Walaun Jom Hadam Sikit Bab Ekonomi Guna Bahasa Mudah Difahami


 
Ahmad Faizuddin


Net FDI negara kita turun daripada RM15.6B kepada RM1.6B. Ni report DOSM dan BNM. 


Tapi kenapa ayat Gabenor BNM, dalam merumuskan ekonomi Malaysia ketika ini beliau sebut; saya quote kenyataan rasmi beliau, “Let me stress that Malaysia is facing these challenges from a position of strength.”







Strength apanye kalau net FDI merudum macam ni.


--


Dia macam ni, membaca ekonomi dia ada disiplin dia. Dia ada kerangka asas ekonomi, dan sub-data yang menyokong kerangka asas tu. Gabenor BNM membaca ekonomi secara profesional, berdasarkan kerangka ini.


Perasan tak, benda pertama yang dilaporkan adalah pertumbuhan ekonomi dulu. Bukan net FDI. Pertumbuhan ekonomi adalah kerangka asas, net FDI adalah subtopik. Macam mana pertumbuhan ekonomi dikira?.


--






Kita ambik expenditure method, GDP diukur dengan cara:


GDP = C + I + G + (X-M)


GDP = Consumption (consumer spending) + Investment + Gov. Spending + Net Exports 


Pegang kerangka kiraan ni, awak faham la ekonomi sesebuah negara. Contoh, Malaysia catat pertumbuhan ekonomi 4.4% untuk Q2 2025. Kenapa boleh capai pertumbuhan ekonomi pulak, sedangkan net FDI merosot ni?.


Sebab domestik ekonomi kita kuat. Consumption/consumer spending rakyat kita sedang mengukuh. Kita semua la, saya awak, kawan2 awak, jiran2 awak. 


Kenapa kita semua sedang spending ni?. Sebab kita semua ada kerja, ekonomi negara kita menghasilkan pekerjaan yang optimum. Sebab tu angka pengangguran negara kita hanya 3.0% sahaja. Rendah tu. Baseline 4.0%. 


Dan dalam masa yang sama, rakyat kita menikmati pertambahan pendapatan. Dilaporkan oleh BNM dan DOSM. Dah la menikmati pertambahan pendapatan, kadar pergerakan inflasi yang sederhana dan stabil, mendorong rakyat kita berbelanja. Faham tak kesan inflasi ni macam mana?.


Ni gambaran paling mudah untuk faham. (Rujuk gambar rajah)


--


Ni graf income kita. Inflasi mempengaruhi net disposable income kita. Apa tu?. Jumlah pendapatan yang boleh kita belanja. Katakan lah inflasi kita 10%, dia akan menghakis kuasa beli kita. Disposable income akan mengecil mendadak. Terpaksa menampung kenaikan harga yang melampau dan tidak stabil.


Berbeza pula jika situasi inflasi kita sederhana dan stabil. Contoh, sekarang 1.3% sahaja. Disposable income rakyat melebar. Kita boleh lebih berbelanja. Ditambah pula dengan kenaikan gaji sama ada gaji penjawat awam yg naik 15% dan kadar gaji minima yang dinaikkan. 


Kesannya, rakyat kita berbelanja. Consumer spending rakyat kita kuat, sehingga menyokong pertumbuhan ekonomi untuk Q2 2025. Ekonomi kita kekal kukuh sebab domestik ekonomi kita kuat, backbone ekonomi kita sangat positif.


Dan yang best nya, backbone ni internal, dan backbone ni kita semua la. Dalam keadaan geopolitik global yang challenging, kita berjaya uruskan domestik ekonomi dengan baik. 


--


Kita masuk huruf I – investment. Secara domestik investment, data nya positif dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Dasar kerajaan semasa, memang bergerak untuk menggalakkan domestik investment. Sesama kita, internal ekonomi. Penting tak bende ni?. Penting. Membina daya tahan dari dalam. Supaya apa sahaja berlaku di peringkat global yang di luar kawalan kita semua, tidak membunuh ekonomi kita.


Terbukti, dalam keadaan mencabar seperti sekarang, kena hadap geopolitik sentimen perang Ukraine-Timur Tengah, hadap dasar ekonomi Trump yang unpredictable, kita masih boleh membina ekonomi yang berdaya tahan. Sebab tu Gabenor BNM suka gune ayat “Resilience Economy”. YES. Malaysia memang masuk fasa resilience ekonomi.


Tahu kan, kita hadap global uncertainties dengan bergaya, di mana pertumbuhan ekonomi terus berlaku dan ianya disokong oleh domestik tau, dalam masa yang sama pengukuhan Ringgit berlaku dengan baik bukan sahaja kepada USD malah berbanding matawang-matawang neagra serantau dan global, dan simpanan persekutuan kita meningkat mendadak ketika ini.


Ayat mudah nak faham, orang lain struggle sebab faktor luaran, kita tak terjejas malah kekuatan dalaman kita tetap utuh, kita berkembang dan aset simpanan kita bertambah. Duit kita makin banyak.


--


Dalam konteks net FDI, equity injection + pembelian debt instrument adalah sekitar RM13.6B. Investment luar tetap masuk. Bukan penurunan net FDI tu maksudnya pelaburan tak masuk. Bukan. Masuk. 


Total kemasukan RM30B. Cuma, pada Q2 reinvestment of earnings berlaku. Taking profit. Pelabur taking profit sebanyak RM12B untuk Q2. 
Q2; masuk RM13.6B, keluar RM12.0B. Jadi lah net RM1.6B. 


Kenapa mereka keluar?. Mereka jugak ada tanggungjawab untuk membayar dividen kepada pelabur mereka. Normal transaction. Akan masuk balik?.


Yes. Akan masuk balik. BNM optimis akan masuk balik. Ni cyclical factors sahaja. Lim Sian See guna graf ni. Cuba tengok period 2000-2025, dalam tempoh tahun ke tahun, ada short interval drop net tu. Sebab apa?. Sebab investor taking profit. Bawak keluar profit dan investment balik negara masing-masing. Dan aliran keluar tu akan offset la aliran masuk. 


Tanda-tanda mereka akan kembali invest dah ada. Contoh, saya pernah buat posting pasal BURSA. Ni trajectory positif. Bukan negatif. Ayat BNM; Investments remain strong in both private and public sectors, despite rising global uncertainties. 


Huruf G - Government spending, terus berlaku, pembinaan projek-projek ekonomi yang menyokong industri, zon ekonomi, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. 


Dan projek-projek ni akan menjadi daya tarikan investment masuk. Cuba la gooogle, kilang baharu 2025. Dan semak kilang baharu yang beroperasi, ni hasil daripada government strategic spending la.


Dan last. Net export. Jumlah eksport tolak import. Negara kita net eksporter. Kita lebih kan jual daripada beli daripada luar. Kita masih net eksporter country. US tak. US negatif. 


Sebab tu Trump jadi gila dan buat tariff.


Panjang ni. Nanti saya sambung lagi. Overall, ekonomi kita in good shape. Dan yang paling penting, ianya in good shape secara internal. Faedah kepada rakyat direct, yang menjadi tulang belakang menjana ekonomi. 


Ekonomi yang terlalu bergantung kepada investment luar semata-mata, untuk boost pertumbuhan ekonomi adalah bahaya. 


Study kenapa Indonesia collapse masa krisis matawang Asian 1997-1998. Antara faktornya adalah, GDP growth mereka terlalu kuat bergantung kepada FDI, dan FDI yang dibawa masuk tidak di translate kepada membina domestik ekonomi yang kukuh.


Akhirnya, disebabkan global recession 1998, FDI tak masuk, ekonomi mereka collapse. Total collapse sehingga terpaksa dibantu. 


Sebab tu, penting untuk ada domestik ekonomi yang resilience. Malaysia, kita selesai membina domestik ekonomi yang kuat. Bila selepas ini pelaburan yang lebih banyak masuk, ianya menjadi booster kepada ekonomi negara kita, menambah kekuatan sedia ada.


Domestic + Foreign = Ekonomi Malaysia akan semakin kuat, kukuh dan berdaya tahan. Keterjaminan ekonomi akan berlaku.


--


Rujukan saya datang daripada direct website BNM.


Website rasmi BNM: https://www.bnm.gov.my/












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/walaun-jom-hadam-sikit-bab-ekonomi-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaun Mana Ada Cerdik Bab Nak Dengar Fitnah Ni Derah Ja Baca Fakta Mals Cari

Walaun Mana Ada Cerdik Bab Nak Dengar Fitnah Ni Derah Ja Baca Fakta Mals Cari

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 157 hits
Benda yang walaun Dan ada juga penyokong kerajaan yang termakan walaun Pembelian Boeing tu dah dibuat seawal Tempahan sebanyak 30 unit dengan pilihan untuk tambah 30 lagi Bila US kata kita punya dagangan ertinya kita eksport lagi banyak dar...
Bab Kira Matematik Ni Lebai Ngan Walaun Aman Cersik Ngat

Bab Kira Matematik Ni Lebai Ngan Walaun Aman Cersik Ngat

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 635 hits
PN serah kontrak kepada 23 syarikat kapir Jumlah harga2 bukan RM55 juta bukan RM66 juta tetapi RM68 21 juta kepada Syarikat Cina Kapiaq Umum sekali lagi RM68 21 juta kpd 23 Syarikat Cina Kapiaq Kerajaan Madani cuma beri 19 dari RM5 9 juta k...
Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 832 hits
Kek coklat kurma moist ini boleh buat kalau masih banyak lebihan kurma bulan puasa lalu Dari disimpan sampai kering apa kata cuba buat kek ini Resipinya mudah guna bahan yang ringkas dan hasilnya memang sedap lembut serta wangi dengan rasa ...
Confirm Jadi Resipi Kek Marble Pandan Mudah Guna Sukatan Cawan Je

Confirm Jadi Resipi Kek Marble Pandan Mudah Guna Sukatan Cawan Je

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 795 hits
Kek Marble Pandan perkongsian saudari Farisha Sofea ni nampak sangat sedap Bila sebut mengenai Kek Marble memang ramai yang suka Kek biasa biasa je tapi rasanya sangat luar biasa Dari budak kecil hinggalah ke orang dewasa semua menggemariny...
Meninggal Pun Guna Duit

Meninggal Pun Guna Duit

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 436 hits
Assalamualaikum semua Entri kedua untuk hari ini Sebagai manusia hingga hujung nyawa tetap perlukan duit Urusan pengebumian perlukan duit agar dapat diuruskan dengan baik Segala galanya memerlukan duit pada zaman ini Jumpa penyata anggaran ...
Pegawai Tak Tau Guna Kamera Ka Apa

Pegawai Tak Tau Guna Kamera Ka Apa

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 139 hits
Hamdan Taha Semenjak dia jadi Menteri Pendidikan saya belum jumpa gambar dia yang menarik di mana mana media apabila mengambil kenyataan beliau Mulut mesti begitu Saya simpati pada wanita ni anak orang baik tapi saya tak tau mana silapnya m...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Terung Buat Pc Menangis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

File 168 Memang Df Singgah Blog Setahun Sekali Eh

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026