Wanita Berkerusi Roda Hampa Kekeliruan Di Pusat Vaksinasi


Imelda Isabelle Michael akan menerima suntikan vaksin pada 25 Julai selepas diminta pulang hari ini.



KOTA KINABALU: Penantian berbulan-bulan seorang wanita berkerusi roda yang menghidap palsi serebrum untuk mendapat suntikan vaksin menemui kehampaan apabila rupa-rupanya dia mempunyai satu lagi tarikh janji temu ditetapkan minggu depan.

Kejadian menimpa Imelda Isabelle Michael itu antara contoh kekeliruan yang dihadapi ramai orang di negara ini, namun wanita itu dan adik perempuan yang menemaninya sekadar menerima dengan tenang.

Imelda, 46, gagal mendapatkan suntikan di pusat vaksinasi di bangunan Pejabat Pentadbiran Persekutuan di Likas pada 19 Julai lalu selepas didapati mempunyai dua tarikh janji temu.

Wanita itu telah mendaftar untuk vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera beberapa bulan lalu, namun tidak menerima tarikh janji temu.

Susulan itu beliau meminta pertolongan kumpulan tempatan yang membantu golongan kurang upaya dengan harapan dapat mempercepatkan tarikh vaksinasinya.

Wanita itu kemudian mengisi borang yang diserahkan bagi pihaknya oleh kumpulan itu seterusnya berjaya mendapat tarikh janji temu.

Imelda dan adiknya Lindsay yang menemaninya untuk janji temu Isnin lalu itu bagaimanapun tidak marah dengan kejadian berkenaan.

“Kami tidak mahu membuat kecoh kerana ramai orang menunggu giliran di situ,” kata Lindsay.

Imelda Isabelle Michael lega adiknya Lindsay menemani dan memujuknya. “Lagipun kami menghormati pekerja barisan hadapan dan tidak mahu menyukarkan keadaan yang sudah sedia mencabar untuk mereka.”

Imelda percaya janji temu bertarikh 19 Julai itu, yang dimaklumkan menerusi pesanan teks oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Kota Kinabalu adalah susulan bantuan kumpulan yang menolongnya itu.

Bagaimanapun, beliau menerima satu lagi makluman di MySejahtera untuk menerima suntikan di Pusat Kebudayaan Penampang pada 25 Julai ini.

Beliau menghubungi nombor “hotline” dalam pesanan itu namun tidak berjawab menyebabkannya memutuskan pergi untuk janji temu pada 19 Julai.

“Mereka memaklumkan tidak dapat meneruskan dengan vaksinasi saya kerana sudah ada janji temu untuk 25 Julai,” katanya.

“Menurut mereka jika tetap diteruskan, akan wujud masalah dengan sijil vaksinasi digital jadi saya perlu disuntik pada tarikh yang ditetapkan minggu depan.

“Saya tidak faham kenapa tidak boleh disuntik ketika itu memandangkan saya sudah berada di sana.

“Seorang jururawat memujuk saya menunggu sedikit masa saja lagi, tetapi saya memberitahunya saya sudah menunggu berbulan-bulan.”

Imelda berkata, walaupun terkilan, beliau bersyukur Lindsay ada untuk memujuknya.

Lindsay mengongsikan pengalaman mereka itu di media sosial, dan dua beradik itu rata-rata dipuji warganet kerana begitu bersabar dan tidak mengikut emosi.

Katanya, Imelda takut untuk meninggalkan rumahnya selama beberapa bulan lalu disebabkan kes jangkitan begitu tinggi, dan akhirnya bersetuju keluar untuk divaksin namun hampa akhirnya.

“Bagaimana jika seseorang dari kawasan pedalaman yang datang ke pusat itu dan terpaksa pulang? Pasti menyusahkan,” katanya.

Menurutnya, pusat vaksin juga sepatutnya lebih fleksibel terutama apabila berdepan dengan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti kakaknya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/wanita-berkerusi-roda-hampa-kekeliruan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paksa Orang Tua Berkerusi Roda Pun Diangkut

Paksa Orang Tua Berkerusi Roda Pun Diangkut

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 258 hits
Paksa orang tua berkerusi roda pun diangkut Rita Rudaini Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian netizen berhubung hak dan keterbukaan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan ...
Citf Nafi Wanita Bergelang Pink Bawa Ibu Ke Pusat Ppv

Citf Nafi Wanita Bergelang Pink Bawa Ibu Ke Pusat Ppv

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 268 hits
CITF mengingatkan penerima vaksin berjadual tidak hadir ke PPV sehingga keputusan ujian saringan Covid 19 sah negatif PETALING JAYA Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 menafikan seorang wanita bergelang merah jambu membawa ibunya ke Pusat Pe...
Covid 19 Muzium Di London Bertukar Jadi Pusat Vaksinasi

Covid 19 Muzium Di London Bertukar Jadi Pusat Vaksinasi

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 250 hits
COVID 19 Muzium di London bertukar jadi pusat vaksinasi LONDON Muzium London Tate Modern berubah menjadi pusat vaksinasi COVID 19 pada Jumaat bagi menawarkan dos pertama dan dos kedua vaksin Pfizer BioNTech bagi mereka yang berumur 18 tahun...
Vaksinasi Kerajaan Pusat Iktiraf Selvax Selangor Tingkatkan Suntikan Vaksin

Vaksinasi Kerajaan Pusat Iktiraf Selvax Selangor Tingkatkan Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 285 hits
Pelan Vaksinasi Greater Klang Valley untuk mempercepatkan imuniti kelompok penduduk di Lembah Kelang yang terjejas akibat jangkitan Covid 19 ketika ini akan merangkumi program vaksinasi Selangor dalam pelaksanannya Menurut Menteri Besar Sel...
Rayakan Hari Jadi Di Pusat Karaoke Wanita Maut Ditimpa Tv Karaoke Seberat 19 Kg

Rayakan Hari Jadi Di Pusat Karaoke Wanita Maut Ditimpa Tv Karaoke Seberat 19 Kg

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 251 hits
MOSCO Sebuah tragedi berlaku di sebuah klub di Rusia apabila seorang wanita maut tertimpa televisyen karaoke yang besar pada hari ulang tahunnya Tatiana Pokhorenko 35 tahun maut di tempat kejadian selepas skrin karaoke yang seberat 19 kg it...
Vaksinasi Makin Gencar Indonesia Terima 21 2 Juta Dosis Bulk Sinovac

Vaksinasi Makin Gencar Indonesia Terima 21 2 Juta Dosis Bulk Sinovac

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 308 hits
Untuk mencapai kekebalan komunal sekitar 208 juta penduduk Indonesia pemerintah menerima sebanyak 21 2 juta dosis bahan baku atau bulk vaksin Sinovac Bulk tersebut tiba di Bandara Soekarno Hatta pada Selasa siang
Tiada Kad Vaksinasi Fizikal Dikeluarkan Kkm

Tiada Kad Vaksinasi Fizikal Dikeluarkan Kkm

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 219 hits
KKM nafi keluarkan kad vaksinasi PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan sebarang kad vaksinasi dengan kod QR berbentuk fizikal setakat ini Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan malah pihaknya tidak membuat sebarang peroleh...
Wuling Gelar Sentra Vaksinasi Covid 19 Gratis Begini Cara Pendaftarannya

Wuling Gelar Sentra Vaksinasi Covid 19 Gratis Begini Cara Pendaftarannya

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 264 hits
Program ini diselenggarakan di lantai 3 Mal Kelapa Gading 5 Jakarta yang berlangsung mulai 26 Juli hingga 31 Juli 2021
Guna Pakai Gabungan Vaksinasi Ivermectin Tangani Covid 19

Guna Pakai Gabungan Vaksinasi Ivermectin Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 236 hits
IVERMECTIN digunakan bagi merawat Covid 19 di Afrika Selatan walaupun belum dibuktikan secara klinikal AFP GEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyokong gesaan Gabungan Malaysia bagi Kawalan Covid Berkesan supaya ubat Ivermectin digu...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit