Wanita Maut Akibat Nahas Dalam Perjalanan Ziarahi Kematian Saudara
Wanita maut akibat nahas dalam perjalanan ziarahi kematian saudara
LIPIS: Perjalanan lima sekeluarga untuk menziarahi kematian ahli keluarga, berakhir tragedi apabila kereta dinaiki terbabas sebelum seorang daripadanya tercampak dan meninggal dunia di lokasi nahas itu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi di Kilometer 18 Jalan Benda-Lipis itu, mangsa Normawati Mamat, 52, yang beralamat di Kampung Nibong, Tanah Merah, Kelantan, meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu berusia 25 tahun, memandu Proton Exora yang dinaiki wanita terbabit, hilang kawalan.
“Ketika sampai di lokasi, pemandu terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandunya sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan, menyebabkan mangsa selepas tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di lokasi.
“Kenderaan itu bersama 4 penumpang termasuk kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kelantan untuk menghadiri majlis pengebumian bapa saudaranya di Tanah Merah.
“Penumpang lain mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis, manakala, kanak-kanak tersebut tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.
Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
Terdahulu, kemalangan pertama berlaku jam 1.20 pagi tadi, mengorbankan seorang wanita warga emas berusia 80 tahun, selepas dua kereta Perodua Myvi bertembung di Kilometer (KM) 21, Jalan Lipis-Merapoh.
Azli berkata, nahas berlaku apabila sebuah kereta dipandu Azizie Mohamed, 40, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan, hilang kawalan memasuki laluan bersebelahan sebelum bertembung kereta dipandu Hasrudin Hafiz Haron, 55, dari Kelantan ke Kuala Lumpur.
“Akibat kemalangan tersebut, penumpang kereta itu, Hasnah Mohamed yang menaiki kereta dipandu Hasrudin beralamat Kampung Raja, Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia di lokasi, manakala tiga lagi penumpangnya yang cedera dihantar dengan ambulans ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.
Azli berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dua kemalangan itu dan pengguna jalan raya yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.
“Pengguna jalan raya sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina ini dinasihatkan supaya berhati-hati serta berhemah, di samping berhenti rehat sekiranya mengantuk, selain memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan sempurna untuk perjalanan jauh,” katanya.
4 maut, lebih 40 cedera dalam nahas bas di utara Thailand
Wanita maut akibat nahas dalam perjalanan ziarahi kematian saudara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
Anwar Ibrahim masih melankolik, retorik politik
Anwar Ibrahim harus henti bicara tentang rasuah jika Kes Zeti dan Nazlan pun tidak mampu buka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
My TV Online
Telegram
Twitte
Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.
The post Wanita maut akibat nahas dalam perjalanan ziarahi kematian saudara appeared first on My TV ONLINE.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://my-tv.online/2023/01/20/wanita-maut-akibat-nahas-dalam-perjalanan-ziarahi-kematian-saudara/