Wan Rosdy Sila Daftar Ebanjir Gov My Untuk Sertai Misi Bantuan Kemanusiaan Di Pahang
KUANTAN - Permohonan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan dari luar Pahang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dibuat menerusi sistem ebanjir.gov.my, selain mendapat kebenaran rentas negeri daripada polis.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pusat penerimaan bantuan ditetapkan di Bentong, Rompin dan Kuantan.
Katanya, pengagihan bantuan akan dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) negeri dan daerah.
"Kerajaan negeri membenarkan pergerakan rentas daerah bagi badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan Pahang bagi kerja gotong-royong pasca banjir di daerah yang memerlukan sahaja.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
"Jumlah sukarelawan dibenarkan seramai 10 hingga 15 orang sahaja bagi satu NGO atau agensi.
"Permohonan perlu dibuat melalui ebanjir.gov.my dan kebenaran rentas daerah daripada polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi operasi perniagaan di kompleks beli-belah dan premis perniagaan, beliau berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diwajibkan dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19.
Katanya, pematuhan itu membabitkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal satu meter, penyediaan cecair pensanitasi tangan dan penggunaan aplikasi MySejahtera.
"Peniaga dan pelanggan yang bergejala seperti batuk, demam dan selsema dilarang mengunjungi kompleks beli-belah dan pasar malam.
"Kompleks beli-belah boleh dibuka dan waktu operasi perniagaan dari 10 pagi hingga 10 malam dengan dikehendaki mematuhi syarat yang ditetapkan.
"Mengehadkan laluan dan pintu masuk ke kompleks untuk mengawal jumlah pengunjung yang terlalu ramai hingga menyebabkan kesesakan dan sukar dikawal," katanya.
Wan Rosdy berkata, penggunaan lif dihadkan mengikut keluasan dan mesti dibuat penandaan jarak satu meter antara pengguna.
Katanya, pelanggan tidak dibenarkan mencuba sebarang pakaian dan kasut melainkan dengan penggunaan plastik dan stokin pakai buang.
"Pelanggan juga tidak dibenarkan membuat penukaran/pemulangan semula pakaian yang dibeli," katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki kompleks beli-belah, pasar raya, pasar tani, pasar malam, pasar borong, pasar harian dan tempat tumpuan yang sesak.
"Diharapkan segala ketetapan oleh kerajaan negeri ini dapat dipatuhi, demi usaha kita bersama-sama dalam menangani dan mengatasi pandemik COVID-19 ini," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/wan-rosdy-sila-daftar-ebanjirgovmy.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)