Keupayaan Wanita Sebagai Pekerja Dan Pemimpin



Keupayaan wanita sebagai pekerja dan pemimpin sering diperdebatkan memperlihatkan pro dan kontranya. Ketika masyarakat dunia semakin mengiktiraf sumbangan wanita, masih ada pihak menggunakan hukum agama untuk melarang wanita menjadi pekerja dan pemimpin.

Keraguan terhadap kemampuan wanita lahir berdasarkan tabie wanita. Wanita  sifatnya lemah dan lembut, emosional dan mudah dipengaruhi. Justeru wanita dianggap tidak sesuai menjadi pemimpin. Pemimpin mesti memiliki perwatakan tegas, tetap pendirian dan kuat fizikal.

Sejarah mencatatkan wanita dikategorikan sebagai masyarakat kelas kedua dalam kebanyakan masyarakat kuno. Wanita tidak dianggap penting dalam masyarakat. Tugas mereka hanya sebagai isteri dan ibu. Soal lain, termasuklah berkaitan diri wanita sendiri sepenuhnya ditentukan oleh lelaki. 

Malah dalam masyarakat tertentu, wanita dianggap pembawa sial dan bala. Justeru,  wanita tertentu perlu dijauhi. Mereka dijadikan korban kepada pelbagai acara karut. Wanita diletakkan lebih hina daripada binatang buas.

Bagaimanapun nasib wanita Islam diangkat pada kedudukan sebaik-baiknya. Wanita tidak dibezakan daripada lelaki, melainkan dari segi jantina dan peranan bersesuaian dengan kejadiannya. 

Namun, masih ada pihak yang ironisnya terhadap kedudukan itu. Wanita masih diperlekehkan kedudukan dan hak. Ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri. Golongan anti wanita cuba sedaya upaya menggunakan fakta lemah dan hadis palsu sebagai dalil dakwaan mereka.

Antara hadis palsu yang tersebar luas membawa maksud: “Mintalah pendapat wanita dan lakukan sebaliknya.” Satu lagi hadis palsu bermaksud: “Wanita itu keseluruhannya jahat, dan kejahatan yang paling besar ialah kaum lelaki tidak dapat melakukan kejahatan tanpa mereka (wanita)”.

Kedua-dua hadis palsu itu membayangkan betapa wanita tidak bijak dan hanya mendatangkan keburukan. Bahkan, wanita dianggap tidak wajar diajar tentang apa-apapun. Untuk menyokong alasan itu maka digunakan hadis palsu: “Jangan ajarkan wanita bagaimana membaca dan menulis kerana mereka akan menggunakan ilmu itu untuk melakukan sihir.”

Sesiapa yang terbuka fikirannya tentu dapat dengan mudah mematahkan hadis palsu itu.  Perhatikan pertentangan dengan hadis sahih yang bermaksud: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan.”

Firman Allah bermaksud: “Bacalah atas nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, Tuhanmu itu Maha Pemurah yang mengajarkan dengan pena pengetahuan yang manusia belum ketahui.” (Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5).

Ayat itu menjelaskan suruhan membaca dan sekaligus menuntut ilmu. Suruhan itu tidak menyebut siapa perlu membaca. Ini bermakna untuk semua, tidak kira lelaki atau perempuan. Wanita juga dituntut membaca al-Quran sebagai salah satu ibadah dan mencari keredaan Allah.

Ternyata hadis melarang diajarkan membaca dan menulis kepada wanita adalah palsu. Jika wanita tidak tahu membaca, bagaimana mereka ingin membaca al-Quran.

Itu sebahagian contoh bagaimana golongan anti perempuan menjalankan niat buruk terhadap perempuan. Mereka sanggup mencipta hadis palsu semata-mata ingin menjatuhkan wanita. 

Rasulullah banyak membuktikan kedudukan wanita tinggi, perlu dihormati dan bijak. Rasulullah selalu berbincang dan meminta pendapat daripada isteri Baginda. Perbincangan itu meliputi segenap aspek kehidupan bersesuaian dengan keintelektualan isteri Baginda. 

Rasulullah pernah berbincang dengan isteri Baginda Ummu Salama mengenai isu penting negara dan kepentingan umat Islam. Bahkan Baginda tidak melarang wanita berada dalam majlis perbincangan, agar wanita sama-sama dapat memberi pendapat, terutama bersangkutan dengan wanita sendiri.

Malah, para sahabat ada menemui isteri nabi, terutama Siti Aisyah untuk menanyakan sesuatu perkara berkaitan hukum agama dan pentadbiran.  Perbuatan itu diketahui oleh Rasulullah dan Baginda tidak melarangnya.

Jikalah wanita dikatakan bodoh sudah tentu Rasulullah melarang para sahabat ‘belajar’ sesuatu perkara, tambahan berkaitan hukum agama daripada isteri Baginda. Justeru, selepas kewafatan Rasulullah, para sahabat masih menjadikan isteri Baginda sebagai sumber rujuk hukum.

Perkara ini jelas membuktikan wanita juga memiliki kemampuan seperti lelaki dalam soal pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. Maka, hal seumpama itu wanita dianggap sebagai pemimpin dalam bidang berkenaan.  

Maksud pemimpin bukan terhad kepada jawatan perdana menteri, menteri atau ahli politik semata-mata. Pemimpin bermaksud sesiapa yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus sesuatu organisasi mengikut tahap-tahapnya.

Jawatan sebagai pengetua sekolah, ketua jabatan, penyelia dan sebagainya adalah pemimpin. Banyak wanita menjadi pemimpin peringkat ini. Adapun peringkat kepimpinan tidak dinafikan bahawa pemimpin wanita terpaksa menghadapi cabaran lebih gentir berbanding rakan sejawat lelaki dalam menjalankan tugas.

Memang tidak dinafikan wanita terpaksa menghadapi cabaran lebih berat dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin. Tetapi, bagi wanita cekal dan bersemangat, masalah itu dihadapi dengan sebaik-baiknya.

Dengan bukti kejayaan menghadapi cabaran itu, bermakna wanita diakui mampu menjadi pemimpin. Wanita yang diangkat menjadi pemimpin sudah tentu telah menunjukkan prestasi dan rekod yang cemerlang dalam bidang berkenaan.Jika begitu keadaannya maka tidak timbul soal wanita lebih rendah kemampuannya

Umat Islam dituntut mencari kebaikan yang lebih. Siapa lebih baik, maka dialah dilebihkan haknya tanpa membezakan sama ada dia lelaki atau perempuan.  Perkara ini termasuklah dalam soal memilih pemimpin.

Memang tidak dinafikan wanita banyak kelemahannya. Tetapi jika telah diatasi, maka tidak perlu ditimbulkan lagi masalah itu. Kita tidak boleh mengambil pukul rata dalam menilai sesuatu perkara.  

Mungkin atas sebab itu ada golongan menggunakan fakta itu untuk menolak kepimpinan wanita. Apabila ada wanita ingin dicalonkan sebagai pemimpin, maka ramai yang menggunakan isu kemampuan wanita untuk menggambarkan kelemahan calon wanita itu.

Wal hal keadaan sebaliknya telah ditunjukkan oleh wanita berkenaan. Jika dia tidak mampu memimpin, sudah tentu dia tidak akan dicalonkan. Sepatutnya sesiapa yang tidak menyukai atau ingin menetang wanita sebagai pemimpin, carilah kelemahan lain. 

Membandingkan soal jantina, bukan cara ‘gentelmen’ dalam soal perebutan jawatan. Lelaki perlu membuktikan keupayaan sendiri untuk merebut jawatan sebagai pemimpin. Persaingan sihat secara tidak langsung akan menaikkan mutu kepimpinan dan keupayaan lelaki dan perempuan.

Wanita yang dipilih menjadi pemimpin perlu membuktikan kemampuan menjalankan tugas. Ia memberi prospektif baik untuk seluruh wanita.  Kejayaan seseorang pemimpin wanita menjadi lambang kejayaan wanita seluruhnya. 

Wanita jika ingin berjaya sebagai pemimpin perlu melatih diri mengawal ketahanan emosi. Wanita diakui lemah mengawal perasaan. Keadaan tersebut sering terbawa-bawa dalam tugas. Ia turut mempengaruhi dalam mengambil keputusan melibatkan organisasi.

Berdasarkan kepada tersebut, pemimpin wanita perlu mengetahui kelemahan emosi masing-masing. Pengawalan diri supaya tidak terbawa-bawwa ke dalam keadaan tersebut perlu dilakukan.

Soal ketahanan fizikal juga sering dikaitkan dengan wanita. Bagaimanapun ia tidak banayak mempengaruhi keadaan berkaitan kepimpinan. Kebanyakan wanita dipilih menjadi pemimpin di lapangan yang tidak memerlukan kekuatan fizikal lebih.

Bagaimanapun sebagai pemimpin kecergasan dan ketangkasan perlu dtunjukkan.  Kesihatan perlu dijaga. Ketika berdapan dengan anggota di bawah, buaangkan sifat wanita yang lemah lembut tetapi tidak sehingga melampaui susila sebagai wanita.

Untuk mengelak pandangan negatif terhadap wanita yang menjadi pemimpin atau bekerja, wajarlah wanita sendiri mengawal diri daripada melakukan perkara yang dipandang buruk, terutama dalam kerukunan rumah tangga.

Negara kita masih kekurangan tenaga manusia untuk membangunkan negara.  Sumbangan wanita dalam pekerjaan dan kepimpinan amat penting. Tenaga wanita memberi sumbangan bermakna kepada kejayaan dan kemakmuran negara. 

Satu kerugian jika wanita dihalang daripada bekerja dan memimpin. Lelaki dan wanita kena bersatu menyumbang tenaga untuk kesejahteraan ummah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/frt_24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Mampu Menjadi Pemimpin

Wanita Mampu Menjadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 289 hits
Kedudukan wanita sebagai pemimpin juga tidak asing lagi Sekarang ini bilangan wanita yang menjadi ketua atau pengarah di peringkat kementerian dan jabatan semakin bertambah bilangannya Penglibatan wanita sebagai pemimpin tidak dilarang dala...
Cara Budidaya Kroto Sebagai Pakan Kenari Dan Burung Kicau Lainnya

Cara Budidaya Kroto Sebagai Pakan Kenari Dan Burung Kicau Lainnya

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 385 hits
Bagi sobat yang mungkin belum tahu apa itu kroto maka akan kami jelaskan sedikit mengenai kroto Kroto merupakan campuran larva dan telur yang dihasilkan oleh semut rangrang rangkang Bisnis budidaya kroto sebenarnya prospeknya sangat menjanj...
Kos Kesihatan Rakyat Bakal Meningkat Jika Asset Hospital Kerajaan Diapungkan Sebagai Reit

Kos Kesihatan Rakyat Bakal Meningkat Jika Asset Hospital Kerajaan Diapungkan Sebagai Reit

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 336 hits
1 Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengapungkan aset bangunan hospital Kerajaan melalui kaedah Pelaburan Amanah Hartanah patuh syariah bagi memperoleh dana tambahan sebanyak RM 3 0bn untuk tahun 2019 amat membimbangkan dan meme...
Doktor Di Scotland Boleh Guna Alam Semula Jadi Sebagai Ketetapan Ubat Rawatan Penyakit

Doktor Di Scotland Boleh Guna Alam Semula Jadi Sebagai Ketetapan Ubat Rawatan Penyakit

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 544 hits
Ini memang menarik Bermula sejak 5 October yang lalu doktor di Shetland Scotland telah mendapat kebenaran dari lembaga kesihatan negara tersebut untuk menggunakan alam sekitar sebagai ketetapan ubat Biasanya kalau pesakit pergi jumpa doktor...
Salvinia Molesta Dan Pistia Stratiotes Sebagai Agen Fitoremediasi Dalam Rawatan Air Sisa Kumbahan

Salvinia Molesta Dan Pistia Stratiotes Sebagai Agen Fitoremediasi Dalam Rawatan Air Sisa Kumbahan

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 565 hits
Oleh Dr Marlia Mohd Hanafiah Pusat Sains Bumi dan Alam Sekitar Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Nota Berikut merupakan ringkasan jurnal Nan Hamiza Syazira Megat Mohamad Nur Izzah Hamna Abd Aziz Marlia Mohd Hanafiah ber...
Hutang Cecah Rm1 Trillon Mungkin Ini Yang Tun M Maksudkan Sebagai Manipulasi Angka Ekonomi Sahabatsmb

Hutang Cecah Rm1 Trillon Mungkin Ini Yang Tun M Maksudkan Sebagai Manipulasi Angka Ekonomi Sahabatsmb

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 335 hits
2 kali Tun M diangkat sebagai PM kedua duanya dalam keadaan negara mempunyai jumlah aset dan kekayaan di paras paling maksimum awal 80 an kali pertama Tun M jadi PM Malaysia ketika itu sedang menjana sumber kekayaan hasil penemuan beberapa ...
Logo Dap Akan Diguna Pembangkang Sebagai Lambang Untuk Pru14

Logo Dap Akan Diguna Pembangkang Sebagai Lambang Untuk Pru14

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 407 hits
Logo DAP hampir pasti digunakan oleh semua calon pembangkang dalam PRU14 Ya nampaknya begitulah Ini kerana status Pakatan Harapan yang masih lagi haram kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM Ini adalah keputusan kami iaitu semua par...
Money Plant Sebagai Penghias Meja Pejabat

Money Plant Sebagai Penghias Meja Pejabat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 403 hits
Money Plant sebagai Penghias Meja Pejabat Lama dah cari Pokok duit ni Actually aku memang nakkan satu pokok kecil yang aku boleh letakkan di atas meja office Orang kata bila kita stress hadap komputer at least renung sikit pokok hijau ini u...
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Buat Sebagai Persediaan Untuk Anak Melangkah Ke Darjah 1

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Buat Sebagai Persediaan Untuk Anak Melangkah Ke Darjah 1

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 346 hits
Penggal persekolahan tahun 2018 semakin sampai ke penghujungnya Ini bermaksud kanak kanak yang sedang bersekolah di tadika kini dalam fasa akhir menyiapkan mereka untuk melangkah ke alam persekolahan yang sebenar Pasti ramai ibu bapa yang t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun