Apakah Walk-a-Payung?Walk-a-Payung adalah satu aktiviti outdoor yang boleh disertai oleh semua iaitu pesakit, ahli keluarga, pelajar, kanak-kanak dan orang awam. Setiap penyertaan akan diberikan t-shirt Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Aktiviti ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari untuk mengelak daripada terkena radang kulit. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan erat antara pesakit, orang awam dan pakar-pakar perubatan
Tarikh : 20 Julai 2019 (Sabtu)Masa :7.30am - 11.30amTempat : Taman Rekreasi Batu Burok, TerengganuPenyertaan terbuka untuk semua^^ Setiap penyertaan adalah hanya RM50 dan anda akan mendapat tiket. Tiket membolehkan anda mendapat baju-T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. Pelbagai aktiviti sampingan juga diadakan untuk memeriahkan lagi program nanti. Walk-a-Payung dilihat akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pesakit, keluarga, pegawai perubatan, kakitangan kesihatan dan juga orang awam :)
HUBUNGI :Pn Fiza : 0179207378Cik Ayu : 0145036072SN Nik : 0169211319|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |