Bitcoin boleh dicairkan dalam MYR, pasti ada caranya, yang penting ilmu mesti perlu ada. Menuntutlah ilmu sehingga ke negara China sekalipun. Betul tak? MYiDEAKiNi akan terangkan satu persatu setiap fungsi yang ada dalam aplikasi xapo untuk di jadikan sebagai rujukan masa akan datang. Dan sama sekali boleh dijadikan memori digital dalam bentuk artikel. Bagi anda yang masih belum mempunyai wallet digital bitcoin, MYiDEAKiNi syorkan pilihlah aplikasi wallet xapo dan anda boleh daftar di https://bit.ly/wallet_xapo. Cara untuk memahami dengan lebih mudah, anda boleh juga baca artikel di Xapo, e-wallet Bitcoin Dipercayai Ramai Pengguna. Di dalam artikel tersebut, MYiDEAKiNi telahpun terangkan dengan serba ringkas dan mudah, kenapa perlunya pengesahan melalui dokumen penting seperti salinan ID atau lesen dan juga salinan penyata bank dengan tujuan alamat yang didaftarkan sama dengan penyata bank. Selain itu, tujuannya adalah keselamatan untuk mengelakkan segala penipuan dari scammer yang berleluasa secara meluas di internet. Sebagai contohnya, jika anda ingin membuka akaun bank terpiliha, apakah dokumen penting yang perlu di kemukakan semasa membuka akaun? Pasti pihak bank akan meminta salinan Kad Pengenalan untuk pengesahan, bukan? Begitulah juga dengan akaun Xapo.
Semasa anda ingin melihat akaun xapo, sudah pastinya akan terpapar harga semasa terkini di skrin dashboard xapo. Ianya memudahkan anda untuk membuat urusan jual dan beli ketika harga naik dan turun. Mengikut teori MYiDEAKiNi sendiri, anda boleh membuat keuntungan di xapo sama ada keuntungan atas USD (nilai matawang) mahupun keuntungan atas Bitcoin (nilai wang kripto). Tiada istilah rugi kecuali tanpa ilmu. Teori ini selalu di praktikkan dalam urusan jual dan beli BTC (bitcoin). "Sell high, Buy Low". Berikut adalah tutorial mudah pengeluaran dari pocket BTC atau USD mahupun MYR (Ringgit Malaysia) cairkan dalam akaun bank anda.
Langkah 2: Digambaran 2 ini, anda perlulah memilih destinasi "Bank Account" untuk membuat pengeluaran nilai pocket ke akaun bank. Diruangan dashboard ini, sistem xapo akan memerlukan butiran terperinci mengenai akaun bank dan anda perlu tahu akaun bank yang didaftarkan dicawangan serta swift dan bank kod untuk tujuan pengeluaran. Ikut langkah seterusnya yang akan MYiDEAKiNi terangkan lebih terperinci lagi.
Langkah 10-17: Setelah anda mengisi kesemua butiran akaun bank dengan betul, langkah seterusnya pula adalah jumlah amaun wang yang hendak di pindahkan ke akaun bank yang di masukkan dalam sistem "Add bank account". Di no.10 adalah menunjukkan pocket yang telahpun di nyatakan di Langkah 1, manakala no.11 pula adalah butiran akaun bank. Di no.12, adalah jumlah amaun yang anda perlukan untuk di pindahkan ke akaun bank. Manakala no.13-16 adalah butiran terperinci jumlah kesemua yang perlu anda bayar termasuk dengan bayaran proses dan pastikan amaun mencukupi. Setelah anda berpuas hati dengan jumlah yang akan di tolak dalam pocket MYR, anda perlu klik "CREATE ORDER" untuk proses seterusnya.
Langkah 18: Ini adalah contoh sejumlah wang MYiDEAKiNi yang di pindahkan keakaun bank dan ianya akan mengambil masa 3-5 masa waktu bekerja. Jika tiada masalah dengan bank kod, berkemungkinan, wang akan di pindahkan terus ke akaun bank anda hari keesokkannya. Jika ada masalah dengan bank kod, wang yang dipindahkan akan dibatalkan dan anda perlu ikut semula langkah 1 dan seterusnya. Status akan menunjukkan "Processing" dimana pengeluaran anda dalam di proses oleh pihak pengurusan xapo.
Langkah 19: Selepas meneliti kesemua aspek dan tiada permasalahan dengan akaun bank, swift dan bank kod, maka pemindahan wang sudahpun di proses dan sistem menunjukkan "Completed" dimana seterusnya pihak xapo akan berurusan dengan pihak ketiga yang berdaftar dengan pihak xapo memastikan proses pemindahan seterusnya terus keakaun bank anda.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |