Walk In Vaksinasi Perkarangan Sicc Dibanjiri Orang Ramai


Gambar tular menunjukkan kesesakan orang ramai di PPV SICC di Kota Kinabalu.



KOTA KINABALU: Kebenaran vaksinasi secara walk-in di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) membawa kepada beberapa kesesakan yang luar biasa dilihat di PPV di negeri ini.

Hari ini tular gambar orang ramai beratur panjang untuk mengambil vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menerusi gambar dan video tular dalam media sosial, pekarangan laluan utama SICC dibanjiri dengan orang ramai yang cuba untuk walk-in bagi mengambil vaksin tanpa mempedulikan penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, difahamkan kehadiran dua lori polis kira-kira 10 pagi tadi berjaya meredakan keadaan dan orang ramai mula bersurai dari PPV berkenaan.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Junz Wong mengatakan keputusan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membenarkan vaksinasi secara walk-in akan mengundang malapetaka dan risiko jangkitan Covid-19.

Katanya, kebenaran walk-in boleh mendatangkan risiko serta mengundang malapetaka jika tiada kawalan dilakukan di PPV.

Beliau turut mempersoalkan sama ada keputusan kebenaran vaksin secara walk-in itu sudah mendapatkan nasihat doktor dan petugas barisan hadapan.

Menurutnya, GRS sepatutnya berfikir apa yang akan berlaku jika beribu-ribu orang datang secara walk-in dan salah seorang daripada mereka positif Covid-19.

Beliau mencadangkan PPV yang boleh walk-in dengan PPV yang tidak boleh walk-in diasingkan untuk memudahkan urusan semua pihak termasuk petugas kesihatan.

“Saya rasa idea walk-in ini adalah baik, tapi ia perlu dilaksana secara teratur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk mengelakkan malapetaka berlaku jika ribuan orang bersesak-sesak di satu tempat,” jelasnya.

KEADAAN di PPV SICC berjaya dikawal dan orang ramai dilihat menunggu giliran dengan mematuhi SOP ditetapkan.-Ihsan IPD Kota Kinabalu Polis berjaya kawal kesesakan di PPV SICC Kesesakan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) berjaya dikawal oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Gambar tular menunjukkan orang ramai bersesak di PPV itu dirakam pada 7 pagi tadi dan 30 minit kemudian pasukan pemantau daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu datang memantau dan mengawal keadaaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Superitendan Mohd. Zaidi Abdullah berkata, orang ramai yang sedang beratur di dalam gambar tersebut merupakan individu-individu yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sama ada secara walk-in mahupun janji temu.

Beliau berkata, pemerhatian awal mendapati kawasan pekarangan PPV SICC penuh sesak dengan orang ramai yang dianggarkan melebihi 5,000 orang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati penduduk tempatan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) terutama dalam aspek penjarakan fizikal.

“Namun, warga asing yang tidak mempunyai janji temu didapati beratur tanpa mematuhi penjarakan fizikal dengan alasan mereka tidak tahu berkaitan SOP PPN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, pasukan pemantauan memberikan penerangan dan panduan kepada warga asing itu agar mematuhi penjarakan fizikal. Mereka turut diberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka mengulangi perbuatan tidak mematuhi SOP PPN.

Bagaimanapun katanya, keadaan berjaya diatasi sepenuhnya setelah pasukan pemantau pematuhan BSJ dengan kerjasama ketua Balai Kota Kinabalu serta petugas yang lain mengarahkan orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bermula pagi tadi, tular gambar dan video dalam media sosial menunjukkan orang ramai beratur panjang tanpa menghiraukan penjarakan fizikal di PPV SICC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/walk-in-vaksinasi-perkarangan-sicc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warganegara Warga Asing Kini Boleh Dapatkan Vaksinasi Walk In Terus Di Seluruh Ppv Sabah

Warganegara Warga Asing Kini Boleh Dapatkan Vaksinasi Walk In Terus Di Seluruh Ppv Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 423 hits
Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk membenar kan warga Malaysia dan warga asing untuk menerima vaksin secara jumpa terus di semua pusat pemberian vaksin di seluruh Sabah Kota Kinabalu Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk memben...
Sabah Benar Walk In Vaksinasi Di Semua Ppv

Sabah Benar Walk In Vaksinasi Di Semua Ppv

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 328 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan pemberian vaksin secara walk in di semua Pusat Pemberian Vaksin bermula hari ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perum...
Singapura Terus Terkehadapan Benar Walk In Di 26 Pusat Vaksinasi Covid 19 Pfizer Biontech

Singapura Terus Terkehadapan Benar Walk In Di 26 Pusat Vaksinasi Covid 19 Pfizer Biontech

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 223 hits
August 11 2021 Tanpa perlu janji temu bermula Selasa penduduk Singapura boleh mendapatkan suntikan masing masing di 26 pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mema...
Orang Ramai Berpusu Pusu Hadir Ke Pusat Vaksinasi Walk In Cetus Kebimbangan Muncul Kluster Baru Di Sandakan

Orang Ramai Berpusu Pusu Hadir Ke Pusat Vaksinasi Walk In Cetus Kebimbangan Muncul Kluster Baru Di Sandakan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 304 hits
Kelihatan orang ramai berpusu pusa hadir di pusat vaksinasi walk in di Taman Harmoni Sandakan RATUSAN orang berkumpul ketika pusat vaksinasi walk in pertama di Sandakan mula dibuka pada Khamis sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai mengena...
Vaksinasi Walk In Di Ppv Ums Legakan Individu Belum Terima Janji Temu

Vaksinasi Walk In Di Ppv Ums Legakan Individu Belum Terima Janji Temu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 279 hits
Program vaksinasi secara walk in memberi kelegaan kepada individu yang masih belum menerima tarikh janji temu Bernama KOTA KINABALU Inisiatif pusat pemberian vaksin Universiti Malaysia Sabah mengadakan program vaksinasi secara tanpa janji t...
Baru 8 530 Warga Mukomuko Jalani Vaksinasi Covid 19

Baru 8 530 Warga Mukomuko Jalani Vaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 194 hits
Juru Bicara Satgas Penanganan Covid 19 Kabupaten Mukomuko Bustam Bustomo mengatakan sebanyak 8 530 warga yang sudah menerima vaksinasi secara lengkap terdiri atas 1 171 tenaga kesehatan 6 676 petugas pelayanan publik dan 683 warga lanjut us...
Berikut Adalah Kemudahan Kepada Individu Yang Menerima Vaksinasi Lengkap 2 Dos

Berikut Adalah Kemudahan Kepada Individu Yang Menerima Vaksinasi Lengkap 2 Dos

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 216 hits
Individu lengkap vaksin dibenar rentas daerah Individu yang sudah menerima dua dos vaksin Covid 19 di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkat...
Lengkap Vaksinasi Boleh Solat Di Masjid Sukan Tanpa Sentuhan

Lengkap Vaksinasi Boleh Solat Di Masjid Sukan Tanpa Sentuhan

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 239 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan persekutuan bersetuju membenarkan aktiviti solat di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kebenaran itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemu...
Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Pasangan Jarak Jauh Lengkap Vaksinasi

Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Pasangan Jarak Jauh Lengkap Vaksinasi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 316 hits
MALAYSIAKINIKerajaan hari ini mengumumkan kelonggaran membenarkan pasangan suami isteri yang duduk berjauhan dan telah lengkap vaksinasi untuk merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan Ibu bapa yang lengkap vaksinasi turut dibenark...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord