Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara


malaysiakini.com
B Nantha Kumar & Siti Nur Shahirah Omar
Diterbitkan: Mar 28, 2024 10:00 AM
Sebelum ini, segelintir pihak menimbulkan spekulasi bahawa bekas perdana menteri Najib Razak sebenarnya tidak pun menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Ini kerana, menurut mereka, tiada gambar yang dapat membuktikan perkara itu selain layanan istimewa yang mungkin dinikmatinya selaku bekas pemimpin utama negara.

Namun, penceramah Wan Ji Wan Hussin yang baru saja menghabiskan hukuman penjaranya di sana menyatakan Najib sememangnya di penjara itu, dan malah mendakwa dia menerima layanan "sangat istimewa".

Dalam wawancara bersama Malaysiakini susulan pembebasannya, Wan Ji berkata dia pernah melihat kelibat Najib ketika menjalani hukumannya.

"Kalau ada orang kata Najib tiada dalam penjara, itu tidak betul. Memang dia di Penjara Kajang, hari-hari dia ada di situ. Kecuali kalau dia ada urusan luar seperti perbicaraan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, Wan Ji mendakwa Najib menerima layanan sangat istimewa, berbeza dengan banduan-banduan lain.
"Saya biasa nampak dia tak pakai baju banduan macam kita yang lain. Dia pakai biasa sahaja, macam duduk di rumah.

"Bukan pakai sut, tak adalah. Maksudnya dia pakai macam duduk di rumah, saya di situ pakai baju banduan," katanya, sambil menambah Najib ditempatkan di "blok istimewa", berbeza dengannya.

"Memang dia istimewa sangat. Bukan (sekadar) istimewa, tapi istimewa sangat," dakwanya lagi.

Malaysiakini telah menghubungi pihak Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Penjara Malaysia untuk mendapatkan respons berhubung dakwaan ini.

Wan Ji bebas sepenuhnya pada 22 Mac lalu setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan sultan Selangor pada 2014.

Memulakan hukumannya pada 25 September 2023, dia sebelum ini telah keluar penjara pada 1 Januari lalu, melalui Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Melalui program itu, Wan Ji yang merupakan bekas pegawai kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata dia dibenarkan tinggal di luar tetapi tidak boleh bergerak bebas dan mesti mendapatkan kebenaran untuk kegiatannya.
Menceritakan lebih lanjut, Wan Ji berkata dia tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan Najib sepanjang berada di Penjara Kajang.

"Najib ini saya tak jumpa, cuma nampak. Blok saya yang belakang sekali. Dekat kawasan padang, ada satu blok lain dan Najib ada di situ.

"Jadi bila peguam datang berjumpa saya, saya berjalan dan nampak dia. Bercakap tak boleh sebab jauh," katanya lagi.

Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman tersebut kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta.

Dengan itu, Najib dijangka akan dibebaskan pada Ogos 2028. Bagaimanapun, dia boleh dibebaskan lebih awal atas "kelakuan baik" pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga dari tempoh hukuman penjara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/wan-ji-najib-dapat-layanan-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Burasak Dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis Yang Sangat Enak

Resepi Burasak Dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis Yang Sangat Enak

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 253 hits
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 28 Resepi burasak adalah salah satu resepi makanan tradisional kaum Bugis yang terdapat di Sabah Sarawak malah di Semenanjung seperti Johor dan Terengganu Ia ...
Awat Negeri Kaya Sangat Ka Walaun Selalu Kena Mohong

Awat Negeri Kaya Sangat Ka Walaun Selalu Kena Mohong

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 206 hits
Mohd Fairul Al Qasas Saya nak mintak maaf kepada kawan kawan sebab ingat ampa dok fitnah MB Sanusi beli kereta baru dikala rakyat susah dan pekerja MBI tak dapat gaji berbulan MB Sanusi akui dia beli kereta baru walaupun kereta zaman Ustaz ...
Curhat Pengungsi Gempa Bawean Bantuan Lambat Letak Dapur Umum Sangat Jauh

Curhat Pengungsi Gempa Bawean Bantuan Lambat Letak Dapur Umum Sangat Jauh

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 94 hits
Kebutuhan makan para pengungsi yang berada di pedesaan cukup memprihatinkan lantaran ketiadaan dapur umum
Daringnya Sangat Intim Peminat Terkejut Lihat Gambar Pre Wedding Thunder Mimi Gugudan

Daringnya Sangat Intim Peminat Terkejut Lihat Gambar Pre Wedding Thunder Mimi Gugudan

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 174 hits
Gambar terkini pasangan Thunder dan Mimi telah menjadi perbualan ramai Artikel Berkaitan Baru baru ini pasangan selebriti Thunder dan Mimi telah menjadi perbualan ramai selepas video disebalik tabir gambar pra perkahwinan mereka dikongsi di...
Sayang Sangat Kat Sejadah Tu Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Hukum Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

Sayang Sangat Kat Sejadah Tu Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Hukum Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 308 hits
Tular sebelum ini mengenai satu hantaran berkenaan isu jemaah perempuan yang enggan merapatkan saf sehingga terlihat lompong besar dan berkelompok di sebuah masjid Perkongsian tersebut ternyata telah menuai pelbagai respon dalam kalangan wa...
Lah Awat La Ko Bodo Sangat

Lah Awat La Ko Bodo Sangat

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 517 hits
Zuwari Md YusofAstaga ingatkan Walaun PAS Macai BERSATU mana la yang dok berdemo depan Speedmart 99 rupanya si bodo Ketua Pemuda UMNO DR Akmal Saleh Nak menunggang isu bagi naik nama sekalipun biar la cerdik sikit https twitter com KulupFan...
Sangat Selesa Dan Bahagia Dengan Seluar Tidur Ini Kerana Kainnya Sangat Lembut

Sangat Selesa Dan Bahagia Dengan Seluar Tidur Ini Kerana Kainnya Sangat Lembut

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 226 hits
Suka betul dengan seluar tidur ni Seluar jenis selesa pakai sebab kain dia lembut je Jahitan pun kemas dan ada tali di pinggang untuk ikat overall ok puas hati harga pun murah recommended The post appeared first on
Saya Sukakannya Sangat Jelas Dan Tidak Sukar Untuk Difahami Will Smith Baca Al Quran Sepanjang Ramadan

Saya Sukakannya Sangat Jelas Dan Tidak Sukar Untuk Difahami Will Smith Baca Al Quran Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 176 hits
Pelakon terkenal Hollywood Will Smith mendedahkan dia ada membaca Al Quran sepanjang bulan Ramadan tahun lalu Will Smith juga mengakui dia menyukainya selain menyifatkan isi kandungan kitab suci itu juga jelas dan mudah difahami var current...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza