Wan Rosdy Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini


 


ROMPIN  -- Taman Negeri Rompin di sini yang merupakan antara hutan hujan tropika tertua di dunia 'kembali' menerima pelancong pada 1 Okt ini selepas ditutup sejak empat tahun lalu bagi tujuan menaik taraf, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata Taman Negeri Rompin yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Negeri Endau Rompin, diwujudkan pada 7 Dis 2000 dan dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun serta mempunyai hutan yang dikelaskan sebagai hutan tropika tanah pamah malar hijau.
"Taman negeri ini bukan hanya terkenal sebagai destinasi ekopelancongan dalam kalangan rakyat tempatan, malah turut popular dalam kalangan pelancong asing kerana ciri hutannya yang menarik dari segi flora dan fauna, geologi dan sejarah.
"Ia juga mempunyai keindahan semula jadi yang unik dan hutan asli yang sukar ditemui di kawasan lain, selain turut mempunyai Air Terjun Seri Mahkota yang mampu menarik kehadiran pengunjung ke sini," katanya semasa berucap pada Majlis Pembukaan Semula Taman Negeri Rompin di sini, hari ini.
Wan Rosdy  berkata bagi memelihara kelestarian taman negeri itu, Jabatan Perhutanan Pahang dan operator dilantik, Endau Rompin Park Resort Sdn Bhd bersetuju untuk melaksanakan polisi 'Tiada Beg Plastik' di taman tersebut. 
Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju menetapkan fi masuk antara RM10 dan RM30 kepada pelancong tempatan bergantung kepada kategori, manakala warga asing dikenakan bayaran sekitar RM30 ke RM50, dengan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi kedua-dua kategori dibenarkan masuk percuma.
Wan Rosdy juga menjelaskan bahawa nama baharu Taman Negeri Rompin diluluskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang bagi mengelakkan kekeliruan dengan Taman Negara Endau-Rompin di Johor.
"Pembukaan semula Taman Negeri Rompin diharapkan dapat meningkatkan aktiviti ekopelancongan di sini, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk setempat, seperti sektor inap desa, makanan tradisional, penghasilan kraftangan dan pemandu pelancong.
"Kita perlu memanfaatkan peluang yang rakyat Malaysia kini memilih destinasi dalam negara untuk bercuti ekoran pandemik wabak COVID-19 dengan pihak terlibat digesa menggiatkan aktiviti promosi Taman Negeri Rompin termasuk menerusi pemasaran online," katanya.
Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan kemudahan komunikasi di taman negeri itu, selain turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf jalan masuk ke situ.
Beliau juga memaklumkan penutupan taman negeri yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Rompin sebelum ini adalah bagi kerja menaik taraf dan pembinaan infrastruktur yang menelan belanja sebanyak RM15 juta, seperti jambatan gantung, menara tinjau, dewan serba guna dan bilik makmal penyelidikan.
Projek itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bermula pada 25 Ogos 2016 dengan operator dilantik dijangka melabur sebanyak RM25 juta dalam tempoh 30 tahun untuk meningkatkan fasiliti di situ termasuk pembinaan log cabin chalet dan chalet atas pokok. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/wan-rosdy-taman-negeri-rompin-kembali.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waris Pesara Kerajaan Meninggal Selepas 15 Oktober 2010 Layak Terima Rm3 000

Waris Pesara Kerajaan Meninggal Selepas 15 Oktober 2010 Layak Terima Rm3 000

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 272 hits
M Update 18 9 2020 Waris pesara kerajaan yang meninggal dunia pada atau selepas 15 Oktober 2010 berhak menerima bantuan pengurusan jenazah berjumlah RM3 000 Menurut kenyataan pada portal Jabatan Perkhidmatan Awam ia mencakupi golongan pesar...
Wan Rosdy Pahang Peruntukkan Rm18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub

Wan Rosdy Pahang Peruntukkan Rm18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 1461 hits
KUANTAN Tender terbuka bagi kerja kerja mengatasi kekeruhan tinggi membabitkan tiga Loji Rawatan Air di Raub dijangka dipanggil pada akhir bulan ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata dokumen tender bagi kerja kerj...
Terkini Menteri Jawab Adakah Rentas Negeri Akan Kembali Dibuat Sebab Kluster Banyak Muncul

Terkini Menteri Jawab Adakah Rentas Negeri Akan Kembali Dibuat Sebab Kluster Banyak Muncul

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 291 hits
Ditanya pada sidang media hari ini adakah kerajaan akan kembali kuatkuasa rentas negeri demi mengekang pengularan kes ismail sabri beritahu kerajaan tidak akan buat PKP seperti dahulu Rujuk Sidang Media Minit 13 Akhir akhir ini dan beberapa...
Amd Akan Tiba Dengan Dua Acara Untuk Mengumumkan Ketibaan Zen 3 Dan Rdna 2 Pada Bulan Oktober

Amd Akan Tiba Dengan Dua Acara Untuk Mengumumkan Ketibaan Zen 3 Dan Rdna 2 Pada Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 202 hits
NVIDIA dan Intel baru sahaja memperkenalkan siri produk mereka yang terbaru termasuklah siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 dan siri CPU Intel Core generasi ke 11 Tiger Lake AMD baru baru ini telah mengesahkan bahawa mereka akan mengada...
Dua Wahana Favorit Pengunjung Taman Mini Indonesia Indah

Dua Wahana Favorit Pengunjung Taman Mini Indonesia Indah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 332 hits
Taman Mini Indonesia Indah merupakan salah satu desnitasi wisata yang murah meriah yang ada di kawasan Jakarta Taman hiburan ini sudah ada sejak lama kurang lebih sekitar 1 abad lamanya Namanya pun sudah sangat terkenal di seluruh penjuru I...
Bekas Atlet Selangor Terima Bantuan Kerajaan Negeri

Bekas Atlet Selangor Terima Bantuan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 299 hits
SHAH ALAM 3 SEPT Seramai 50 bekas atlet Selangor termasuk atlet para menjadi kumpulan pertama menerima bantuan Kerajaan Negeri berjumlah hampir RM200 000 EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata melalui Program Ceria Atlet Selangor 2020 it...
Rezeki Selepas Tersingkir Awal Di Big Stage Hanie Soraya Terima Tawaran Doktor

Rezeki Selepas Tersingkir Awal Di Big Stage Hanie Soraya Terima Tawaran Doktor

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 503 hits
Rasa sedih pasti ada apabila tersingkir awal Tipulah kalau tiada perasaan itu Tapi saya kena sentiasa kuat semangat Sebagai orang Islam saya percaya rezeki mungkin bukan di situ tetapi pasti sudah ada ditempat lain source
Bolehkah Umno Dan Pas Terima Azmin Atau Syok Sendiri

Bolehkah Umno Dan Pas Terima Azmin Atau Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 344 hits
Pengkhianat ini bercakap depan para penyokongnya di Kedah bahawa beliau lebih selesa berada dengan Pas dan Umno berbanding bersama Anwar Kenyataannya itu dibuat bagi menghalalkan tindakannya khianat kepada Keadilan PH dan kepada rakyat khus...
Mohon Maaf 1 6 Juta Nomor Rekening Ditolak Terima Bantuan Rp 600 Ribu

Mohon Maaf 1 6 Juta Nomor Rekening Ditolak Terima Bantuan Rp 600 Ribu

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 295 hits
BPJS Ketenagakerjaan mengungkapkan ada 1 6 juta nomor rekening yang ditolak mendapat bantuan Rp 600 ribu bulan berupa subsidi gaji upah Sebab setelah dicek pemilik nomor rekening tersebut tidak memenuhi kriteria sebagai calon penerima bantu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin