Walaupun Negara Ini Berbilang Bangsa Tetapi Berpada Padalah


Apabila Suria KLCC mahu jadi lebih Cina daripada CinaSURIA KLCC menerima kecaman dari warganet berikutan struktur dekorasi Tahun Baharu Cina di luar pusat beli belah berkenaan yang kelihatan seperti ‘Qingming’.
Qingming merujuk kepada “hari membersihkan kubur” atau Cheng Beng oleh etnik Cina

Struktur hiasan seperti pagoda yang didirikan di luar pusat beli-belah itu dibina tinggi namun warganet berkata, ia hampir menyerupai peralatan sembahyang yang dibakar ketika Qingming atau hari membersih kubur. Ada warganet kata dekorasi itu sangat hodoh.

Memang menjadi pantang orang Cina, jika Tahun Baharu mereka dikaitkan dengan kematian

Sebab itulah apabila berlaku kematian pada hari raya besar itu ibarat sesuatu yang malang

Tidak ramai orang yang datang berziarah melainkan ahli keluarga

Yang menghairankan saya kenapa perlu buat binaan sebesar itu? Tidak cukupkah lagi hiasan dalamannya

Adakah kita berada di Hong Kong atau Taiwan? Tidakkah Suria KLCC sedar bahawa kita berada di Malaysia? Walaupun negara ini berbilang bangsa, tetapi berpada-pada

Kenapa Suria KLCC perlu begitu ‘over’ dalam soal ini

Sudah matikah jati diri kita dalam meraikan kepelbagaian? Saya tidak menafikan kepelbagaian, tetapi jangan sampai hilang identiti

Jika yang melakukan hiasan over dalam kalangan pemilik pusat beli belah orang Cina, saya masih boleh terima. Ini KLCC. Siapakah pemilik KLCC ini? Semua sudah tahu, bukan

Kita perlu ada garis panduan, supaya negara ini ada jati diri dan tidak caca merba

Jika tidak, bila tiba Tahun Baharu Cina, sesebuah bandaraya atau bangunan atau pusat membeli belah akan jadi seperti Hong Kong. Bila tiba Krismas, jadi seperti London

Apa erti nama Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan lain-lain bandaraya. Berpada-padalah

Belajarlah daripada Brunei. Negara Brunei juga berbilang bangsa, tetapi negara ada garis panduan, bukan caca merba seperti kita

Sedih sangat, apabila kesedaran jati diri sudah semakin hilang

Kepada Suria KLCC, buatlah sedikit kajian dan penyelidikan. Jangan pergi jauh, intai sahaja ke Brunei

Kerajaan Brunei menghadkan aktiviti kaum lain di negara itu. Misalnya ketika perayaan Krismas dan Tahun Baharu Cina, simbol-simbol mereka tidak dibenarkan diletakkan atau dipasang di tempat yang menjadi tumpuan khalayak seperti pasar raya. Pertunjukan budaya hanya boleh diadakan di tempat mereka sahaja, pada waktu dan masa yang telah ditetapkan

Jika tidak dibuat sebegini, nanti tenggelamlah identiti penduduk asal Brunei, bandaraya langsung tidak ada jati diri dan identiti. Identiti Brunei Melayu Islam Beraja, tanpa menafikan hak bukan Islam

Meskipun negara Brunei menerima kecaman apabila garis panduan itu dilaksanakan, kepemimpinannya tidak menggelabah, tetapi tetap dengan pendiriannya. Inilah negarawan sebenarnya. Tidak pernah takut dengan ugutan sebab mereka yakin dengan asal-usul negaranya

Sama juga dengan kerajaan China yang dipimpin Parti Komunis China (CPC) pernah suatu ketika memboikot perayaan Krismas dan mengharamkan rakyatnya meraikan sambutan itu. Meskipun dikecam, kerajaan China tetap dengan pendiriannya

Menurut laporan South China Morning Post (2018), sambutan itu dibimbangi menyebabkan rakyat di negara tersebut semakin melupakan perayaan budaya dan tradisi mereka kerana terlalu meraikan candu Barat

Keberanian kerajaan China ini patut dicontohi oleh semua kerana pada mereka identiti dan jati diri sangat penting

Hairannya tidak pulak ultra kiasu mengecam tindakan kerajaan China ketika itu

Berbeza sangat dalam konteks Malaysia, niat Suria KLCC itu baik, mahu meraikan sehingga lupa asal-usul negara ini. Malangnya, niat baik itu telah menerima kecaman daripada orang Cina sendiri, disebabkan tidak memahami sensitiviti budaya

Nasihat saya kepada Suria KLCC, berhentilah melakukan kerja sia-sia ini. Lebih baik gunakan duit itu untuk bantu mangsa banjir

Jika mahu raikan kepelbagaian dan diversiti, banyak cara lain lagi. Tetapi bukan dengan cara yang sebegini over, sehingga niat baik mengundang kecaman

Cuba contohi kerajaan Brunei, orang bukan Islam di sana dalam lingkungan 30 peratus, dapat menerima keputusan yang dibuat. Kenapa

Kerana kerajaan Brunei berjaya menjadikan bangsa lain yang berhijrah sedar diri dan tahu di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Maka tidak hairanlah kerajaan Brunei berjaya dan mewajibkan subjek Melayu Islam Beraja (MIB) dijadikan mata pelajaran wajib ambil dalam sistem pendidikan di sana, demi menjaga masa depan dan jati diri negara

Agak-agaknya mampukah kita lakukan di negara kita

Jawapannya, pasti sudah ada

Jika Jawi enam muka surat pun sudah menjadi tiga muka surat di SJKC, itu pun ada yang tidak dapat dilaksanakannya sepenuhnya, janganlah pandang soal lain. Begitu juga dengan arahan Jawi dalam papan tanda pun yang telah gagal dilaksanakan apabila diprotes

Ini belum termasuk, arahan kosongkan tokong dan kuil yang dibina di kawasan tanah kerajaan, seperti yang berlaku di Daerah Kinta, berhampiran Ipoh baru-baru ini. Sebahagian gua di tanah kerajaan di sana sudah menjadi tokong dan kuil. Apabila diprotes, kita menjadi lembik, takut hilang undi. Berbaloikah politik sebegini

Kita akan gagal dan terus gagal, jika tidak melihat sejarah dan jati diri itu sebagai sesuatu yang penting dan mesti dipelihara. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, kerana semua negara yang mengamalkannya

Adakah identiti dan jati diri Islam mengakar di negara India dan China, meskipun penduduk Islam di sana ada ratusan dan puluhan juta? Sama-sama kita fikirkan

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/walaupun-negara-ini-berbilang-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantah Tangguh Umrah Agensi Serah Memo Ke Pmo Dan Istana Negara

Bantah Tangguh Umrah Agensi Serah Memo Ke Pmo Dan Istana Negara

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 160 hits
Sekumpulan pengendali umrah dan haji hadir menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara hari ini menggesa agar kerajaan menilai semula keputusan menangguhkan sementara kebenaran ibadah umrah berkuat kuasa 8 Jan Me...
Kami Ada Ahli Dari Negara Berbeza Enhypen Kongsi Kekuatan Kumpulan Impian 2022

Kami Ada Ahli Dari Negara Berbeza Enhypen Kongsi Kekuatan Kumpulan Impian 2022

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 271 hits
ENHYPEN baru baru ini terlibat dengan penggambaran dan temubual bersama majalah star1 Menjadi kumpulan yang berjaya menjual berjuta juta album ahli ahli menyatakan keterujaan tentang masa depan mereka Ketua kumpulan Jung won berkata Saya ti...
Snowdrop No 1 Dalam Ranking Populariti Disney Di Beberapa Negara

Snowdrop No 1 Dalam Ranking Populariti Disney Di Beberapa Negara

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 285 hits
Meskipun terpalit kontroversi namun ia tidak menghalang Snowdrop daripada menjadi ikutan ramai peminat antarabangsa ARTIKEL BERKAITAN Bukan sahaja di JTBC namun drama yang diterajui Jung Hae in dan Jisoo BLACKPINK itu turut ditayangkan sere...
Pengecualian Bayaran Bil Air Bagi Pengguna Kawasan Terjejas Banjir Di Ibu Negara

Pengecualian Bayaran Bil Air Bagi Pengguna Kawasan Terjejas Banjir Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 218 hits
GAMBAR hiasan Kuala Lumpur Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memberikan pengecualian bayaran bil bagi Januari ini kepada pelanggan akaun Domestik di sembilan kawasan di ibu negara yang terkesan akibat bencana banjir baru baru ini Air Selangor...
Hiburan Bimbang Akidah Terjejas Avaa Vanjaa Berjaya Halang Bekas Suami Bawa Anak Anak Ke Luar Negara

Hiburan Bimbang Akidah Terjejas Avaa Vanjaa Berjaya Halang Bekas Suami Bawa Anak Anak Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 317 hits
Pelakon dilaporkan telah berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara buat anaknya setelah dia memfailkan tuntutan cerai terhadap bekas suami Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lalu Lebih menggembirakan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur...
Perghhh Backpacker Umur Belum Cecah 30 Tahun Dah Travel Ke 20 Negara

Perghhh Backpacker Umur Belum Cecah 30 Tahun Dah Travel Ke 20 Negara

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 256 hits
Backpacker misteri kongsi tip menabung nak bercuti ke overseas umur belum cecah Pemuda itu banyak berkongsi foto foto perjalananya ke destinasi pelancongan dunia menerusi Instagram BERJALAN ke negara orang pastinya akan memberi ruang untuk ...
Mgnews Isu Azam Baki Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup Ma

Mgnews Isu Azam Baki Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup Ma

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 261 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur
Ada Sesuatu Yang Sudah Membusuk Di Negara Ini

Ada Sesuatu Yang Sudah Membusuk Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 263 hits
1 Apabila kejahatan mereput ia umpama bangkai yang baunya naik ke atas menusuk deria dan memualkan Demikianlah sesebuah negara apabila kejahatannya sudak memuncak ia mereput dan membusuk bangkai rasuah walau disembunyikan baunya sudah melat...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu