Wanita Maki Polis Idiot Mengaku Bersalah Didenda Rm3 100


Kumara Sabapatty
Suspek, Tong Poh Kim, 44 (kiri) bersama peguamnya, Datuk Suraj Singh (kanan) yang didakwa memaki anggota polis dan menghalang tugas penjawat awam semasa sekatan jalan raya pada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) hadir ke mahkamah di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK PETALING JAYA – Pengurus jualan sebuah syarikat swasta, Tong Poh Kim, 44, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas kedua-dua kertas pertuduhannya dibacakan oleh jurubahasa dalam sebutan semula kes di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati berkelakuan kurang sopan terhadap seorang anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan mengeluarkan perkataan idiot ketika berada di Jalan Persiaran Surian Menghala Masuk ke Pelangi Damansara.
Manakala dalam pertuduhan kedua, wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama telah dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada 31 Mac lalu, jam lebih kurang 9.40 pagi.
Wanita itu didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.
Dia boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, wanita itu tiba di bilik perbicaraan mahkamah pada jam 9.45 pagi dengan wajah yang pucat dan risau.
Peguam tertuduh, Datuk Suraj Singh merayu mahkamah supaya tertuduh dikenakan denda dan tidak dipenjara dengan mengambil kira faktor kesihatan ibunya yang koma akibat strok sejak 27 Februari lalu.
Katanya, tertuduh dalam kes berkenaan melakukan kesalahan pertama dan tidak pernah terlibat dalam sebarang kes jenayah sebelum ini.
“Tertuduh benar-benar sudah insaf dan minta maaf kepada semua pihak termasuk PDRM kerana kejadian tersebut, selain pengakuan bersalah tertuduh juga menjimatkan masa dan kos mahkamah daripada perlu menjalani perbicaraan yang panjang.
“Beliau merayu sangat kerana tekanan emosi dan mental akibat keadaan koma ibu dan terperangkap dalam kesesakan lebih 2 jam mengakibatkan dia hilang kawalan dan bertindak begitu. Dalam kes ini tidak ada pergaduhan atau kekerasan jenayah kecuali perkataan ‘idiot’ dilontarkan tertuduh,” kata Suraj.
Tong Poh Kim bersalam dengan peguambelanya Datuk Suraj
Singh ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah PJ sekitar
11.40 pagi tadi selepas menyelesaikan bayaran denda RM3100 
yang dijatuhkan Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah
atas dua pertuduhan memaki penjawat awam dan menghalang
anggota keselamatan menjalankan tugas di PJ. Foto:
MalaysiaGazetteBagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Zubaidah mahu mahkamah mengenakan satu hukuman seadil-adilnya memandangkan kesalahan tertuduh tidak menghormati pasukan keselamatan negara satu kesalahan serius.
Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Zahfran memutuskan hukuman sebanyak RM100 bagi kesalahan pertama kerana mengucap perkataan tidak sopan kepada penjawat awam. Jika gagal, tertuduh dipenjara sehari.
Untuk pengakuan bersalah bagi pertuduhan kedua kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas penjawat awam, tertuduh dikenakan denda RM3,000 dan jika gagal penjara satu bulan.
Poh Kim dibawa ke lokap mahkamah sementara menunggu kehadiran rakannya menjelaskan bayaran hukuman yang dikenakan.
Sekitar Jam 11.30 pagi tadi, Poh Kim tampil ke kaunter pendaftaran ditingkat bawah sebelum menjelaskan bayaran denda RM3100 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret sebelum berterima kasih kepada Peguambelanya Suraj Singh dan beredar meninggalkan Kompleks Mahkamah PJ.- MalaysiaGazette

BACA :‘Hoi stupid idiots!’… maki polis di sekatan jalan raya wanita ditahan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/wanita-maki-polis-idiot-mengaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Mabuk Rempuh Anggota Polis Sehingga Maut Tak Mengaku Bersalah

Suspek Mabuk Rempuh Anggota Polis Sehingga Maut Tak Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 419 hits
Baru sahaja sebentar tadi selesai proses Mahkamah Sesyen Kajang melibatkan seorang suspek yang sebelum ini telah merempuh seorang anggota polis sehingga maut pada 3 Mei lalu Bagaimanapun suspek yang dikenali sebagai K Kalaichelvan mengaku t...
Tiga Wanita Ditahan Maki Polis Tegur Main Mercun

Tiga Wanita Ditahan Maki Polis Tegur Main Mercun

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 535 hits
Tiga wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong Bera dekat sini Ketua Polis Daerah Bera Deputi Supe...
Terkini Enam Rider Food Panda Mengaku Tak Bersalah Merusuh Di Restoran

Terkini Enam Rider Food Panda Mengaku Tak Bersalah Merusuh Di Restoran

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1285 hits
TERKINI Enam Rider Food Panda Mengaku Tak Bersalah Merusuh di RestoranrePublish Berita Terkini MalaysiaTERKINI Enam Rider Food Panda Mengaku Tak Bersalah Merusuh di Restoran Medium perkongsian sosial berbentuk media Artikel adalah percuma u...
Wanita Dakwa Guna Kabel Polis Untuk Rentas Negeri Dalam Siasatan Pdrm

Wanita Dakwa Guna Kabel Polis Untuk Rentas Negeri Dalam Siasatan Pdrm

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 1423 hits
Jangan berbangga apabila lakukan kesalahan dan pengaruhi orang lain untuk ikut mereka Polis telah kenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambilperkara itu Dakwa guna kabel pihak atasan wanita bangga kongsi perjalanan rentas negeri di med...
Polis Siasat Tindakan Kejam Sekumpulan Wanita Pijak Anak Kucing

Polis Siasat Tindakan Kejam Sekumpulan Wanita Pijak Anak Kucing

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 532 hits
AMPANG Polis sedang menyiasat tindakan kejam sekumpulan wanita yang mendera kucing dengan memijak mijak haiwan itu hingga mati Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima laporan itu dan masi...
Wanita Duduk Bersama Mayat Ibu Selama 5 Hari Kerana Tidak Tahu Menghubungi Polis

Wanita Duduk Bersama Mayat Ibu Selama 5 Hari Kerana Tidak Tahu Menghubungi Polis

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 330 hits
Mayat seorang wanita berumur 60 tahun telah ditemui di flat beliau di Yishun apabila jiran jirannya menghubungi polis kerana bau busuk yang menusuk keluar dari unit tersebut Apabila polis tiba mereka mengesahkan bahawa wanita itu telah meni...
Ahli Perniagaan Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kematian Koperal Safwan

Ahli Perniagaan Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kematian Koperal Safwan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 312 hits
SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang hari ini atas tiga pertuduhan sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis 3 Mei lalu Tertuduh K Kalaichelvan 44 membuat pengakuan itu selepas faham pertuduhan yang dib...
Penjual Roti Mengaku Simpan Mayat Wanita Dalam Rumah Untuk Temankan Isteri

Penjual Roti Mengaku Simpan Mayat Wanita Dalam Rumah Untuk Temankan Isteri

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 325 hits
Seorang tukang penjual roti mengaku menyimpan kubur seorang wanita di dalam rumahnya setelah dikantoikan oleh isterinya Menurut sumber kejadian ini berlaku di Kabupaten Bogor Dalam masa yang sama si isteri pelaku melarikan diri dan meminta ...
Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Tendang Penghantar Food Panda

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Tendang Penghantar Food Panda

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 581 hits
Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Tendang Penghantar Food PandaSeorang lelaki warga emas yang menendang dan menunjuk isyarat lucah terhadap pekerja wanita penghantar makanan mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Majistr...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025