Pengalaman Mengambil Booster Dose Untuk Vaksin Pfizer Ada Kesan Sampingan Tak


Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Pengalaman Mengambil Booster Dose Untuk Vaksin Pfizer | Last Fiza ambik dose kedua Pfizer adalah pada 21 Ogos 2021. Kemudian minggu lepas, Fiza dapat mesej tarikh untuk janji temu booster dose. Ia dijadualkan pada 20 Januari 2022, iaitu seminggu yang lepas. Untuk dos penggalak ni, Fiza tak mohon pun. Apa yang Fiza lakukan hanyalah dengan refresh balik status di Mysejahtera dan tunggu sahaja.
Lagipun pada Fiza, tak susah pun sekarang ni... Boleh walk-in dah. If dah bersedia, tempoh dah cukup untuk ambik... Walk-in je, senang!. Nanti di PPV, dorang akan update balik Mysejahtera kita. That why, before balik kena pastikan maklumat vaksinasi kita dah pun dikemaskini. Penting! Sebabnya ada yang dah balik rumah, baru perasan status di Mysejahtera takde vaksin lagi. 
Ok! Kita sambung balik cerita...
Sepatutnya masa untuk Fiza ambik booster dose adalah pukul 11.30 pagi. Memandangkan takde pengangkutan, Fiza terpaksa tunggu encik suami balik dari sekolah.
Selesai makan tengahari, solat apa semua... Kami terus gerak. Anak-anak semua Fiza bawak. Satu, sebab Nur Dhia masih lagi menyusu badan. Kedua, Alia dan Ain kena jugak ikut. At least, bila ada kakak... Takdelah Nur Dhia meragam masa menunggu dalam kereta. Before pergi, kita kena pastikan...
Bawa kad kesihatan ye, terutamanya bagi mereka yang ada masalah kesihatan.Kemudian, kena jugak bawak kad vaksin sebelumnya. Penting supaya pihak yang berkaitan boleh check samada kita dah boleh ambik booster ke tidak. If takde atau hilang, kena tunjukkan aplikasi Mysejahtera kepada pegawai yang bertugas.Last sekali, kad pengenalan. Benda paling penting. Kalau takde, memang bermasalahlah jawabnya.Sampai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Rentap, Betong... Allahu Akhbar... Ramai betul pekerja asing Indonesia datang. Nasib baik Fiza cepat-cepat scan suhu dan Mysejahtera Fiza. Lepas tu terus berbaris.
Alhamdulillah, rezeki dipermudahkan. Dapatlah nombor giliran yang ke-58. Syukur sangat... Warganegara Malaysia diutamakan. So, tak lamalah Fiza menunggu. Lebih kurang 15 minit macamtu dah boleh masuk dewan untuk ambik dos penggalak.
Prosedur untuk mendapatkan dos penggalak sama je macam kita ambik dos 1 dan 2. Jadi, tak payahla ye Fiza nak cerita details part tu. Nak tahu prosesnya bagaimana, bolehla baca post Fiza sebelum ni di link di bawah yeah! 🤭
Baca Juga : Prosedur pengambilan dos pertama vaksin di PPV
Seminggu Selepas Mengambil Dos Pengalak PfizerPada mulanya, Fiza risau jugak nak ambik booster dose sebenarnya. Yelah! Bermacam-macam cerita tak enak kita dengar dari medsos pasal booster dose kan. Jadi, perasaan takut tu pasti ada.
Adala jugak bersuara dengan encik suami yang Fiza tak nak ambik booster dose buat sementara waktu. Kiranya nak tangguhla janji temu tersebut. Lagi pun, bila-bila masa dah bersedia, boleh je walk-in di klinik kesihatan berdekatan. Tahu tak apa encik suami jawab...

Takut ke?
Ingat! Vaksin adalah ikhtiar, kita kena percaya pada yang pakar. Selebihnya kita berserah pada Allah. Hanya DIA yang Maha Mengetahui dan terbaik buat kita. Relax dan tenang je. Buat macam takde apa-apa.

Dengan kata-kata encik suami tula datangnya keberanian Fiza untuk ubah keputusan. Sedar-sedar, Fiza dah selesai ambik dos penggalak. Hehe...
Alhamdulillah, sebagai ibu menyusukan anak... Selepas seminggu ambik vaksin. Fiza hanya mengalami kesan sampingan lenguh di bahagian suntikan sahaja. Disebabkan sakitnya tak melarat dan hilang dalam masa dua hari... Fiza tak ambik pun paracetamol. Kemudian, penyusuan Nur Dhia pun tak terganggu. Pendek kata, so far so good. Semoga hari-hari yang mendatang pun begitu jugaklah hendaknya. Aamiin...
Oh! Ya, mak ayah Fiza pun dah ambik dos penggalak. Dorang ambik sehari sebelum Fiza ambik. Dorang sama macam Fiza, dari dose pertama sampaila dos penggalak... Semua Pfizer. Alhamdulillah, walaupun usia dorang dah 70 lebih... Syukur, masih lagi diberikan kesihatan yang baik. Tak ada mengalami sebarang kesan sampingan pun selepas ambik booster dose. 
Alhamdulillah, haritu adik balik bercuti... Semenjak pandemik haritu, lama dah tak balik. Dua tahun kot di Johor dok oncall rawat pesakit covid. Akhirnya berkesempatan jugak dia balik. Sempatla monitor kesihatan mak ayah lepas ambik vaksin. Adik pesan, before ambik vaksin... Kena berehat dengan cukup. Jangan buat kerja-kerja berat. Makan makanan berkhasiat. Minum kena cukup. Begitu jugak selepas vaksin. 
Alhamdulillah, semua ahli keluarga Fiza dah ambik booster dose. Begitu jugak belah mertua Fiza. Korang bagaimana, dah ambik belum?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizacrochet.com/2022/01/pengalaman-mengambil-dos-penggalak-pfizer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peribadi Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca Di Pwtc

Peribadi Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca Di Pwtc

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum semua Pada 30 Mei 2021 yang lalu nia telahpun selamat menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca di Pusat Penerimaan Vaksin PWTC Proses pengambilan vaksin Before entrance polis akan semak butiran temujanji untuk pastik...
Bantuan Kewangan Kesan Sampingan Vaksin Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Kewangan Kesan Sampingan Vaksin Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 190 hits
Tahukah anda Kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID 19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta melalui Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Peruntukan tersebut ...
Selesai Vaksin Dos Booster

Selesai Vaksin Dos Booster

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 209 hits
Alhamdulillah dah selesai dapat dos booster Lega tu tak lega sangat ada la sikit sikit takut juga Lebih lebih lagi banyak kisah kematian selepas vaksin booster Bila check ooo ada masalah kesihatan ada sakit kronik semua Dan MY antara salah ...
Setel Jab Booster Pfizer Kuasa Tiga

Setel Jab Booster Pfizer Kuasa Tiga

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 167 hits
Minta maaf tau seminggu lepas walaupun masih ada post kat blog ni tapi mama sebenarnya sangat sibuk Semua post tu auto publish Minta maaf mama tak sempat nak balas kunjungan kengkawan yang singgah sini Bila ada masa nanti mama blogwalk slow...
Selamatkah Suntik Booster Covid 19 Disaran Ambil Dos Penggalak Boleh Campur Vaksin Pula Tu

Selamatkah Suntik Booster Covid 19 Disaran Ambil Dos Penggalak Boleh Campur Vaksin Pula Tu

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 181 hits
Selamatkah Suntik Booster Covid 19 Disaran Ambil Dos Penggalak Boleh Campur Vaksin Pula Tu SEJAK awal tahun 2021 rakyat Malaysia mula beratur di pusat pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi diri daripada wabak Cov...
Dapat Hadiah Kerana Lengkap 2 Dos Vaksin Pfizer

Dapat Hadiah Kerana Lengkap 2 Dos Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi dunia Selamat bercuti di hari minggu hari Ahad 16 Januari 2022 Entri tahun lepas yang tak sempat ditulis lagi Hadiah dari seseorang kerana telah lengkap 2 dos vaksin Tq awak Mula mula dapat hadiah yang ini k...
Cegah Lonjakan Omicron Mendagri Minta Camat Di Pekanbaru Kebut Vaksin Booster Dan Anak

Cegah Lonjakan Omicron Mendagri Minta Camat Di Pekanbaru Kebut Vaksin Booster Dan Anak

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 158 hits
Dia juga meminta agar penerapan protokol kesehatan diperketat Hal itu mencakup penerapan 3M yaitu memakai masker mencuci tangan dan menjaga jarak Tito juga meminta agar upaya upaya penanganan Covid 19 tersebut semakin dipercepat
Pemerintah Gunakan Astrazeneca Sebagai Vaksin Booster Triwulan 1 Tahun 2022

Pemerintah Gunakan Astrazeneca Sebagai Vaksin Booster Triwulan 1 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 196 hits
Sesuai dengan ketentuan vaksin AstraZeneca dapat digunakan dengan interval 8 sampai 12 minggu
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran