Kerajaan Pahang Meminta Semua Pihak Berkuasa Tempatan Henti Keluar Permit Baharu Jualan Vape




KUANTAN: Kerajaan Pahang meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menggunakan kuasa yang ada untuk menghentikan pengeluaran permit baharu bagi penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir Razali Kassim berkata, langkah itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 14 Mei lalu yang telah meluluskan larangan penjualan produk berkenaan.
Menurut beliau, tindakan tersebut penting bagi menyokong penguatkuasaan larangan yang telah diputuskan.
“PBT perlu henti keluarkan permit baharu untuk penjualan vape dan kita harap mereka benar-benar menggunakan kuasa sedia ada bagi memastikan perkara ini dipatuhi.
“Buat masa ini, kita beri tempoh sehingga Disember untuk peniaga menghabiskan stok...selepas itu, tindakan penguatkuasaan akan dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas peluncuran Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) peringkat negeri Pahang di Jabatan Kesihatan Negeri di sini pada Khamis.
Pada 11 Jun lalu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad memaklumkan kerajaan Pahang bersetuju mengharamkan penjualan vape selepas mengambil kira fatwa yang diwartakan pada 2016.
Dalam pada itu, Razali memaklumkan sebanyak 551 operasi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah dilaksanakan di seluruh negeri.
Jelasnya, sepanjang tempoh 1 Oktober 2024 hingga 31 Julai tahun ini, sebanyak 10,161 premis telah diperiksa.
“Hasil daripada operasi tersebut, 7,390 notis kesalahan telah dikeluarkan, kebanyakannya melibatkan kesalahan berkaitan amalan merokok.
“Sebanyak 35 kertas siasatan turut dibuka membabitkan kesalahan seperti pengiklanan tidak sah, penjualan dalam talian, penjualan vape berbentuk mainan serta penjualan produk merokok di bawah harga minimum,” katanya.
Mengulas mengenai Ops Selamat PaPa, Razali berkata, seramai 418 penguatkuasa dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan kerjasama pelbagai agensi akan menjalankan operasi bersepadu itu.
Katanya, terdapat 28 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan di seluruh Pahang dan operasi akan dijalankan setiap hari sehingga 31 Oktober ini.
“Kita tidak boleh maklumkan lokasi kerana ini operasi penguatkuasaan.
"Kalau diberitahu, mereka akan bersedia. Ini akan menyukarkan tindakan,” ujarnya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/kerajaan-pahang-meminta-semua-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Tawar Ganjaran Kepada Pihak Berjaya Tangkap Ikan Patin Muncung Bagi Tujuan Pembiakan

Kerajaan Pahang Tawar Ganjaran Kepada Pihak Berjaya Tangkap Ikan Patin Muncung Bagi Tujuan Pembiakan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 581 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pahang menawarkan ganjaran kepada mana mana pihak yang berjaya mendapatkan ikan patin muncung hidup bagi tujuan pembiakan semula Exco Pertanian Industri Asas Tani Bioteknologi dan Pen...
Gpms Pahang Gesa Semua Pihak Berhenti Mainkan Sentimen Sama Rata Dalam Pendidikan Bumiputera

Gpms Pahang Gesa Semua Pihak Berhenti Mainkan Sentimen Sama Rata Dalam Pendidikan Bumiputera

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Pahang menyeru pihak pihak berkaitan agar berhenti memainkan sentimen penyamarataan dalam isu pendidikan bumiputera Timbalan pengerusinya Muhammad Fikri Anuar menegaskan isu pendidikan bumiputera ...
Pemilik Tanah Aina Mohon Maaf Kepada Kerajaan Pahang

Pemilik Tanah Aina Mohon Maaf Kepada Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 362 hits
Shariffa Sabrina tampil membuat permohonan maaf terbuka terhadap kerajaan Pahang menerusi sebuah video pada Selasa KUANTAN Pemilik dan pengasas Tanah Aina di Pahang Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri tampil membuat permohonan maaf s...
Masa Ko Jadi Kerajaan Ko Soh Rakyat Keluar Kwsp

Masa Ko Jadi Kerajaan Ko Soh Rakyat Keluar Kwsp

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 260 hits
Ada dua benda saya nak komen 1 Hamzah bising kononnya apa erti KDNK berkembang kalau 61 rakyat tak ada cukup simpanan Ko cakap bab simpanan tapi masa ko merintah ko dgn bangga bagi rakyat keluarkan habis duit simpanan KWSP 2 Hamzah kata ken...
Pahang Muncul Sebagai Penyumbang Kedua Terbesar Nilai Jualan Pertanian Cecah Rm25 12 Bilion Pada 2023

Pahang Muncul Sebagai Penyumbang Kedua Terbesar Nilai Jualan Pertanian Cecah Rm25 12 Bilion Pada 2023

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 312 hits
KUANTAN Pahang muncul sebagai penyumbang kedua terbesar nilai jualan pertanian di negara ini dengan jumlah keseluruhan mencecah RM25 12 bilion pada 2023 Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daripada jumlah tersebut subs...
Mb Dakwa Alukan Kehadiran Penyokong Pas Ke Hogoh Jelai Kerajaan Pahang Sebenarnya Kian Tergugat

Mb Dakwa Alukan Kehadiran Penyokong Pas Ke Hogoh Jelai Kerajaan Pahang Sebenarnya Kian Tergugat

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 544 hits
KUANTAN Kenyataan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengalu alukan penyokong PAS meneruskan Siri Jelajah Perikatan Nasional ke Jelai didakwa hanya menyembunyikan kebimbangan Kerajaan Negeri Pahang Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ib...
Asyraf Wajdi Pas Pahang Hidup Dalam Dunia Mimpi Jika Kata Kerajaan Negeri Tak Fokus Urusan Pentadbiran

Asyraf Wajdi Pas Pahang Hidup Dalam Dunia Mimpi Jika Kata Kerajaan Negeri Tak Fokus Urusan Pentadbiran

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 422 hits
KUANTAN UMNO menempelak dakwaan pembangkang khususnya PAS Pahang yang menuduh kerajaan negeri tidak fokus dalam urusan pentadbiran negeri ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi pentadbiran kerajaan negeri di...
Laksana Program Air Percuma Bukti Jelas Kerajaan Pahang Kini Semakin Stabil Di Tangan Orang Yang Betul

Laksana Program Air Percuma Bukti Jelas Kerajaan Pahang Kini Semakin Stabil Di Tangan Orang Yang Betul

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 452 hits
KUANTAN Pelaksanaan Program Air Percuma Pahang 1st oleh Kerajaan Negeri Pahang merupakan manifestasi jelas bahawa kestabilan pentadbiran negeri bukan sahaja berjaya dikekalkan malah diterjemahkan dalam bentuk manfaat terus kepada rakyat Ket...
Kerajaan Pahang Yakin Mampu Mengulangi Pencapaian Kutipan Hasil Melebihi Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

Kerajaan Pahang Yakin Mampu Mengulangi Pencapaian Kutipan Hasil Melebihi Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang yakin mampu mengulangi pencapaian kutipan hasil melebihi RM1 bilion tahun ini sekali gus merekodkan kejayaan tersebut untuk tiga tahun berturut turut sejak 2022 Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail be...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Pengambilan Tingkatan 4 Pondok Moden Al Abaqirah Maiwp 2026

Glimmer Of Hope From Fifa President At 47th Asean Summit Faded As Fifa Upholds Fam S Suspension Fines


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai

Allison Williams Legs And Feet In Tights 7

Menjadi Ibu Bapa Bijak Memahami Tanggungjawab Dan Strategi Pemantauan Anak

Pmx Umum Kenaikan Kuota Petrol Budi95 Kepada 80 Liter Untuk Pemandu E Hailing

Fam Terjerat Tanggung Aib Tempahan Sendiri

Pasangan Warga Emas Disyaki Berkhalwat Dicekup Kali Kedua