum dibakar oleh sekumpulan perusuh, selepas dituduh mencaci agama. BH
Wanita Pakistan dihukum mati kerana mencaci agama
Baca Artikel Menarik :
SOP Tahun Baru Cina 2022 dikeluarkan
Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)
Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis
Najib kecewa MIT pilih Indonesia bukan Malaysia
Lelaki trauma digoda empat pondan
Awas keladi kayangan beracun
Adegan ranjang Jasmine Suraya, itu bukan saya tapi Angel
Empat Sekeluarga Diserang Gajah Naik Minyak Nyaris Maut [VIDEO]
Pakai baju saiz XL ke sekolah kerana kesilapan ayah
Shuk risau isteri semakin cantik selepas tinggal berasingan
Salji turun di Gurun Sahara
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna
Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa
Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib
The post Wanita Pakistan dihukum mati kerana mencaci agamaWanita Pakistan dihukum mati kerana mencaci agama appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/20/wanita-pakistan-dihukum-mati-kerana-mencaci-agamawanita-pakistan-dihukum-mati-kerana-mencaci-agama/