Wanita Dilindungi Semasa Siasatan Keganasan Rumah Tangga


WANITA tidak perlu takut untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana mereka dilindungi undang-undang sepanjang siasatan kes. - GAMBAR HIASAN


SAUDARA PENGARANG,

KEGANASAN rumah tangga menunjukkan peningkatan yang ketara ketika pandemik Covid-19. Menurut Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, sebanyak 902 kes direkodkan melalui Talian Kasih dalam tempoh empat bulan pertama 2021 sementara jumlah aduan bagi kes sama sepanjang 2020 ialah 2,540 kes.

Kes yang telah dibuka kertas siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tempoh sama ialah 5,260. Dalam pada itu, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) pula merekodkan 412 kes antara Januari dan April tahun lalu. Statistik ini menunjukkan menangani keganasan rumah tangga memerlukan kerjasama dan intervensi pelbagai pihak.

Beberapa kejadian termasuk kes pukul, dera dan bunuh pasangan memberi petunjuk tentang peri pentingnya sokongan dan perlindungan formal dan tidak formal disediakan kepada mangsa keganasan rumah tangga.

Sokongan dan perlindungan formal merujuk kepada bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi berwajib seperti peruntukan dan pelaksanaan undang-undang yang khusus, respons kepada pengadu dengan mengambil kira ancaman yang mungkin berlaku dan tindakan segera serta tegas terhadap pemangsa apabila berlaku aduan.

Kajian Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (Kanita), Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2014 mendapati sembilan peratus wanita yang pernah berpasangan di Semenanjung mengalami masalah keganasan rumah tangga pada suatu ketika dalam hidup mereka.

Ini bermaksud lebih 800,000 wanita berkemungkinan besar mengalami situasi ini, namun kebanyakan mangsa tidak membuat laporan polis dan kitaran keganasan ini akan berulang sehingga kesan trauma menjadi tidak terkawal.

Apa yang perlu dilakukan oleh mangsa keganasan yang ingin mendapatkan perlindungan sekiranya berada dalam situasi ini?

Pertama, membuat laporan polis bagi mendokumentasikan segala ancaman dan tekanan yang dilakukan oleh pelaku. Semasa siasatan dijalankan, mangsa boleh memohon Perintah Perlindungan Interim (PPI) di Mahkamah Majistret. Jika pendakwaan dibuat terhadap pelaku, mangsa boleh memohon Perintah Perlindungan (PP) dan perintah ini dikuatkuasakan sepanjang proses pendakwaan berlangsung terhadap pelaku.

Untuk mendapatkan perlindungan lebih cepat, mangsa boleh memohon Perintah Perlindungan Kecemasan (PPK) yang dikeluarkan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa laporan polis atau membuat permohonan di mahkamah. PPK berkuat kuasa selama tujuh hari. Setiap perintah perlindungan ini mengandungi hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika pelaku melanggar perintah tersebut.

Untuk mengurangkan risiko amalan keganasan berleluasa pula, penggunaan Model Ekologi Sosial (SEM) mampu bukan sahaja untuk mengenal pasti faktor individu berisiko melakukan keganasan malah dapat melindunginya daripada melakukan keganasan.

Strategi pencegahan boleh dilakukan pada empat peringkat iaitu individu, perhubungan, komuniti dan masyarakat. Penggunaan model ini adalah komitmen kita untuk mendidik masyarakat secara berterusan mengenai peri pentingnya menghormati pasangan atau golongan wanita secara amnya dan menolak segala bentuk keganasan sama ada di peringkat interpersonal, keluarga dan masyarakat.

PROF. MADYA DR. NOR HAFIZAH SELAMAT, Bahagian Antropologi & Sosiologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/wanita-dilindungi-semasa-siasatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Di Tahan Bersama 11 Wanita Warga Asing Di Dua Rumah Sewa Di Kuantan

Penjawat Awam Di Tahan Bersama 11 Wanita Warga Asing Di Dua Rumah Sewa Di Kuantan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 410 hits
KUANTAN Seorang penjawat awam bersama 11 wanita warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 1963 dalam pemeriksaan ke atas dua rumah sewa di Lorong Galing Taman Imbi di sini pada Ahad Lelaki berusia d...
Polis Geledah Rumah Ebit Lew Lengkapkan Siasatan

Polis Geledah Rumah Ebit Lew Lengkapkan Siasatan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 220 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal Ebit Lew petang tadi dalam siasatan kes gangguan seksual terhadapnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata pihaknya hanya mela...
Wanita Ini Kongsi Cara Dilakukannya Ketika Positif Covid Kuarantin Di Rumah Kembali Sihat

Wanita Ini Kongsi Cara Dilakukannya Ketika Positif Covid Kuarantin Di Rumah Kembali Sihat

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 382 hits
Kini tak kira sesiapa pun berisiko untuk positif Covid 19 Kadang kadang kita tak tahu pun siapa pembawa Bila diri rasa tak sihat jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan kerana ia boleh jadi lebih teruk Bagaimanapun perkongsian dari Aini Sh...
Wanita Sibuk Bergosip Sebabkan 100 Buah Rumah Hangus Terbakar

Wanita Sibuk Bergosip Sebabkan 100 Buah Rumah Hangus Terbakar

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 204 hits
Rakaman pemandangan kawasan kebakaran yang dijilat api di Komplek Perumahan Leppin Makassar Terkini id JAKARTA Berpuluh puluh buah rumah hangus terbakar di Makassar Indonesia gara gara salah seorang penghuninya sibuk bergosip dengan jiran t...
Wanita Kongsi Senarai Untuk Suruh Suami Beli Barang Rumah Lagi Lama Dari Pergi

Wanita Kongsi Senarai Untuk Suruh Suami Beli Barang Rumah Lagi Lama Dari Pergi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 394 hits
Dalam rumahtangga tidak dapat dinafikan bahawa isteri lebih tahu apa yang diperlukan di rumah Dari bahan memasak kepadalah produk produk membersih semuanya memerlukan pemilihan yang terperinci mengikut kualiti dan jenama yang hanya isteri t...
Kecewa Diceraikan Suami Wanita Dalam Pantang Cuba Terjun Dari Rumah Flat

Kecewa Diceraikan Suami Wanita Dalam Pantang Cuba Terjun Dari Rumah Flat

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 542 hits
Menerusi perkongsian video oleh seorang lelaki dikenali sebagai Sufri Jamaluddin di laman TikTok lelaki ini tampil menceritakan kisah seorang wanita yang dipercayai cuba untuk terjun bangunan Kisahnya bermula apabila pasukan Bomba dan Penye...
6 Langkah Mudah Dan Realistis Bangun Bisnis Sampingan Untuk Ibu Rumah Tangga

6 Langkah Mudah Dan Realistis Bangun Bisnis Sampingan Untuk Ibu Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 326 hits
Peluang bisnis bagi ibu rumah tangga sangatlah besar Agar lebih maksimal dalam menjalankannya kamu bisa menerapkan langkah langkah sebagai berikut
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

The Charm Of Mallorcan Interior Design Where Rustic Elegance Embraces Mediterranean Living


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr

Qalam Band Hakikat Seorang Pencinta Chord

9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia