Wang Tinggal Rm20 Keluarga Pendatang Di Sabah Kais Pagi Makan Pagi


Gambar Hiasan


KOTA KINABALU: Laporan baru-baru ini mengenai seorang lelaki tanpa dokumen yang didakwa mencuri di sebuah restoran makanan segera di sini menyebabkan Wati Sapilin berasa bimbang.

Sentimen terhadap pendatang tanpa dokumen sudah kuat di Sabah, tetapi berita ini menambah kerisauan komuniti berkenaan.

Lelaki itu didakwa awal bulan ini kerana mencuri periuk nasi bernilai RM235 dari sebuah kedai makanan segera pada Julai. Tiada alasan yang diberikan kerana tiada pengakuan dibuat tertuduh.

Namun Wati, yang mendakwa beliau memegang kad pengenalan merah (berstatus penduduk tetap), mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan tempoh sukar yang dilalui akibat wabak.

“Dia mungkin memerlukan wang kerana keluarganya menderita ketiadaan makanan,” katanya kepada FMT.

“Saya dan keluarga juga sedang melalui tempoh yang sukar tetapi kami berusaha untuk bertahan dengan apa yang ada.”

Wanita berusia 40 tahun itu tinggal bersama suaminya, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, dan tujuh anak mereka di sebuah rumah usang di koloni setinggan pesisir di Likas dekat sini.

Pasangan berkenaan kehilangan pekerjaan akibat Covid-19, memutuskan satu-satunya sumber pendapatan yang mereka ada untuk menanggung anak-anak.

Wati bekerja sebagai tukang cuci, manakala suaminya adalah seorang nelayan yang bekerja dengan pukat tunda besar di bandar, selain membuat kerja-kerja rencam.

“Sekarang dia hanya dapat tangkap ikan di tepi pantai berhampiran rumah kami. Tidak banyak yang dapat ditangkapnya, tetapi kami syukuri apa sahaja yang dapat menampung (kehidupan) kami,” katanya.

“Kehidupan kami bukan mudah sebelum ini, tetapi sekurang-kurangnya kami ada lebihan RM200 sebulan untuk disimpan ketika kami masih bekerja. Namun kini, simpanan kami hanya tinggal RM20 … memang sukar.”

Walaupun memegang kad pengenalan merah, Wati berkata, keluarganya tidak layak mendapat bantuan kerajaan, termasuk bakul makanan.

“Suami saya mempunyai beberapa bentuk dokumen tetapi ia tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau sebelum ini memiliki sijil pendaftaran kelahiran lewat tetapi ia musnah dalam kebakaran, katanya, dan belum sempat memohon yang baharu.

Ketujuh-tujuh anaknya, berusia antara enam dan 23 tahun, mempunyai sijil pendaftaran kelahiran lewat atau pas IMM13 yang dikeluarkan kepada pelarian yang melarikan diri dari selatan Filipina akibat kekacauan politik pada 1970-an.

Katanya, keluarganya bagaimanapun berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan makanan kepada komuniti terpinggir seperti komunitinya, namun mereka sedar hanya itu yang dapat mereka bantu.

Beliau juga bersyukur anak perempuan sulungnya, yang sudah berkahwin, kadang-kadang membantu dengan makanan dan wang.

Bagaimanapun, ada waktunya, beliau terpaksa menahan malu dan meminta barangan makanan daripada jiran-jiran.

“Nasib baik jiran-jiran kami baik-baik belaka. Saya ‘pinjam’ barangan seperti beras dan keperluan lain, dan mereka beritahu kami boleh ‘pulangkan’ bila sudah mampu,” katanya.

“Namun saya tahu tak boleh begini terlalu lama kerana orang lain juga menghadapi kesulitan.” – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/wang-tinggal-rm20-keluarga-pendatang-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengusaha Ladang Majikan Jangan Beri Ruang Kepada Pendatang Haram Polis Sabah

Pengusaha Ladang Majikan Jangan Beri Ruang Kepada Pendatang Haram Polis Sabah

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 253 hits
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali KOTA KINABALU 25 Ogos Semua pengusaha ladang dan majikan di Sabah diingatkan supaya tidak memberi ruang kepada pendatang haram untuk bekerja atau menghulurkan bantuan bagi mengelakkan sebarang ke...
6 Ide Menu Makan Malam Sehat Untuk Keluarga

6 Ide Menu Makan Malam Sehat Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 847 hits
Menerapkan pola makan yang sehat sangatlah penting Mengonsumsi menu yang sehat akan membantu memenuhi kebutuhan nutrisi bagi tubuh Oleh sebab itu pastikan Anda menyediakan menu makan harian yang sehat bagi keluarga Berikut ini akan dibahas ...
Pkpd Di 9 Lokaliti Di Sabah Mulai 9 Ogos

Pkpd Di 9 Lokaliti Di Sabah Mulai 9 Ogos

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 320 hits
PKPD akan dilaksanakan di 9 lokaliti di Sabah PETALING JAYA Perintah kawalan pergerakan diperketatkan akan dilaksanakan di 9 lokaliti di Sabah mulai 9 hingga 22 Ogos ini Menteri Kanan Hishammuddin Hussein berkata ia membabitkan 9 lokaliti d...
Qhazanah Sabah Bakal Beli 250 000 Dos Vaksin Daripada Pharmaniaga

Qhazanah Sabah Bakal Beli 250 000 Dos Vaksin Daripada Pharmaniaga

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 322 hits
Pengarah Eksekutif WH Medicare Rudy Jalgul dan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad Zulkarnain Md Eusope bertukar tukar dokumen selepas menandatangani perjanjian pebelian vaksin Turut hadir Masidi Manjun dan Salleh Said Keruak KOTA K...
Harga Roadtax Jpj 2021 Semakan Cukai Jalan Semenanjung Sabah Sarawak

Harga Roadtax Jpj 2021 Semakan Cukai Jalan Semenanjung Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 1286 hits
HARGA ROADTAX JPJ 2021 SEMAKAN CUKAI JALAN SEMENANJUNG SABAH SARAWAK Setelah memperbaharui insurans kenderaan sudah tentu anda ingin mengetahui kadar cukai jalan yang perlu di bayar Disini kami kongsikan harga Roadtax 2021 untuk rujukan and...
Sabah Tangguh Sst Produk Makanan Laut

Sabah Tangguh Sst Produk Makanan Laut

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 418 hits
Kerajaan Negeri tangguh SST produk makanan laut KOTA KINABALU Kerajaan Sabah akan menangguhkan pelaksanaan Cukai Jualan Negeri sehingga keadaan ekonomi bertambah baik Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kerajaan ju...
Detainee Sparks New Sabah Cluster 50 Infected

Detainee Sparks New Sabah Cluster 50 Infected

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 277 hits
The Lebuh Empat cluster in the Sandakan district was triggered by a 63 year old man KOTA KINABALU A detainee was behind a new Covid 19 cluster in Sabah s east coast Sandakan district that has infected at least 50 people including four polic...
Sebanyak 14 Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan Pkpd Bermula Isnin Hingga 23 Ogos

Sebanyak 14 Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan Pkpd Bermula Isnin Hingga 23 Ogos

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 14 lokaliti iaitu sembilan di Sabah dan empat di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan selama dua minggu bermula Isnin ini Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ketetapa...
Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 247 hits
gemilangdaily comUmno Sabah kekal kerjasama dengan kerajaan dipimpin Bersatu UMNO Sabah menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Dalam satu ke...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam

Senarai Agensi Utc Pasir Gudang Waktu Operasi Nombor Telefon

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka