Walk In Booster Astrazeneca Di Ppv Integrasi Wtckl
WALK-IN BOOSTER ASTRAZENECA DI PPV INTEGRASI WTCKL | Assalammualaikum semua! Korang dah cucuk Booster COVID-19? Kalau dah, high five! Tahniah sebab anda #LindungiDiriLindungiSemua.
Pada mulanya, Ruby fikir ingin tunggu panggilan MySejahtera. Tapi dalam masa yang sama, Ruby tengok juga jadual bila waktu sesuai untuk cucuk booster. Kalau boleh, tidak mahu cucuk booster pada hari anak sudah mula bersekolah dan kami suami isteri sudah mula bekerja
WALK-IN BOOSTER ASTRAZENECA DI PPV INTEGRASI WTCKL
Nak dijadikan cerita, jam 1:45AM 3 Feb 2022 Ruby terima mesej dari MySejahtera
RM0 MySejahtera: Sila semak butiran temujanji dos penggalak vaksinasi COVID-19 untuk No K/P berakhir XXXX di MySejahtera.
Ruby tengok lokasi, tarikh dan masa. Alamak nanti nak uruskan anak-anak sekolah macam mana. Nak bergegas ke sana ke sini. Lagi satu risau juga jika ada kesan sampingan booster kan. Nanti tak berapa sihat, habis tak terurus rumah ku. Hahaha
Selepas tengok MySejahtera Ruby, Ruby cek telefon suami. Dia pun dapat. Tarikh yang sama. Cuma klinik berbeza dan masa juga berbeza.
Ok takpe, tidur lah dulu. Esok telefon klinik. Tanya booster jenis apa.
U.N.I KLINIK PERMATA BOOSTER PFIZER
Ruby telefon klinik, mereka sangat peramah melayan soalan Ruby. Hanya Pfizer sahaja ada di sini. Jika puan ingin AstraZeneca, puan boleh walk-in ke WTCKL.
KLINIK AS-SALAM LEMBAH KERAMAT BOOSTER ASTRAZENECA
Klinik yang suami dapat memang ada booster AstraZeneca, namun masa yqng diberikan pula tidak bersesuaian. Jadi kami plan hari ni 3 Feb untuk walk-in ke WTCKL selepas makan tengahari.
Sebenarnya, Ruby rujuk dengan Kak Intan WTCKL. "Akak, betul ke WTCKL boleh WALK-IN??? Boleh dah Ruby! Datang je! Datang lepas lunch tau!"
Selepas itu barulah yakin nak walk-in. Hahaha. Banyak soalan Ruby tanya. Selain itu hari ini juga adalah hari pertama Program Imunisasi COVID-19 (PICKids). Kami setel dulu diri kami sebelum giliran anak-anak. Hehehe. Tengok anak-anak ambil vaksin, nampak mereka cukup berani. Semoga diberi kesihatan yang baik-baik. InsyaAllah.
JANGAN MALU BERTANYA
Sebelum ini, pergi cucuk vaksin dos pertama dan kedua hanya drop off depan pintu masuk. Hari ini kami berdua ambil booster bersama dan kami memandu kereta. Kami parking kat bawah WTCKL sahaja. Rezeki pula dapat parking depan tangga dan autopay. Naik tangga, dan kami berada di bahagian tengah WTCKL. Hahaha. Mana pula pintu masuk ni...
Kami banyak bertanya dekat akak RELA, pakcik POLIS, abang JPAM. Lepas dan cek MySejahtera profile dan cancel appointment dengan klinik. Kami terus ke kaunter yang dijaga oleh MyVAC Volunteers. Know know dah sampai kat bilik no 5 doktor. Doktor siap bg tau 5ml AstraZeneca. Relax lengan. Cucuk! Siap
Lepas tu, kami menunggu 15 min di ruang pemantauan. Pergi bergambar dan terus balik rumah. Hahaha. Cuaca hari ni boleh tahan panas.
KESAN BOOSTER ASTRAZENECA
Selepas cucuk, Ruby cuma rasa tempat cucuk tu mengeras. Macam bleh bertukar jadi Bumblebee. Hahaha. Lenguh-lenguh di bahagian lengan. Itu aje la. Lain-lain simptom tiada. Alhamdulillah. Ruby doakan semoga kita semua sihat
Selamat berehat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2022/02/walk-in-booster-astrazeneca-di-ppv-integrasi-wtckl.html