Wanita Malaysia Paling Mudah Ditipu


Kegiatan penipuan Internet sering menghantui pengguna ‘online’ apatah lagi pelbagai laporan penipuan boleh anda baca di dada akhbar setiap hari yang membuka persoalan sejauh mana pengetahuan kita sebagai pengguna.


Jelas sekali era siber menguasai kehidupan masyarakat dunia. Dalam situasi masa kini, di mana-mana jua, Internet dijadikan medium untuk berinteraksi tidak kira apa jua golongan umur atau status kehidupan, mahupun organisasi.

Pada masa sama, kegiatan penipuan Internet seperti ‘scam’, jualan barang palsu dan sebagainya yang dikategorikan sebagai ‘fraud’ menjadi sebahagian perjalanan online di kalangan pengguna.

Internet dijadikan tempat berinteraksi, menyampaikan maklumat dan propaganda, ruangan iklan, mencari rakan lama, interaksi keluarga, bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran interaktif dan kreatif.

Ciri-ciri yang ada pada Internet seperti mudah, cepat dan mampu menyampaikan maklumat secara terus melonjakkan popularitinya sebagai platform paling mudah untuk berurusan berbanding platform lain.

Justeru, dalam keghairahan masyarakat menggunakan Internet sebagai keperluan hidup, amatlah penting adanya rasa tanggungjawab sosial dan kejujuran dalam jiwa pengguna yang menyedarkan mereka untuk tidak menyalah gunakan media sosial untuk merosakkan dan menjatuh­kan individu lain serta melakukan jenayah siber.

Satu laporan penyelidik pasaran AC Nielsen sebelum ini mendapati kebanyakan penduduk Britain memilih Internet sebagai medium untuk berbelanja bagi pelancongan, membeli pemain MP3, telefon bimbit atau memohon pinjaman bank, sekali gus menjadi trend terbaru membeli-belah mereka.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut sekurang-kurangnya 50 peratus peng­guna masih suka ke kedai untuk membeli pakaian, barang kemas dan jam ­tangan.

Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli.

Manakala laporan agensi pembayaran online, PayPal dengan kerjasama penyelidik Nielsen Company mendedahkan pada 2010 saja kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia sanggup berbelanja dengan nilai purata RM2,461 untuk pembelian produk online.

Kira-kira tiga tahun lalu, perbelanjaan online di seluruh Malaysia mencapai angka RM1.8 bilion bagi pembelian produk dan perkhidmatan dengan perbelanjaan terbesar dihabiskan untuk percutian seperti bayaran tiket penerbangan, pakej percutian dan pengangkutan yang berjumlah RM435 juta atau 24 peratus.

Sementara itu, perbelanjaan besar lain yang dihabiskan rakyat negara ini termasuk bayaran bil RM329 juta atau 18 peratus; hiburan dan gaya hidup (RM255 juta, 14 peratus); peralatan elektronik dan teknologi maklumat (RM218 juta, 12 peratus), insurans (RM205 juta, 11 peratus), fesyen dan kecantikan (RM181 juta, 10 peratus) dan hadiah dan koleksi (RM68 juta atau empat peratus).

Angka terbabit dijangka jauh lebih besar tiga tahun kemudian meskipun tiada statistik rasmi memandang­kan laporan masih belum diperoleh yang menunjukkan keghairahan pengguna membeli-belah.

Pada masa sama, ia membuka peluang kepada penjenayah mencium peluang untuk menipu dengan pelbagai taktik termasuk:
Menjual barang tipu di laman e-dagang. Barang yang dijual tidak menyamai spesifikasi dipaparkan di Internet. Tidak menghantar barang yang dibeli meskipun bayaran dibuat. Menghantar e-mel menawarkan produk pada harga murah. Menghantar e-mel memaklumkan tawaran pengguna memenangi hadiah tertentu.
Walaupun secara umumnya Internet sebagai lokasi beli-belah online banyak menjurus ke arah kebaikan, tidak dinafikan ada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dan terlalu mementing­kan diri sendiri menggunakannya untuk tujuan negatif menjadikannya medan untuk menipu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam artikel sebelum ini memaklumkan Internet yang digunakan masyarakat untuk mencari, berkongsi maklumat dan berkomunikasi ­disalahgunakan untuk ­aktiviti jenayah seperti penipuan ­Internet.

"Ia untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

"Jika dilihat daripada statistik kes penipuan penghantaran bungkusan di negara ini, wanita adalah golongan paling ramai menjadi mangsa. Malah sindiket ini bukan sahaja menyasarkan warga tempatan malah warga asing,” kata­nya.

Bagi tahun 2011, PDRM menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan yang membabitkan kerugian RM18.9 juta. Pada 2012 pula, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang dilaporkan menurun kepada 814 kes.

Bagi tempoh Januari-Mei 2013, sebanyak 381 kes telah dilaporkan dengan kerugian RM14.1 juta.

Masih ramai yang tidak tampil untuk membuat laporan polis mungkin kerana malu atau sebab-sebab lain dan lebih menghairankan ialah terdapat mangsa yang berkelulusan tinggi, seperti golongan profesional atau pensyarah.

Bagi mengatasi dan membendung peningkatan kes penipuan penghantaran bungkusan ini, selain daripada menjalankan pembanterasan, PDRM juga mengadakan kempen pencegahan jenayah siber melalui forum terbuka, di samping me­nyampaikan mesej kesedaran tentang trend jenayah siber melalui ceramah di agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Kerjasama juga diwujud­kan dengan agensi lain bagi membantu PDRM menangkap penjenayah membabit­kan kes penipuan penghantaran bungkusan ini seperti Unit Keselamatan Siber, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara dan syarikat telekomunikasi.

Manakala pengguna pula sebagai manusia biasa kadang-kadang tewas dengan sifat tamak dan cepat teruja dengan tawaran lumayan dalam Internet seperti skim cepat kaya yang dikenal pasti menjadi punca utama menyebabkan jenayah siber semakin bermaharajalela.

Malah, sesiapa saja boleh menjadi mangsa dan me­ngalami kerugian dalam sekelip mata.

Penyelidikan agensi keselamatan online negara, CyberSecurity Malaysia, mendapati sifat tamak sesetengah individu menjadi penyumbang besar kepada kes jenayah siber.

Individu yang mudah teruja, ditambah dengan sifat ingin cepat senang dan kaya dalam tempoh singkat tanpa usaha sewajarnya boleh menyebabkan semakin tinggi peluangnya untuk menjadi mangsa kepada penipuan di alam siber.

Ia menjadi punca utama kita dieksploitasi dan membuka peluang kepada penjenayah siber untuk menipu, lebih-lebih lagi bagi individu yang gagal mendisiplinkan dirinya.

CyberSecurity ialah sebuah agensi bawah kementerian berkenaan yang memberikan tumpuan kepada keselamatan dan bantuan dalam sektor teknologi maklumat, termasuk penelitian kes jenayah siber yang dirujukkan kepadanya secara serius.

Lebih-lebih lagi, ­dengan pertambahan bilangan peng­guna Internet, bermakna semakin tinggi juga kadar peningkatan jenayah siber.

Meskipun pelbagai taktik digunakan penjenayah, cara tradisiona iaitu penipuan online iaitu sebaran e-mel masih menjadi taktik paling popular digunakan.

Seperti biasa, sebilangan pelanggan bank di Malaysia menerima e- mel meminta mereka memberikan butiran akaun mereka. Menurut e-mel itu, jika mereka gagal berbuat demikian bagi tujuan mengemaskini data peribadi, akaun mereka akan ditutup.

E-mel itu yang konon dihantar bank berkenaan kelihatan amat tulen, tetapi hakikatnya ia palsu. Apabila menyedari perkara itu, bank berkenaan segera mengeluarkan amaran pihaknya tidak bertanggungjawab menghantar e- mel terbabit dan meminta pelanggannya berhati-hati.

Walaupun kebanyakan bank turut mengingatkan pelanggannya berwaspada terhadap e-mel yang dikirim pihak tertentu bertujuan mendapatkan kata laluan, peliknya masih ramai tertipu dan memberikan perincian akaun buta-buta kepada penjenayah.

Ketua Perniagaan Pelanggan dan Keselamatan Internet Norton Asia, Symantec, Effendy Ibrahim, berkata kecanggihan teknologi maklumat kini banyak disalah guna untuk pelbagai tujuan tidak baik.

"Golongan paling terdedah terhadap ancaman menerusi dunia siber ialah wanita," katanya.

Beliau berkata, wanita yang melayari Internet perlu lebih berhati-hati dan pastikan menggunakan perisian keselamatan terbaik bagi melindungi diri daripada ancaman yang tidak diingini.

"Wanita yang menggunakan Internet untuk membeli-belah jangan mudah memberi maklumat kewangan terutama kad kredit kepada syarikat atau individu yang tidak dikenali.

"Amalkan penggunaan Internet yang selamat, lindungi kata laluan dan ­jangan lupa menambah ilmu pengetahuan mengenai Internet," katanya.

Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan Internet, anda dinasihatkan:
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keselamatan membeli-belah dalam talian, ‘chatting’, e-emel dan mesej remeh (spam), dan penipuan dalam talian. Hadkan pembelian dalam talian dan pastikan laman web yang dilawati menggunakan piawaian keselamatan seperti SSL (Secure Socket Layer), iVEST dan tandatangan digital. Selain itu, pengguna dinasihatkan supaya membaca penyata penafian (disclaimer) sebelum mengisi sebarang borang dalam talian kerana sebarang urusan atas talian yang sah mesti disertakan penyertaan ini.
BACA INI JUGA: Video Blind Date Yang Melucukan

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/07/wanita-malaysia-paling-mudah-ditipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Rakyat Malaysia Makan Paling Banyak Mikroplastik Di Dunia

Awas Rakyat Malaysia Makan Paling Banyak Mikroplastik Di Dunia

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 301 hits
KOSMONEW YORK Satu kajian baharu di Amerika Syarikat mendapati rakyat Malaysia makan kira kira 15 gram mikroplastik sebulan lapor sebuah portal berita kelmarin Jumlah itu adalah yang tertinggi di dunia Majoriti sumber partikel plastik yang ...
Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia Pelancong Suka Pantai Cantik Amp Budaya Tempatan

Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia Pelancong Suka Pantai Cantik Amp Budaya Tempatan

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 270 hits
Menerusi satu kajian yang dijalankan Malaysia dilaporkan menduduki tempat pertama dalam senarai 20 negara paling disayangi di benua Asia Berdasarkan laman web Insider Monkey Malaysia meninggalkan negara jiran iaitu Taiwan dan Singapura masi...
Cun Habis 17 Prototype Stadium Bola Sepak Mengikut Negeri Di Malaysia

Cun Habis 17 Prototype Stadium Bola Sepak Mengikut Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 254 hits
Stadium prototype untuk kelab bolasepak dalam Malaysia yang dijana menggunakan AI oleh di group Hasilnya memang superb jom kita selongkar Stadium Perak meStadium KelantanStadium KedahJangan Lupa Like Share Komen
Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sejarah Logo Lagu

Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sejarah Logo Lagu

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 212 hits
Selain Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Pergerakan Puteri Islam Malaysia atau singkatannya PPIM merupakn satu lagi pilihan unit badan beruniform yang ditawarkan di sekolah rendah Malah PPIM juga biasanya wujud di kebanyakan sekolah m...
Spil Mula Bina Pelan Lima Tahun Jalan Raya Sc Malaysia Maju Dalam Penggunaan Penangkapan Karbon

Spil Mula Bina Pelan Lima Tahun Jalan Raya Sc Malaysia Maju Dalam Penggunaan Penangkapan Karbon

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 157 hits
SPIL Membuka Pusingan Rancangan Lima Tahun SC Kemajuan Malaysia dalam Pengambilan Karbon Terserap BusinessToday Laman Utama Berita SPIL Membuka Pusingan Rancangan Lima Tahun SC Kemajuan Malaysia dalam Pengambilan Karbon Terserap The post ap...
Alif Satar Duta Gb Gold Malaysia

Alif Satar Duta Gb Gold Malaysia

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 203 hits
Grand Bulion Gold atau nama komersial nya GB Gold Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan selebriti Subuh macam Jumaat artis dan pelakon terkenal Alif Satar Minggu lepas abam dapat jemputan ke majlis berbuka puasa sempe...
Malaysia Akan Kekal Sebagai Negara Sekular

Malaysia Akan Kekal Sebagai Negara Sekular

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 251 hits
Malaysia akan kekal sebagai negara sekular ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be BfbVy5igsWg src in org https www youtube com embed BfbVy5igsWg wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com em...
Pelajar Malaysia Dzafran Azmir Berusia 29 Tahun Dan Seorang Penumpang Lain Di Pesawat Sq321 Telah Menyatakan

Pelajar Malaysia Dzafran Azmir Berusia 29 Tahun Dan Seorang Penumpang Lain Di Pesawat Sq321 Telah Menyatakan

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 184 hits
Pelajar Malaysia Dzafran Azmir 29 serta seorang penumpang SQ321 yang lain menceritakan bagaimana mereka yang tidak memakai tali pinggang keselamatan terpelanting ke udara sehingga terhantuk ke siling Dilaporkan perubahan iklim kini mewujudk...
Regu Juara Dunia Hadiah Mata Pertama Malaysia

Regu Juara Dunia Hadiah Mata Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Regu juara dunia Syahir Rosdi Farhan Adam dan Azlan Alias meletakkan Malaysia didepan 1 0 selepas menumpaskan regu pertama Thailand 9 15 15 11 15 13 Siriwat Sakha Poramet Siriswat dan Varayut Jantarasena memberikan tentangan se...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket