Wan Azizah Pm Interim Ini Cerita Karut Mahathir


 
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas bahawa beliau memberitahunya Yang di-Pertuan Agung mahukan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Perdana Menteri Interim sebagai karut.
Menurut Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu, Seri Paduka tidak pernah menyebut bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk dilantik menggantikannya selepas peletakan jawatan beliau.
Malah jelas beliau, Tommy tidak tahun menahu mengenai hasrat beliau untuk meletakkan jawatannya pada Februari 2019 lalu.
Berikutan kenyataan penuh Dr Mahathir berhubung isu-isu berkaitan dengannya yang ditulis Tommy menerusi bukunya, My Story: Justice in the Wilderness:
Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story: Justice in the Wilderness. Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya. Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula, Tommy telah datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga, kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentang saya dan Zainur telah cadangkan nama Tommy sebagai Peguam Negara.
Pada masa itu saya kecewa dengan sebilangan Peguam Negara Melayu yang bersedia untuk taat kepada Perdana Menteri (Najib) walaupun disuruh melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir ia satu perkara yang baik untuk lantik Peguam Negara bukan Melayu.
Apabila saya jadi Perdana Menteri ke-7, saya putuskan untuk lantik Tommy Thomas. Saya sedar orang Melayu tidak akan suka. Tetapi Peguam Negara Melayu tidak bersungguh dalam profesion mereka. Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Secara umum saya berpuas hati dengan kerja Tommy. Dia jelaskan kepada saya bahawa tidak ada kes untuk dakwa yang dikatakan penyokong LTTE ini. Saya terima penjelasan itu dan menulis kepada Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri. Tommy buang kes tersebut. Kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak.
Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Agong mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim (sementara). Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara.
Sebabnya saya letak jawatan ialah kerana parti saya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menolak nasihat saya untuk tidak keluar dari Pakatan Harapan kerana pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kesemua ahli telah bersetuju untuk serah kepada budi bicara saya tarikh sesuai untuk letak jawatan. Jelas mereka tidak hendak saya letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar. Anwar dan Wan Azizah hadir dalam mesyuarat itu.

TOMMY THOMASDalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, pada hari Ahad rayuan saya untuk diberi masa sebelum buat keputusan keluar dari PH ditolak. Saya tahu apabila Bersatu bersama kumpulan PKR Azmin keluar dari PH, Kerajaan PH akan jatuh kerana hilang majoriti.
Walaupun saya merayu untuk diberi masa seminggu untuk buat keputusan, malam itu Bersatu, kumpulan Azmin dari PKR, UMNO dan PAS hadir makan malam di Sheraton Petaling Jaya. Saya enggan hadir, kerana saya tidak dimaklum apa-apa sebelum itu. Jelas sekali Bersatu, dipimpin Muhyiddin bersetuju bentuk pakatan bersama UMNO, PAS termasuk kumpulan Azmin. PH tidak lagi jadi Kerajaan. Mereka tidak boleh tunggu seminggu untuk saya buat keputusan.
Saya terfikir tentang penolakan nasihat saya oleh MPT Bersatu dan penyertaan Bersatu di Sheraton. Nyata bahawa saya telah hilang keyakinan dari Bersatu dan oleh sebab itu saya harus letak jawatan sebagai Pengerusi parti. Jika saya letak jawatan sebagai Pengerusi, saya juga tidak lagi mewakili Parti dalam PH. Jadi saya perlu juga letak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Setelah diberitahu kepada pemimpin PH, saya menjangka akan mengadap Agong di sebelah tengahari. Saya percaya YDPA telah terima surat peletakan jawatan saya semasa pertemuan itu. Pada awalnya YPDA menolak peletakan jawatan saya. Saya kekal dengan pendirian saya dan kemudian YDPA terima keputusan itu. Tetapi YDPA minta saya jadi Perdana Menteri sementara.
YDPA tidak cadangkan nama lain, pastinya bukan Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri (TPM). Saya tidak tawar diri tetapi tidak kena jika saya menolak cadangan Agong.
Pada masa itu Kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh rentetan pengumuman Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari PH di sebelah tengahari. Wan Azizah sebagai TPM tidak boleh ambil alih jawatan kerana PH bukan lagi Kerajaan. Juga tidak ada satu pun ahli PH boleh ambil alih daripada saya.
Agong meminta 222 ahli Parlimen namakan Perdana Menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli. YDPA mahu mereka buat pilihan dengan tandatangan Akuan Bersumpah di hadapannya.
Ini mengambil masa selama 2 hari dengan YDPA menyaksi ahli Parlimen menamakan calon dan tandatangan akuan tersebut.
Saya tidak menamakan diri sebagai calon tetapi saya telah jangka akan menang. Seperti dinyatakan di atas, Majlis Presiden PH telah putus menyerahkan kepada saya bila masa untuk saya letak jawatan. Sebaliknya YB Hamzah Zainuddin yang merancang kejatuhan PH telah memperoleh Akuan Bersumpah dari semua ahli Parlimen UMNO dan PAS untuk sokong saya sebagai Perdana Menteri.
Saya fikir kedudukan saya telah diperkuat memandangkan kesemua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang menyokong saya. Tetapi rancangan Hamzah ialah menjadikan saya Ketua kepada pakatan baru yang dianggotai UMNO, PAS dan Bersatu. Saya masih lagi akan jadi Perdana Menteri dan ini akan pengaruhi saya untuk tinggalkan PH.
Tetapi ahli Parlimen PH tidak namakan saya sebagai calon mereka semasa tandatangan akuan bersumpah di hadapan Agong. Anwar yakinkan mereka yang dia mendapat sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dan bersama ahli parlimen PH, memperoleh majoriti untuk jadi Perdana Menteri. Dengan itu mereka namakan Anwar sebagai calon PH.
Hakikatnya dia hanya disokong DAP, Amanah dan kumpulannya dalam PKR. Mereka berjumlah 92. Saya cuma mendapat 62 sokongan. Jadi kami berdua kalah.
Semasa Muhyiddin dinamakan sebagai Perdana Menteri, dia tidak dapat sokongan majoriti. Tetapi setelah dilantik dia tawar jawatan Kabinet kepada ahli yang telah sokong saya. Mereka beralih sokongan dan Muhyiddin mendapat lebihan dua majoriti.
Semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara, hubungan kami baik. Dia akan berjumpa saya untuk isu-isu utama. Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia.
PAS tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat.
Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawatan.
Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi Perdana Menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang. Tetapi saya letak jawatan pada 2003 kerana rasa terlalu lama jadi PM. Diktator biasanya tidak akan letak jawatan. Tapi sudah pasti yang menentang saya tidak akan berhenti mendakwa saya diktator.
Saya tidak ingin bosankan dengan berjawatan terlalu lama. Pada 2020 saya letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu bukan atas kehendak saya, tetapi parti telah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga yakin PH sudah hilang majoriti dan tidak boleh lagi jadi Kerajaan. Saya juga letak jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya tak perlu pun letak jawatan kerana kejatuhan Kerajaan PH bermakna saya bukan lagi PM.
Berkenaan Kabinet pula, apabila PH hilang majoriti, Kabinet juga tidak dapat kekal. Perkara 43 (4) Perlembagaan menyebut “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ini berbeza dengan 1969, apabila Perikatan punyai majoriti. Ia tidak ditumbangkan seperti PH. Tunku dijangka akan jadi PM. Tetapi darurat diisytihar, MAGERAN ditubuh dan dipimpin oleh Tun Razak. Kemudian Tunku letak jawatan dan Tun Razak dilantik sebagai PM. Dia masih punyai majoriti kerana Perikatan telah menang dalam pilihanraya.
Begitu juga Barisan Nasional (BN) masih punyai majoriti apabila Hussein putuskan untuk tidak mahu bertanding dan saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti dan Agong tidak boleh terus lantik Wan Azizah, TPM sebagai Perdana Menteri. Agong juga tidak meminta Wan Azizah menjadi Perdana Menteri Interim.
Sebenarnya tidak ada peruntukan untuk Perdana Menteri Interim. Saya terima jawatan itu kerana proses pemilihan oleh 222 Ahli Parlimen mengambil masa yang lama. Negara perlukan Ketua Kerajaan sementara. Setelah ahli parlimen pilih Perdana Menteri baru, pelantikan saya terhenti. Tetapi ahli parlimen tidak berikan majoriti jelas, Anwar peroleh 92 manakala saya 62 undi.
Ya. Peletakan jawatan ini pendirian peribadi. Saya tidak hantar surat peletakan Kabinet. Tetapi apabila Kerajaan PH tumbang, tidak ada alasan untuk Kabinet kekal. Ia terbubar bersama Kerajaan.
Saya hairan bagaimana seorang peguam tidak faham yang ini bukanlah pertukaran Perdana Menteri. Kerajaan PH telah tumbang. Agong tidak boleh lantik Wan Azizah, TPM sebagai Pemangku PM. Sama seperti saya, dia juga tidak punyai majoriti apabila PH ditumbangkan oleh Bersatu yang keluar bersama kumpulan Azmin dari PKR atau Parti Keadilan. Samalah juga dengan Kabinet.
Sebagai Perdana Menteri Interim tugas saya ialah untuk menubuh Kerajaan. Ahli politik sibuk bercakap tentang kepentingan parti mereka, bukan tentang negara.
Saya berpendapat kita perlu lupakan tentang parti dan fikir tentang negara. Oleh itu saya beritahu kepada semua Ketua Parti kita perlu ada Kerajaan Perpaduan dan lupakan agenda peribadi. Kita juga perlu bawa bukan ahli politik ke dalam Kerajaan.
Saya masih ingat dengan jelas Tun Razak, Pengerusi MAGERAN, cuba untuk bawa kesemua parti pembangkang ke dalam Kerajaan. Dia berjaya bawa bersama Gerakan, PAS dan SUPP. Tetapi DAP tolak. Masih dia rasa berhak untuk namakan perikatan baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional.
Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama. - www.edisi9.com.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/wan-azizah-pm-interim-ini-cerita-karut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah

Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 263 hits
Dr Mahathir pernah berkata wanita juga mampu menjadi Perdana Menteri di negara ini suatu hari nanti Malah penuntut wanita adalah bilangan terbesar di universiti dan mereka juga mengambil bahagian dalam setiap kegiatan di sana malah ada yang...
King Wanted Dr Wan Azizah As Interim Pm But Dr M Nominated Himself Says Ex Ag

King Wanted Dr Wan Azizah As Interim Pm But Dr M Nominated Himself Says Ex Ag

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 193 hits
Tommy Thomas said Dr Mahathir Mohamad made two about turns on his appointment within 24 hours PETALING JAYA Tommy Thomas has claimed that the Yang di Pertuan Agong wanted to appoint Dr Wan Azizah Wan Ismail as interim prime minister after D...
Wan Azizah Could Not Be Interim Pm Because Pakatan Govt Had Already Collapsed Says Dr M

Wan Azizah Could Not Be Interim Pm Because Pakatan Govt Had Already Collapsed Says Dr M

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 260 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail could not be acting Prime Minister or interim Prime Minister because the Pakatan Harapan government had already collapsed says Tun Dr Mahathir Mohamad The former prime minister said this in resp...
Wan Azizah Yeoh Want Better Protection For Children After Death Of 7 Year Old

Wan Azizah Yeoh Want Better Protection For Children After Death Of 7 Year Old

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 242 hits
PKR s Wan Azizah Wan Ismail and DAP s Hannah Yeoh say women family and community development ministry should employ more child protectors PETALING JAYA Two prominent women MPs have demanded Putrajaya do more to protect children following th...
Agong Nak Wan Azizah Jadi Pm Tapi Dr M Tolak

Agong Nak Wan Azizah Jadi Pm Tapi Dr M Tolak

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 335 hits
Dr Mahathir Mohamad didakwa campur tangan dan berkeras ingin menjadi perdana menteri sementara selepas Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Dr Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan itu kata Tommy Thomas...
Video Kalau Mahathir Tak Letak Jawatan Pun Ph Akan Tumbang Jangan Mengarut

Video Kalau Mahathir Tak Letak Jawatan Pun Ph Akan Tumbang Jangan Mengarut

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 176 hits
Pemuja atok pertahankan Mahathir kononnya kalau Mahathir tidak letak jawatan pun PH akan jatuh Jika dia letak jawatan lagi mudah dan pantas kerajaan PH jatuh Bukankah itu memang kehendak Mahathir
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien