Wanita Mampu Menjadi Pemimpin



Kedudukan wanita sebagai pemimpin juga tidak asing lagi. Sekarang ini bilangan wanita yang menjadi ketua atau pengarah di peringkat kementerian dan jabatan semakin bertambah bilangannya.

Penglibatan wanita sebagai pemimpin tidak dilarang dalam Islam selagi batas-batas agama dijaga dengan baik. Biarpun dikatakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita, ia sebenarnya merujuk kepada kehidupan rumahtangga. Dalam konteks ini, kedudukan suami sebagai pemimpin rumahtangga tidak dapat dinafikan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” - (Surah an-Nisa, ayat 34)

Kejayaan wanita menjadi pemimpin lahir hasil nikmat kemerdekaan yang mana kerajaan memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua rakyat tanpa membezakan jantina dan kaum. Malah, kebelakangan ini bilangan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta lebih banyak berbanding lelaki.

Sesiapa yang lebih layak berkaitan pendidikan, kemahiran, kebijaksanaan, kredibiliti dan kemampuan melaksanakan tugas akan dilantik melaksanakan tanggungjawab tanpa prejudis jantina. Perkara ini bertepatan dengan konsep amalan dan ibadat dalam Islam.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 124 bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.”

Sesungguhnya setiap perkara yang dilakukan dengan niat mendapat kebaikan dan keredaan Allah SWT, maka ia dikira ibadat. Ini termasuklah dalam soal mencari rezeki dan kepimpinan. Pemimpin yang baik dan mampu melaksanakan tugas dengan baik dikira telah melakukan kebaikan yang besar dan diganjari pahala. 

Sumbangan dan kejayaan wanita menjadi pemimpin telah membuka mata banyak pihak. Golongan yang dulu mengharamkan wanita menjadi pemimpin kini telah berubah pegangan dengan membenar dan membuka peluang seluas-luasnya untuk wanita menjadi pemimpin.

Namun, tidak menfikan masih wujud di kalangan masyarakat ialah berkaitan budaya dan tanggapan. Masih terdapat individu yang memandang wanita tidak setanding, setaraf dan kurang kemampuan untuk melaksanakan tugas yang lumrahnya dilakukan oleh lelaki.

Hakikatnya, apapun pandangan masyarakat mengenainya, wanita telah membuktikan kemampuan mereka menjadi pemimpin. Persaingan antara lelaki dan wanita perlu dilihat dari sudut pandangan positif penciptaan lelaki dan wanita untuk tujuan kebaikan.   

Firman Allah SWT bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (kaum) supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Mana-mana pihak meminggirkan wanita dalam arus kepimpinan bererti dia kembali kepada kehidupan zaman Jahiliah yang mana wanita hanya dianggap masyarakat kelas kedua. Kedatangan Islam telah membawa sinar baru kepada pengiktirafan terhadap wanita. Sebelum kedatangan Islam, kedudukan wanita dipandang hina, sial dan membawa rasa malu dalam keluarga mendorong masyarakat Jahiliah menanam hidup-hidup anak perempuan mereka. 

Rasulullah SAW banyak membuktikan kedudukan wanita tinggi, perlu dihormati dan bijak. Rasulullah selalu berbincang dan meminta pendapat daripada isteri Baginda. Perbincangan itu meliputi segenap aspek kehidupan bersesuaian dengan keintelektualan isteri Baginda. 

Rasulullah SAW pernah berbincang dengan isteri Baginda Ummu Salama mengenai isu penting negara dan kepentingan umat Islam. Bahkan Baginda tidak melarang wanita berada dalam majlis perbincangan, agar wanita sama-sama dapat memberi pendapat, terutama bersangkutan dengan wanita sendiri.

Wanita di negara kita bertuah mendapat kedudukan sama dengan lelaki, di mana kerajaan memberi komitmen padu ke arah kesaksamaan gender yang dimenifestasikan melalui penggubalan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita.  

Untuk menjaga secara khusus kepentingan wanita, kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Januari 2001 bertujuan mempertingkatkan lagi dasar dan pembangunan wanita. 

Malah, tidak cukup dengan itu, komitmen kerajaan dalam usaha membangun dan memperkasakan wanita terbukti apabila Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan, dipinda pada Ogos 2001 bagi mengatasi masalah diskriminasi gender yang sekali gus melarang undang-undang dan polisi diskriminasi wanita.

Kepada wanita yang terpilih atau dilantik menjadi pemimpin perlu membuktikan kemampuan menjalankan tugas. Ia memberi prospektif baik untuk seluruh wanita. Kejayaan seorang pemimpin wanita menjadi lambang kejayaan wanita keseluruhannya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/gou.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
17 Tips Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Wanita Ini Mampu Menurunkan Berat Badan Dari 98kg Menjadi 57kg

17 Tips Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Wanita Ini Mampu Menurunkan Berat Badan Dari 98kg Menjadi 57kg

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 367 hits
Assalamualaikum semua Siapa tak nak kurus kan Banyak cara yang boleh digunakan nak kurus Sebenar aku pernah try nak berdiet dan menguruskan badan Korang boleh baca cerita aku nak kurus dalam entri Baru baru ni au terbaca satu story kejayaan...
Isu Transwoman Masuk Surau Wanita Menjadi Buah Mulut Penghuni Twitter

Isu Transwoman Masuk Surau Wanita Menjadi Buah Mulut Penghuni Twitter

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 455 hits
Gambar yang dimuat naik oleh haikalclassicIsunya bermula apabila haikalclassic memuatnaik gambar tweet wanita berkenaan tentang peristiwanya yang terserempak dengan transwoman di dalam surau wanita tersebut menulis tweet tentang rasa tidak ...
Keupayaan Wanita Sebagai Pekerja Dan Pemimpin

Keupayaan Wanita Sebagai Pekerja Dan Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 229 hits
Keupayaan wanita sebagai pekerja dan pemimpin sering diperdebatkan memperlihatkan pro dan kontranya Ketika masyarakat dunia semakin mengiktiraf sumbangan wanita masih ada pihak menggunakan hukum agama untuk melarang wanita menjadi pekerja d...
Wanita Boleh Menjadi Lembut Dan Boleh Berubah Menjadi Keras

Wanita Boleh Menjadi Lembut Dan Boleh Berubah Menjadi Keras

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 360 hits
Terbaca kisah kisah ceraikan isteri sebab dah ada isteri baru sedih sangat Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa Doakan yang baik sahaja untuk semua Satu sahaja saya nak cakap untuk ing...
Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi

Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 705 hits
Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah SAW Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi Bukti bahwa hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah disabdakannya 1400 tahun yang lalu telah terkuak Sebahagian bergembira terhadap fe...
Tudung Bawal Kekaboo Kini Menjadi Pilihan Wanita Berhijab

Tudung Bawal Kekaboo Kini Menjadi Pilihan Wanita Berhijab

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 935 hits
Tudung Bawal Kekaboo Kini Menjadi Pilihan Wanita Berhijab Seperti yang kita sedia maklum wanita berhijab sentiasa inginkan kecantikan dan kesopanan bila memakai tudung atau shawl Terbaru koleksi yang kini hangat dan mendapat sambutan ramai ...
Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin Makanan Ini Mampu Naikkan Hb

Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin Makanan Ini Mampu Naikkan Hb

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 285 hits
Anemia ialah suatu keadaan di mana ada kekurangan kandungan sel darah merah di dalam darah Apabila berlaku ia boleh mengakibatkan si pesakit kelihatan pucat dan mudah rasa penat Atas sebab inilah para wanita hamil perlu sentiasa menjaga par...
Manniqueen Matte Powder Blusher Blusher Menjadi Idaman Mua Malysia

Manniqueen Matte Powder Blusher Blusher Menjadi Idaman Mua Malysia

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 211 hits
MANNIQUEEN MATTE POWDER BLUSHERPENYERI WAJAH SEPANJANG HARI MATTE BLUSHER AKAN MENYERIKAN WAJAH HAMPA SEPANJANG HARI Tak guna kalau hampa pakai la Foundation bagai Sekali tengok muka still Lesu ngan Kusam ja Muka hampa senang cakap nampak T...
Suikone Cushion Blusher Cushion No 1 Menjadi Pilihan Artis Mua Malaysia

Suikone Cushion Blusher Cushion No 1 Menjadi Pilihan Artis Mua Malaysia

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 314 hits
Uishh NEELOFA pakai Suikone Cushion Blusher Blusher Cushion No 1 di Malaysia Kalau hampa nak tau hanya dalam 5 Saat ja hampa dah lawa Ini memang Item WAJIB bagi kami malah bagi semua kaki makeup wanita yang ingin tampak wajah berseri seri p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut