Wan Rosdy Umum Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang


 



KUANTAN - Menteri Besar,  Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengumumkan portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang.
Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang akan memegang portfolio Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga dan Air.
Selain itu, Wan Rosdy turut memegang portfolio Pembangunan Ekonomi, Perladangan dan Komoditi.
ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan.
Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga ADUN Kerdau memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam,Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.


ADUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff memegang portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.
Razali Kassim yang juga ADUN Muadzam Shah memenang portfolio FELDA, Koperasi dan Usahawan manakala ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
ADUN Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi dan ADUN Guai, Datuk Sabariah Saidan memegang portfolio Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga.
ADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal pula memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan.
Sim Chon Siang yang juga ADUN Teruntum memegang portfolio Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia manakala ADUN Triang, Leong Yu Man memegang portfolio Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan.
Sementara itu, Wan Rosdy pada sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini mengharapkan 10 EXCO mengetepikan sentimen politik dan perbezaan ideologi masing-masing.
Justeru, katanya, kerjasama dapat dilakukan sebagai satu pasukan yang mantap bagi memastikan segala agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang.
"Laksanakanlah setiap tugas yang diberikan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah agar hasrat untuk menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri maju akan tercapai.
"Selain itu, saya mengharapkan rakyat Pahang juga dapat memberi kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini demi kestabilan dan kemakmuran negeri," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) memperoleh 17 kerusi daripada 42 kerusi DUN Pahang dan Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.
Berikutan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri mendorong gabungan BN dan PH.
Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan parti perlu mempunyai 22 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/12/wan-rosdy-umum-portfolio-ahli-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Kurangkan 60 Peratus Tambang Feri Pulau Tioman

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Kurangkan 60 Peratus Tambang Feri Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 143 hits
ROMPIN Kerajaan Pahang mengurangkan 60 peratus tambang feri ke Pulau Tioman berbanding kadar semasa RM50 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia diputuskan selepas mendengar rungutan penduduk Pulau Tioman termasuk harga tam...
Lapan Adun Bn Dua Adun Ph Di Lantik Jadi Ahli Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan

Lapan Adun Bn Dua Adun Ph Di Lantik Jadi Ahli Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 244 hits
PEKAN Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang masing masing membabitkan lapan ADUN Barisan Nasional dan dua daripada Pakatan Harapan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri hari ini Istiadat Pengurniaan Surat Cara ...
Saifuddin Perlu Cermin Diri Wan Rosdy Buat Tindakan Betul Bersama Ph Demi Kestabilan Serta Kemakmuran Pahang

Saifuddin Perlu Cermin Diri Wan Rosdy Buat Tindakan Betul Bersama Ph Demi Kestabilan Serta Kemakmuran Pahang

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 166 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat yang juga Blogger Kontroversi Mohd Shukri Mohd Ramli memuji tindakan Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengambil langkah bijak menubuhkan kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan biar pun sebe...
Ahli Parlimen Temerloh Kesal Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

Ahli Parlimen Temerloh Kesal Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 182 hits
TEMERLOH Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor kesal atas tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah mengarahkan pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh bagi tujuan Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh kurang daripada tempoh 24 jam...
Isu Dewan Pas Pahang Kesal Perangai Lama Kerajaan Negeri Tidak Berubah

Isu Dewan Pas Pahang Kesal Perangai Lama Kerajaan Negeri Tidak Berubah

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 167 hits
TEMERLOH PAS Pahang membidas sikap kerajaan negeri pimpinan UMNO DAP yang dilihat tidak mengubah perangai lama dengan melarang fasiliti kerajaan daripada digunakan Perikatan Nasional Ketua Pembangkang DUN Pahang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan...
Ph Sedia Kerjasama Tidak Letak Syarat Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang

Ph Sedia Kerjasama Tidak Letak Syarat Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 238 hits
ROMPIN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan BN memilih Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri kerana blok politik itu sedia bekerjasama tanpa meletakkan sebarang syarat supaya kerajaan negeri ditub...
Ishhhh Tak Apa Lah Sediakan Air Sewajarnya Masih Kekalkan Kerajaan Negeri

Ishhhh Tak Apa Lah Sediakan Air Sewajarnya Masih Kekalkan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 193 hits
Sediakan air bersih ramai akan bayar bil Kelantan diberitahu December 2 2022 Rakyat Kelantan dilaporkan gagal membayar bil berjumlah lebih RM28 5 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd PETALING JAYA Air paip yang keruh dan bekalan tidak teratur m...
Majlis Tindakan Pengguna Negara Negeri Selangor Anjurkan Anugerah Pilihan Pengguna 2022 2023

Majlis Tindakan Pengguna Negara Negeri Selangor Anjurkan Anugerah Pilihan Pengguna 2022 2023

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 325 hits
Assalamualaikum kepada semua Majlis Tindakan Pengguna Negara Negeri Selangor telah mengadakan acara Consumer Choice Award Anugerah Pilihan Pengguna 2022 2023 bertempat di Bangi Avanue Convention Center pada 30 November 2022 yang diadakan ba...
Mb Perlis Ketua Kerajaan Negeri Pertama Bertemu Pm Anwar

Mb Perlis Ketua Kerajaan Negeri Pertama Bertemu Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 222 hits
Menteri Besar Perlis merupakan Ketua Kerajaan Negeri pertama bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim MB Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini berkunjung di pejabat Menteri Kewangan di Putrajaya Bertemu Menteri Besar Perlis Mohd Shukri ...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Selesai Interview

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Pereka Fesyen Terkenal Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang Pru 16

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan