Wan Rosdy Semua Pihak Perlulah Menolak Sekeras Kerasnya Permainan Persepsi Fitnah Dan Tohmahan




KUANTAN: Semua pihak perlu menolak sekeras-kerasnya permainan persepsi, fitnah, dan tohmahan yang sengaja ditiupkan untuk memecahbelahkan rakyat.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu bukan sahaja menghakis kepercayaan, malah akan menyebabkan rakyat tidak bersatu, menimbulkan permusuhan, dan menggugat kestabilan negeri serta negara.
Menurutnya, sebagai contoh, permainan persepsi yang ditimbulkan baru-baru ini kononnya pentadbiran negeri ini perlu dikembalikan kepada orang Melayu dan Islam.
“Permainan persepsi ini cukup bahaya kerana ia bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, tetapi juga meniup sentimen agama dan perkauman yang akan menjurus kepada perpecahan perpaduan rakyat yang kita telah pertahankan sejak sekian lama.
“Oleh itu, elakkanlah perpecahan yang hanya akan merugikan rakyat dan jangan biarkan perbezaan pandangan memutuskan silaturahim, apatah lagi mencetuskan permusuhan,” katanya.
Wan Rosdy berkata demikian pada sesi penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.
Sebelum itu, Wan Rosdy berkata, bulan Ogos adalah bulan yang penuh makna apabila seluruh rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan dengan Jalur Gemilang berkibar megah di setiap penjuru.
Ujarnya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ adalah satu seruan yang mengingatkan semua pihak bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada kemajuan ekonominya, tetapi juga pada kasih sayang, rasa hormat, dan kepedulian terhadap rakyatnya.
“Semangat kebangsaan ini menuntut kita untuk terus mempertahankan keharmonian kaum yang telah kita bina selama ini.
“Hubungan erat antara masyarakat berbilang bangsa dan agama merupakan aset yang tidak ternilai harganya dan ia bukan sekadar simbol kemerdekaan, tetapi lambang keamanan serta kesejahteraan negara,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, belanjawan tambahan berjumlah RM141 juta yang diluluskan persidangan DUN adalah antara yang terendah sejak 2022.
Menurut beliau, peruntukan tersebut meliputi tujuh komponen, termasuk kenaikan gaji penjawat awam dan pembayaran pencen pesara kerajaan.
“Ini perkara wajib yang memang tidak dapat dielakkan dan kerajaan negeri terpaksa atau perlu membuat pembayaran.
“Bajet tambahan ini adalah proses biasa yang setiap negeri ataupun kerajaan pasti buat, kadang-kadang ada perkara di luar jangka seperti pencen dan sebagainya,” katanya.
Wan Rosdy memberitahu, kedudukan kewangan negeri semakin kukuh apabila hutang berjaya dikurangkan daripada RM3.2 bilion pada 2018 kepada RM900 juta pada tahun ini. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/wan-rosdy-semua-pihak-perlulah-menolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Alu Alukan Kehadiran Pembangkang Ke Program Hogoh Jelai Lihat Pembangunan Di Kawasan Itu

Wan Rosdy Alu Alukan Kehadiran Pembangkang Ke Program Hogoh Jelai Lihat Pembangunan Di Kawasan Itu

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 428 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengalu alukan kehadiran pembangkang yang akan menganjurkan program Hogoh Jelai Himpunan 30K Jentera PAS Pahang di Dewan Undangan Negeri Jelai Menurut beliau penganjur dan peserta...
Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli

Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 806 hits
Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli KUALA LUMPUR 21 Ogos Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengalu alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di...
Wan Rosdy Pahang Berpotensi Untuk Muncul Sebagai Negeri Pengeluar Lembu Wagyu Terbesar Di Malaysia

Wan Rosdy Pahang Berpotensi Untuk Muncul Sebagai Negeri Pengeluar Lembu Wagyu Terbesar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 500 hits
RAUB Pahang berpotensi muncul sebagai negeri pengeluar lembu wagyu terbesar di Malaysia selepas projek ternakan baka premium itu di Bukit Kajang Raub menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah ternakan kini mencecah 300 ekor Menteri Bes...
Kerajaan Pahang Meminta Semua Pihak Berkuasa Tempatan Henti Keluar Permit Baharu Jualan Vape

Kerajaan Pahang Meminta Semua Pihak Berkuasa Tempatan Henti Keluar Permit Baharu Jualan Vape

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 410 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang meminta semua pihak berkuasa tempatan agar menggunakan kuasa yang ada untuk menghentikan pengeluaran permit baharu bagi penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan ne...
Kpn Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina

Kpn Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 308 hits
KPN Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina KUALA LUMPUR 6 Ogos Polis Diraja Malaysia menggesa semua pihak menghentikan tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat yang belum disahkan berkaitan kes ke...
Kerajaan Pahang Tawar Ganjaran Kepada Pihak Berjaya Tangkap Ikan Patin Muncung Bagi Tujuan Pembiakan

Kerajaan Pahang Tawar Ganjaran Kepada Pihak Berjaya Tangkap Ikan Patin Muncung Bagi Tujuan Pembiakan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 591 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pahang menawarkan ganjaran kepada mana mana pihak yang berjaya mendapatkan ikan patin muncung hidup bagi tujuan pembiakan semula Exco Pertanian Industri Asas Tani Bioteknologi dan Pen...
Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 1055 hits
Penulis Prof Madya Dr Normaliza Ab Malik Prof Madya Dr Nor Ba yah Abdul Kadir Pensyarah Pergigian dan Pakar Klinikal Pergigian USIM Pensyarah Psikologi Kesihatan dan Kesihatan Mental UKM Pembangunan pantas digital kini telah mencorak pola g...
Hanya Orang Sabah Yang Boleh Pimpin Sabah Bukan Orang Luar Johari Ghani

Gila Mangsa Kemalangan Dibiar Meninggal Dunia Penduduk Sibuk Kebas Diesel

Cara Jadi Kaya Dengan Makan Gaji Alwi Adam Ceo Ezaz Wealth Management

Dari Tak Dikenali Hingga Jadi Fenomena Di Thailand Ini Kisah Pasukan Bola Monthongwitaya

Pistols Of Legacy A Farewell Gift From Napoleon To His Son

Drama Bf Green Flag

Hiburan Nubhan Seorang Abah Yang Baik Dr Afifah Tawfek

Ronda Ronda Ferringhi Bay


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block

Serahan Dewan Sri Saujana

Santai Perpisahan Tremendous

My Comfort Food

Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

Brain Fuel On The Go Why Natural Nootropic Pouches Are The Future Of Energy