Wanita Dibelasah Teman Lelaki Gara Gara Anggap Cristiano Ronaldo Tak Cukup Kacak
January 29 , 2022Ross Flynn merupakan individu yang telah ditangkap di UK kerana didakwa membelasah teman wanita yang menganggap Ronaldo tak kacak.
Lebih parah lagi, wanita tersebut bukan hanya menganggap Ronaldo tak cukup tampan, beliau bahkan percaya yang bekas kekasihnya jauh lebih kacak dari pemain penyerang Manchester United itu.
Ross Flynn bengang ketika teman wanita beliau mendedahkan yang beliau rasa pemain penyerang Portugal itu tidaklah kacak seperti yang didakwa oleh ramai.
Menurut sumber laporan dari Sunderland Echo, Flynn terus membelasah kekasihnya tanpa belas sebaik mendengar kenyataan tersebut.
Ross Flynn juga dikatakan memukul mangsa beberapa kali hanya kerana dakwaan berkait Cristiano Ronaldo tak cukup kacak itu.
Kedua-dua mereka awalnya keluar minum dan makan angin bersama dan sebaik pulang ke rumah, teman wanita beliau telah melalui hari yang sangat mengerikan.
Pasangan kekasih itu dilaporkan menonton video-video bola sepak, dan Ross Flynn kemudiannya bertanya kepada kekasihnya:
“Adakah kamu lebih terpikat kepada Cristiano Ronaldo atau bekas kekasih kamu?”
Mangsa yang mungkin seorang wanita jujur dengan santai menjawab yang beliau tak rasa Ronaldo cukup tampan dan percaya bekas kekasihnya lebih menarik berbanding pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.
Sebaik mendengar jawapan dari kekasihnya itu, Ross Flynn tak tahan dan terus menumbuk muka mangsa beberapa kali.
Mangsa kemudiannya meninggalkan ruangan tempat mereka menonton video tersebut untuk masuk ke bilik tidor mereka.
Flynn masih bengang dengan jawapan dari kekasihnya itu dengan beliau kemudiannya mengikuti mangsa untuk masuk ke bilik tidor.
Mangsa kemudiannya sekali lagi dibelasah di dalam bilik tidor mereka dengan wanita tersebut mendakwa beliau merasakan ada tiga ke empat tumbukan padu telah mengenai belakang kepalanya.
Mangsa mendakwa beliau bergelut menahan kesakitan kerana kekasihnya itu menumbuk beliau dengan sangat kuat.
Ross Flynn juga dilaporkan terus mengugut kekasihnya itu dengan menyatakan:
“Tutup mulut kau sekarang dan pergi tidor atau kau tahu apa akan berlaku kepada kau nanti.”
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan Flynn segera ditangkap atas kesalahan memukul/menyiksa teman wanitanya.
Polis menyatakan yang Flynn sebenarnya cemburu kerana teman wanitanya menganggap bekas kekasihnya yang sudah meninggal dunia kerana bunuh diri lebih menarik berbanding Cristiano Ronaldo.
Mangsa mendedahkan kepada pihak polis bahawa:
“Dia kata, ‘Berani kau kata ex kau lagi kacak dari Cristiano Ronaldo. Itu bermaksud aku pun tak sekacak bekas kekasih kau.”
Jelas mangsa.
Mangsa sebenarnya sering menjadi mangsa kekerasan
Mahkamah di Newcastle mendedahkan yang Flynn sememangnya sentiasa menggunakan kekerasan sepanjang perhubungan beliau bersama kekasihnya itu.
Pendakwaraya, Omar Ahmad memberitahu mahkamah yang pasangan tersebut mula bersama sejak Februari 2021 dengan mereka turut berpindah bersama kerana kehidupan sebelum ini tidak begitu baik untuk mereka.
Walaupun Flynn pernah ditangkap dan dilepaskan atas jaminan polis, beliau dilaporkan turut kembali menyerang dan memukul wanita yang sama dua bulan selepas itu.
“Wanita tersebut mengambarkan yang hubungan beliau tidak teratur dan beliau sering menjadi mangsa keganasan kekasihnya.”
Jelas Ahmad lagi.
“Beliau turut mendakwa yang sepanjang perhubungan mereka, tertuduh sering memukul, mengawal dan suka marah-marah.”
“Ketika beliau keluar minum bersama tertuduh, beliau perlu berhati-hati dengan siapa beliau boleh bercakap kerana tertuduh akan sangat marah dan akan menuduhnya curang.”
“Ada satu titik, mangsa meninggalkan tertuduh selepas menderita patah tulang hidung kerana diserang oleh tertuduh.”
Kini Flynn telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dengan tambahan setahun seandainya tidak menunjukkan kelakuan yang baik.
Bukan sebab bengang Ronaldo didakwa tak kacak, tapi lebih kepada cemburu
Kes tersebut mencuri perhatian ramai dengan netizen percaya Ross Flynn bukanlah bengang teman wanitanya tidak memuji Cristiano Ronaldo, namun beliau sebenarnya hanya cemburu.
Cemburu teman wanitanya lebih mengagumi mendiang bekas kekasihnya yang sudah meninggal dunia.
Netizen juga berharap agar wanita tersebut tidak menunggu Ross Flynn dan memulakan kehidupan baru bersama lelaki lain.
sunderlandecho.comMan savagely attacked girlfriend because she didn't find Cristiano Ronaldo attractiveA brute subjected his girlfriend to a terrifying attack after she said found her former boyfriend more attractive than footballer Cristiano Ronaldo.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/01/wanita-dibelasah-teman-lelaki-gara-gara.html