Wanita Ini Kongsi Saat Ditegur Solat Tanpa Telekung Di Surau Jawapan Pedas Dari Wanita Ini Buat Ramai Tercengang




Sudah jadi kebiasaan kepada semua wanita untuk memakai telekung semasa menunaikan solat. Sama juga seperti pakaian lain, perubahan masa dan fesyen terkini membawa revolusi dalam pemilihan telekung dengan membawa kepelbagaian cita rasa kepada pemakainya.

Sudah ada pelbagai rekaan, warna dan jenis kain telekung. Malah para wanita boleh memilih mengikut jenis material sama ada sejuk, beralun mahupun ketebalan dan keselesaan semasa memakainya.

Namun baru-baru ini tular mengenai kisah seorang wanita yang ditegur kerana tidak memakai telekung. Menurut pemilik akaun Facebook Aj Joseph, beliau telah ditegur oleh seorang wanita semasa di surau. Berikut adalah perkongsiannya.



“Ke sekian kalinya ditegur kerana solat tanpa telekung di surau beberapa hari lepas.” Saya diam, dengar saja.

Sesudah yang menegur habis cakap, saya ucap terima kasih lalu berlalu pergi dengan anak-anak tapi ditahan pula.

Belum habis ya tegurannya..

Saya masih cuba berdiam diri tapi bila nada penegur makin tinggi, seolah-olah saya buat kesalahan besar, malah dia juga mengatakan solat saya tidak sah kerana pakai baju biasa, bukan telekung.

I had to say something.

“Puan, kenapa solat saya tak sah?”

“Awak tak pakai telekung. Pakai baju biasa je.”

“Telekung bukan hukum sah solat puan.”

“Ustaz kata pakaian terbaik solat ialah telekung.”

“Tak semestinya pakai telekung baru sah.”

“Tapi ustaz kata..”

Oh, this gonna be a loooong one. Need to cut it short. I had to go.

“Puan, terima kasih atas teguran. Saya faham concern puan. Mmm.. Antara hukum sah solat ialah menutup aurat, betul kan puan? Telekung ini labuh dan longgar, sebab itu ustaz kata ia pakaian terbaik untuk solat. Tapi bukan wajib pakai telekung baru sah solat.”


“Sekarang ni puan lihat pakaian saya cukup labuh atau tidak? Melekat di badan? Tudung saya menutup dada, depan belakang tidak singkat. Bahagian bawah dagu juga saya cover. Saya pakai handsocks dan stokin.”

“Pada pandangan puan, cara pemakaian saya ini tidak patuh dengan hukum aurat wanita ke?”

“Tapi aspek kebersihan belum tentu lepas. Mana tahu ada najis melekat tanpa sedar. Lagi pula tadi awak masuk je terus solat, tak ambil air semayang, tak pakai telekung, solat gitu je.”

“Puan, saya yakin pakaian saya bersih. Saya masih ada..”

“Macam mana awak boleh yakin sangat?! Kat Malaysia ni, tempat..”

I’m late. I’m late. I’m late.

“Puan.. Sebelum keluar rumah, saya sudah berwudhu. Saya drive ambil anak di tadika kemudian terus drive ke sini. Satu-satunya tempat yang saya ada turun dari kereta adalah kawasan depan tadika anak. Tiada najis di situ.”

“Berjalan dari parking sampai ke surau, tiada najis kelihatan. Saya tiada pergi ke tandas, dan kalau saya perlu pergi tandas, saya tahu cara jaga pakaian saya daripada dicemari najis.”

“Macam mana awak yakin sangat ni?!! Awak mualaf kan?!!”

Kenapa tengking-tengking ni..

“Puan, dalam Islam ini semuanya sudah dinyatakan dengan jelas. Memang saya bukan lahir Islam, memang saya tak pandai agama, banyak benda saya tak tahu, tapi hal aurat ini saya cuba jaga sebaiknya sebab bagi saya ini adalah yang paling senang di antara semua perintah Allah untuk dibuat, diubah, selepas saya peluk Islam.”

“Saya yakin pakaian saya bersih, saya yakin wudhu masih ada, saya yakin saya tutup aurat ikut guideline, saya yakin solat saya sah tanpa telekung. Saya amal konsep pakaian solat-ready puan. Lagipun telekung-telekung dalam surau ini banyak yang kotor terutama di bahagian keliling muka, penuh make-up. Kepam. Saya tak selesa pakai.”

“Saya faham keprihatinan puan. Terima kasih kerana tegur. Saya kena pergi dah ni. Asssala..”

“Ustaz kata kalau ragu-ragu, was-was, mesti..” Lambat dah ni.. 😭😭

“Puan, ragu-ragu tak bertempat ini boleh jadi kita ni ada masalah dalaman yang kita tak sedar. Saya suggest puan pergi jumpa balik dengan ustaz tu atau rujuk kenyataan-kenyataan daripada mufti wilayah. Saya banyak rujuk penjelasan mufti. Assalamualaikum.”

Hampir cakap masalah mental sebab rimas juga bila kena tahan time kita tengah kejar masa settle-kan urusan, bawa 2 anak kecil lagi. Tapi fikir-fikir nanti jadi bi4dab pula. 😔

Hmm..



“I’m not trying to say that I’m better than anyone.”

Dalam hidup ini, kita semua ada matlamat dan impian masing-masing.

Priority kita berbeza.

Bagi diri saya sendiri..

Saya fikir, apalah guna saya ni masuk Islam kalau tak nak ikut apa Islam ajar, tak nak jadi lebih baik..

Like I said, bagi saya, dalam banyak-banyak perkara yang saya perlu ubah supaya seiring dengan ajaran Islam, yang paling senang ialah aurat.

Saya ni dulu agak hardcore gamer juga. Main Gears of War tu mesti nak master skill itu ini, level up sampai max level. Score mesti nak setinggi-tinggi yang boleh. Lepas tu nak complete-kan semua mission, objective, task.. Aim for 100% completion.

Main console game, attitude begitu.

Peluk Islam, attitude acuh tak acuh pula.

(Ini saya cakap pasal diri sendiri bukan tuju kat semua gamers.)

I cannot say on behalf of all reverts.

But to me, my life as a revert is challenging.

Cerita pasal nenek masuk ward, worrying about her, wishing for her speedy recovery.. pun ada orang ‘tegur’.

Like kenapa la aku selalu jumpa orang yang jumud.

Kena jeling, kena tegur dengan nada sinis pasal solat tanpa telekung ni bukan perkara baru, selalu jadi tapi puan di atas ni yang paling agresif antara semua.

“Mungkin Allah bagi ujian banyak-banyak untuk fast track belajar banyak perkara.”
Mati itu pasti, bila-bila masa.

Saya tak marah atau terasa hati dengan puan itu. Niatnya baik. Plus, we came from different background and living with different circle hence the different perspective.

Sumber : Aj Joseph via siakapkeli © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Wanita Ini kongsi Saat Ditegur Solat Tanpa Telekung Di Surau..Jawapan 'pedas' dari wanita ini buat ramai tercengang.

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/03/wanita-ini-kongsi-saat-ditegur-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Nabi Semua Masjid Surau Di Terengganu Adakan Solat Hajat Esok

Hina Nabi Semua Masjid Surau Di Terengganu Adakan Solat Hajat Esok

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 401 hits
KUALA TERENGGANU Semua masjid diminta mengadakan solat hajat secara serentak di seluruh negeri ini sejurus selesai solat Jumaat esok Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata solat hajat itu untuk memohon kebesaran Allah agar keharmoni...
Terengganu Akan Adakan Solat Hajat Seluruh Masjid Dan Surau Hari Ini

Terengganu Akan Adakan Solat Hajat Seluruh Masjid Dan Surau Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 396 hits
Hari ini semua masjid di Terengganu akan mengadakan solat hajat secara serentak selepas solat Jumaat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu berkata solat hajat ini bertujuan bagi memohon kebesaran Allah agar keharmonian negara te...
Wanita Cantik Tidak Lokek Ilmu Ini Kongsi Tips Untuk Para Ibu Amalkan Berjaya Turunkan 40kg Selama 44 Hari Berpantang

Wanita Cantik Tidak Lokek Ilmu Ini Kongsi Tips Untuk Para Ibu Amalkan Berjaya Turunkan 40kg Selama 44 Hari Berpantang

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 665 hits
Boleh dikatakan setiap wanita pasti mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri Ramai yang tewas di tengah jalan ...
Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 861 hits
BAKAL pengantin maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Batu 4 Jalan Kuala Krai di Wakaf Che Yeh Kota Bharu petang tadi Dalam kejadian 6 05 petang tadi Muhammad Afifi A...
Hiburan Sangat Kusyuk Dan Berdoa Lebih 3 Minit Lelaki Ini Kongsi Detik Solat Jemaah Dengan Remy Ishak

Hiburan Sangat Kusyuk Dan Berdoa Lebih 3 Minit Lelaki Ini Kongsi Detik Solat Jemaah Dengan Remy Ishak

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 347 hits
Wajah tampan pada lelaki memang digilai ramai tetapi menjadi bonus adalah sikap dan keperibadian yang baik Seperti Remy Ishak beliau tetap menjalakan tanggungjawab menunaikan solat meskipun mempunyai jadual penggambaran yang padat Terbaru s...
Fuh Modal Hanya Rm3 Tapi Hasilnya 4 Bulan Wanita Ini Kongsi Cara Betul Tanam Cendawan

Fuh Modal Hanya Rm3 Tapi Hasilnya 4 Bulan Wanita Ini Kongsi Cara Betul Tanam Cendawan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 755 hits
Sebenarnya tak susah pun nak tanam sendiri cendawan tiram di rumah Syaratnya ikut cara yang betul Menanam cendawan tiram bongkah ini telah dilakukan sendiri oleh wartawan Mingguan Wanita Netty Ah Hiyer Dalam masa 11 hari anda dah boleh tuai...
Solat Jgn Tinggal Aurat Jaga Buang Ego Maafkan Semua Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Kes Kemtian Tak Kenal Usia

Solat Jgn Tinggal Aurat Jaga Buang Ego Maafkan Semua Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Kes Kemtian Tak Kenal Usia

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 697 hits
Saban hari ada sahaja kisah kemtian yang kita dengar atau baca yang berlaku di negara ini Malah kadangkala ia berlaku tanpa dijangka atau lebih tepatnya secara tiba tiba Hakikatnya tiada siapa boleh mengelak saat ajal datang menjemput kita ...
Cecah 20k Perkongsian Wanita Kongsi Tips Mudah Rambut Lebat Guna 3 Bahan Ini Mudahnya

Cecah 20k Perkongsian Wanita Kongsi Tips Mudah Rambut Lebat Guna 3 Bahan Ini Mudahnya

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 536 hits
Cecah 20K Perkongsian Wanita Kongsi Tips Mudah Rambut Lebat Guna 3 Bahan Ini Mudahnya Selain dari penjagaan raut wajah dan badan rambut juga harus diambil kira Bak kata pepatah rambut merupakan mahkota buat seorang wanita Today i wanna shar...
Video Disorok Bunian Wanita Kongsi Detik Cem S Ketika Wedding Photoshoot

Video Disorok Bunian Wanita Kongsi Detik Cem S Ketika Wedding Photoshoot

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 392 hits
Tiba tiba nak buat full story tentang kejadian yang pernah kami alami dulu Tempat yang cantik siapa sangka macam macam perkara yang terjadi Bukan seorang dua yang kena aku tahu ramai yang pernah mengalaminya juga kan Nak dijadikan cerita se...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Kkv Alamanda

Kaya Sebab Duit Banyak

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak

Pengalaman Ukjk Ptd Pada Tahun 2019

Inside Romania S Movile Cave A Toxic Ecosystem Thriving Without Sunlight

Hay Cafe Sekincahan Tempat Santai Dengan Pemandangan Sawah Yang Memukau