Pengusaha Ladang Majikan Jangan Beri Ruang Kepada Pendatang Haram Polis Sabah


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali


KOTA KINABALU 25 Ogos : Semua pengusaha ladang dan majikan di Sabah diingatkan supaya tidak memberi ruang kepada pendatang haram untuk bekerja atau menghulurkan bantuan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini di kawasan mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pemilik ladang atau majikan perlu menyelidik latar belakang individu yang ingin diambil bekerja khususnya warga asing termasuk membuat pengesahan dan menyemak dokumentasi mereka.

“Kalau tiada dokumentasi, ikut peraturan… kebanyakan datang ini menipu nama mereka. Saya menggesa supaya pengusaha ladang, pemaju dan sebagainya sila buat dokumentasi pekerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tabika Kemas Al-Ghazali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata polis akan melaksanakan operasi besar-besaran terhadap pendatang haram termasuk di ladang-ladang di seluruh Sabah sebaik sahaja jangkitan COVID-19 dilandaikan kelak.

Hazani turut menafikan dakwaan kononnya Sandakan menjadi ‘sarang’ bagi sel Abu Sayyaf susulan insiden dua anggota kumpulan itu ditembak mati di sebuah ladang sawit di daerah tersebut manakala tujuh lagi ditahan dalam operasi khas minggu lepas.

Beliau berkata kawasan pantai timur Sabah yang memiliki kawasan pantai sepanjang 1,470 kilometer sememangnya menjadi tumpuan pendatang haram untuk menceroboh masuk.

Katanya bagaimanapun, penguatkuasaan tegas yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa akan memastikan keselamatan sentiasa dijaga.

Hazani berkata pasukan keselamatan di negara ini akan mengambil tindakan agresif apabila mendapat maklumat daripada pihak keselamatan Filipina bahawa ada anggota kumpulan Abu Sayyaf cuba menceroboh masuk ke Sabah.

“Mesej kita sudah sampai ke seberang (Filipina) yang kita akan ambil tindakan agresif. Sekiranya mereka yang masuk disahkan (anggota) kumpulan Abu Sayyaf, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” kata beliau.

Pada 20 Ogos lepas, pasukan keselamatan negara menembak mati dua anggota kumpulan Abu Sayyaf di sebuah ladang sawit di Pulau Timbang, Sandakan yang didapati merancang menculik pemilik ladang di kawasan itu. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/pengusaha-ladang-majikan-jangan-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Mungkin Ada Militan Dalam Kalangan Anda Amaran Polis Sabah Kepada Majikan

Hati Hati Mungkin Ada Militan Dalam Kalangan Anda Amaran Polis Sabah Kepada Majikan

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 345 hits
Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali memberi taklimat kepada media mengenai kejadian tembak melibatkan militan Abu Sayyaf di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu Foto BERNAMA KOTA KINABALU Polis Sabah memberi amaran supaya majikan ya...
Hiburan Jangan Lembukan Orang Pu Syed Mohon Polis Ziarah Suhaimi Saad

Hiburan Jangan Lembukan Orang Pu Syed Mohon Polis Ziarah Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 300 hits
Pendakwah bebas terkenal Pencetus Ummah Syed mohon kepada pihak berkuasa untuk menziarahi bekas penyanyi nasyid iaitu Suhaimi Saad yang menggelar individu menerima vaksin sebagai lembu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenerusi laman Instagram...
Jangan Berhimpun Esok Kami Ada Perintah Mahkamah Polis Beri Amaran

Jangan Berhimpun Esok Kami Ada Perintah Mahkamah Polis Beri Amaran

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 285 hits
Polis berkata perintah mahkamah melarang sebarang perarakan dari Kompleks Sogo ke Masjid Jamek serta berhimpun di Dataran Merdeka PETALING JAYA Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun atau menganjurkan sebarang perhim...
Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 309 hits
Semua KPD Di Sabah Diarah Siapsiaga pantau PPV Di Kawasan Masing Masing KOTA KINABALU Setiap Ketua Polis Daerah di Sabah diarahkan memantau pusat pemberian vaksin bagi mengelak berlaku kesesakan seperti sebelum ini Ketua Jabatan Pencegahan ...
Wang Tinggal Rm20 Keluarga Pendatang Di Sabah Kais Pagi Makan Pagi

Wang Tinggal Rm20 Keluarga Pendatang Di Sabah Kais Pagi Makan Pagi

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 376 hits
Gambar Hiasan KOTA KINABALU Laporan baru baru ini mengenai seorang lelaki tanpa dokumen yang didakwa mencuri di sebuah restoran makanan segera di sini menyebabkan Wati Sapilin berasa bimbang Sentimen terhadap pendatang tanpa dokumen sudah k...
Hati Hati Dengan Pengganas Di Kalangan Pekerja Anda Polis Sabah

Hati Hati Dengan Pengganas Di Kalangan Pekerja Anda Polis Sabah

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 453 hits
Pesuruhjaya Polis Sabah Dato Hazani Ghazali KOTA KINABALU Pesuruhjaya Polis Sabah Dato Hazani Ghazali menggesa para majikan untuk berhati hati terhadap kemungkinan pengganas di kalangan pekerja sendiri terutama yang tidak berdokumen Hazani ...
Polis Sabah Tembak Mati 2 Anggota Abu Sayyaf

Polis Sabah Tembak Mati 2 Anggota Abu Sayyaf

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 351 hits
Salah satu rumah setinggan yang dihuni oleh lima anggota Abu Sayyaf terbunuh dalam operasi khas di Beaufort Sabah pada bulan Mei KOTA KINABALU Pasukan keselamatan menembak mati dua lelaki disyaki ahli kumpulan pengganas Abu Abu Sayyaf dalam...
Kabinet 6 Wakil Sabah Pengiktirafan Kepada Rakyat

Kabinet 6 Wakil Sabah Pengiktirafan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 555 hits
Oleh SURAIDAH ROSLAN BUNG MOKTAR RADINKOTA KINABALU Pelantikan dua menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sabah merupakan satu pengiktirafan kepada rakyat di negeri ini Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin be...
Sabah Govt To Blame For Covid 19 Surge Says Ex State Health Minister

Sabah Govt To Blame For Covid 19 Surge Says Ex State Health Minister

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 551 hits
A walk in Covid 19 vaccination centre packed with people at Sandakan Sabah KOTA KINABALU Former Sabah health minister Frankie Poon has taken the state government to task for the soaring number of Covid 19 cases during the past month which h...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Kuantan Pekan Rompin To See Very Heavy Rain Until Tomorrow

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Perak Man Menyingkap Kehidupan Dan Minda Manusia Prasejarah

Putusnya Doa Seorang Mak

Santan Pekat Rahsia Hebat Yang Membezakan Santan Kelapa Kerisik Dalam Dapur Melayu

Denny Caknan Tunggal Eka Gampang Chord

Doa 18 Disember 2025